Saturday, July 13, 2013

Idris Jusoh - Calon Pas Azlan @ Endut dipecat dari Pemuda UMNO sebab pil kuda?

Post Pic

Adakah calon Pas kena pecat sebab pernah terlibat dengan penjualan pil kuda dan dadah? 

Dalam video kontroversi calon Pas, Azlan mengakui bahawa duit gaji yang diterima dia akan digunakan untuk menguruskan perniagaannya. “Tapi saya nak keluar sikit-sikit untuk berniaga”. 

Bagaimana seseorang yang bergelar YB menggunakan gaji yang diterima untuk kepentingan diri sendiri?

Sebaliknya dia perlu mendengar masalah serta mengutamakan kebajikan rakyat di kawasannya. Malah, Azlan juga dilihat lebih mementingkan perniagaannya berbanding rakyat dikawasan tersebut jika dia memenangi PRK.

“Kerja-kerja yang perlu diuruskan oleh seseorang wakil itu akan diuruskan oleh orang lain. “Saya akan gaji dia…,” ujar Azlan.

Menggaji seseorang untuk menguruskan masalah rakyat tanpa menghiraukan nasib rakyat makalah dia sibuk menguruskan perniagaannya.

Adakah ini manifesto terbaik untuk dibawa kepada rakyat?


Calon PAS PRK Kuala Besut pernah dipecat 
daripada Umno
Oleh Farah Eliana Mohd Adnand


KUALA BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.

"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini.

Pada penamaan calon pagi tadi, PAS menampilkan calon anak tempatan, Azlan @ Endut Yusof.

Endut yang lebih dikenali sebagai Che Long bakal berentap dengan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut.

Selain itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN lebih menyerlah berbanding PAS.

Katanya tiga faktor utama seperti profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) serta calon muda bakal menjadikan kerusi itu kekal milik BN.

Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, katanya dan menambah jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi.

"Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa.

"Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah," jelas beliau.



No comments:

Post a Comment