Monday, July 29, 2013

SK Sri Pristina - Hukum Guneswari bukan Guru Besar! @MuhyiddinYassin @PKamalanathan


Penjelasan paling awal warga sekolah di FB


Di peringkat awal, terdapat usaha untuk menjadikan isu murid makan di bilik persalinan SK Sri Pristina sebagai isu perkauman dan kebencian agama. Ia dimulakan oleh Guneswari Kelly dan disebarkan oleh penyokong-penyokong PR. Sehingga kini masih ada pemimpin PR seperti S Gobikrishnan yang cuba menjadikannya isu perkauman dan sentimen keagamaan.

Beberapa hari kebelakangan ini, selepas MALU kerana bilik persalinan itu bukan TANDAS dan selepas sedar bahawa ada murid Melayu dan Islam yang makan di dalam bilik persalinan itu, tidak seperti yang diharapkan, dan selepas sedar bahawa pendekatan Kementerian Pelajaran tidak tepat dalam isu ini, ada pihak termasuk di dalam BN sendiri yang cuba menjadikannya isu kesalahan Guru Besar pula.

Masalahnya tindakan Kementerian Pelajaran menyebabkan persepsi ini terbentuk. Kenapa?

Pendirian saya, Guru Besar tidak bersalah dalam hal ini, apa lagi keputusan yang dibuat disokong oleh PIBG. Bilik tersebut BUKAN TANDAS tetapi BILIK PERSALINAN yang bersih, malah lebih baik makan dalam bilik tersebut di waktu jerebu daripada makan di kantin yang terbuka. Jika murid hanya dibenarkan makan di kantin dan tidak boleh makan di dalam ruang tertutup yang bersih, maka elok larang juga mereka makan di dalam bilik guru, kelas dan bilik mesyuarat. 

Kedua, apabila KPM mengarahkan agar bilik persalinan itu ditutup, KPM memberi gambaran seolah-olah tindakan membenarkan murid makan di dalam bilik persalinan itu satu kesalahan. Jika itu satu kesalahan, maka KPM wajar menyatakan peraturan dan pekeliling mana yang dilanggar sehingga menjadikannya satu kesalahan. Jika arahan tutup itu bukan satu kesalahan, maka KPM wajar menjelaskan bahawa penutupan bilik persalinan itu bukan disebabkan ia merupakan satu kesalahan.

Ketiga, apabila KPM mengarahkan Guru Besar bercuti, penjelasan mengenainya juga wajar diberikan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi bahawa Guru Besar tersebut telah melakukan kesalahan. Jika Guru Besar diarahkan bercuti kerana siasatan, maka Timbalan menteri tidak wajar mengatakan isu ini TELAH SELESAI, Jika arahan ini bagi KPM menjalankan siasatan maka, KPM wajar menjelaskan Guru Besar ini sebenarnya disiasat atas kesalah apa, peratursan dan pekeliling mana? Beliau juga wajar dipanggil membela diri dan pengadu dan pembuat fitnah juga perlu dipanggil dalam siasatan ini. Adakah ini dilakukan? Jika arahan agar Guru Besar bercuti bukan atas sebab kesalahan, maka KPM juga wajar menjelaskan kedudukan ini.

Keempat, pendekatan KPM dalam kes ini dipertikai kerana KPM kalut dan membuat kenyataan seolah-olah sudah menyalahkan Guru Besar dan Pihak Sekolah sebelum siasatan dijalankan;

Kelima, yang bersalah dalam hal ini adalah Guneswari Kelly sebagai pemula fitnah yang ada kecenderungan menghasut. Turut bersalah adalah setiap individu, termasuk penyebar fitnah dan pembuat laporan polis yang cuba menjadikan isu ini isu perkauman dan kebencian agama. Mereka ini wajar disiasat oleh SKMM dan PDRM, dan Jabatan Peguam Negara wajar mengenakan pertuduhan di bawah Akta Hasutan ke atas mereka ini.

Bukan Guru Besar, tetapi Guneswari Kelly yang patut dihukum dan dihukum seberat-beratnya!

# Sanggupkah saya membenarkan anak-anak saya makan di bilik persalinan? Saya akan membenarkan mereka makan di situ. Bukan setakat itu, saya juga akan makan dan sembahyang di situ. Apa masalahnya?




Penjelasan lain diikuti sejumlah penjelasan lain dari warga sekolah,
 ibu bapa, PIBG dan bekas YDP PIBG

Canteen In Changing Room , FACTS That You Should Know.

dan baca penjelasan Mazidul, yang bukan sahaja pergi mencari maklumat, tetapi turut berbuka puasa dan berdoa di dalam bilik persalinan yang sama. 



Gambar pelajar Islam makan dan basuh tangan tidak pula disiarkan oleh pihak-pihak yang ingin menjadikannya isu perkauman dan kebencian agama



Lihat perkataan yang digunakan - 1. fair to treat NON-MUSLIM CHILDREN 2. my child in mess in MALAY SCHOOL 3. This wat 1Malaysia is - apakah tujuannya, jika bukan perkauman dan prejudis keagamaan



No comments:

Post a Comment