Tuesday, July 2, 2013

Azeez Rahim, dari Ahli Lembaga Pengarah ke Pengerusi Tabung Haji




Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan petang Isnin mengumumkan lantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai  Pengerusi.

Azeez yang juga Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia sebelum ini adalah ahli lembaga pengarah TH selama tiga tahun.

Beliau mengantikan Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi TH sejak Ogos 2007.

"Dikenali sebagai seorang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio ekonomi komuniti sejagat, pelantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH diyakini mampu meneruskan kesinambungan TH memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang," kata kenyataan itu. -1/7/2013

Artikel seorang rakan blogger APA tentang pandangannya mengeani Azzez Rahim di bawah memang menarik untuk dibaca...


Azeez Rahim Dulu dan Sekarang

Aku tidak pernah mengenali Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Azeez Putera secara peribadi.Walaupun kerap terserempak dalam program program Umno yang aku hadhiri sejak bergelar blogger kami tidak pernah berbual walau sepatah perkataan pun.Namun begitu setiap kali kami terserempak dan bertentang mata Datuk Azeez tidak pernah gagal mengukir senyuman kepada aku seolah olah bertanyakan khabar dan kami sama sama mengangguk.

Sebagai blogger yang masuk dalam kategori LEBIH HARAMJADAH DARI BIASA aku sedar yang majoriti Pemimpin Umno diperingkat tertinggi akan mengelak untuk berinteraksi dengan aku secara peribadi dan Azeez Putera tidak terkecuali.Tiada seorang pun Pemimpin Umno yang pernah menegur aku bila bertemu walaupun dah masuk 4 tahun aku bergelar blogger mesra Umno dan kerap menghadhiri program program anjuran mereka.Ini tidaklah menghairankan aku dan tak pun menjadi kudis malahan kadang kadang aku rasa kasihan melihat Pemimpin Umno ini yang melihat aku saperti melihat HANTU.Sehinggakan Datuk @razaliibrahim yang aku bantu hampir 2 minggu untuk mempertahankan kerusi P146 Muar pun takut nak bersembang mesra dengan aku walaupun  dia berjaya "menang hidung" saja disana.Jadi memang perangai aku tak ambil port dan tidak akan terhegeh hegeh nak menghimpit pemimpin bila berpeluang bertemu muka,aku buat hal aku dan tugasan yang diberikan.

Jadi tidak hairanlah kalau aku tidak mengenal semua Pemimpin Umno secara peribadi dan hanya melalui pemerhatian aku dan pencerahan dari sumber sumber lain dan Datuk Azeez Rahim tidak terkecuali.Kebanyakan cerita cerita tentang Azeez Rahim ini aku dengar dari seorang sahabat baik aku yang kenal rapat dengan beliau berpuluh tahun.Dari semenjak Azeez terlibat sebagai Used Car Dealer di Taman Kanagapuram di Jalan Kelang Lama sehinggalah port lepak kegemaran beliau di Holiday Villa Subang Jaya.Semua cerita yang aku dengar tentang perangai Azeez Rahim sebelum ini tidak ada satu pun yang senonoh dan boleh dibanggakan apatahlagi bila dia terlibat dalam politik...pada aku semuanya hancussss.Jadi aku tak berapa minat nak ambil port tentang manusia bernama Azeez Rahim ini.


Sehinggalah....

Bila berlaku KRISIS DI MESIR dan bila kerajaan terpaksa melakukan operasi untuk membawa balik pelajar pelajar kita disana dan Datuk Azeez Rahim terlibat dalam operasi itu.

Suatu hari (setelah ops selesai dan semua pelajar berjaya dibawa balik) salah seorang bapa pelajar yang terlibat yang sama sama mengikuti operasi ke Mesir itu menceritakan pengalaman peribadi beliau bersama sama Azeez dalam ops tersebut.Tidak henti henti mulut dia MEMUJI apa yang dilakukan Azeez Rahim semasa menjayakan ops tersebut dan segala tok nenek kebaikan tentang batang tubuh bernama Azeez Rahim ini.Kalau dia ini spesis bapa saperti aku dan yang lain aku taklah ambil kisah sangat cerita pujian melambung dia pasal Azeez.Tapi dia ini pengikut dan penyokong tegar Anwar Ibrahim dan juga boleh dianggap sebagai "wakil" Azmin Ali dan Zuraidah Mak Lampir di tempat aku tinggal ini.Pada mulanya aku anggap segala pujian terhadap kerjabaik Azeez dan kerajaaa itu hanya sebagai SINDIRAN kerana dia ini memang "penyindir tegar"terhadap apa jua yang dilakukan Umno dan kerajaan,tapi bila dia bersungguh sungguh dan iklas barulah aku dapat menerimanya...


Sejak itu pandangan aku tentang Azeez Rahim mula berubah dan aku mengikuti setiapMISI KEMANUSIAAN yang dilakukan beliau sebelum dan selepas itu untuk mengenali beliau lebih dekat lagi.Aku mula melihat CIRI CIRI POSITIF yang ada pada beliau dan keiklasan beliau melakukan sesuatu misi..bukan untuk NAMA tapi demi KEMANUSIAAN.



Kini nama Datuk Azeez Abdul Rahim hangat diperkatakan dan dikhabarkan akan diberikan tanggung jawap mengetuai Lembaga Tabung Haji.Disana sini orang mula mengatakan tentang hal ini..ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang.Masing masing dengan pendapat dan pandangan tersendiri.

Tapi pada aku...

TAHNIAH DATUK kalau itu sudah ditakdirkan Allah SWT dan Perdana Menteri pula memberi kepercayaan kepada anda.

Ketahuilah bahawa manusia boleh berubah dari kurang baik kepada yang baik atau kepada yang lebih baik.Mungkin manusia bernama Azeez Rahim ini sudah ditakdirkan Allah swt untuk memulakan karier politiknya dengan warna yang berbagai yang awalnya mungkin menyakitkan mata tapi yang penting diakhirnya ianya memberikan warna ketenangan untuk kita semua...WaAllahu'alam.


SELAMAT MAJU JAYA DAN PIKUL LAH AMANAH DAN TANGGUNG JAWAP
YANG DIBERIKAN SEBAGAI SATU JIHAD TERHADAP UMAH.AMIN



Nota:

Jangan ada yang memperlekehkan jasa orang politik seperti Azeez Rahim. Dia memimpin dari peringkat akar umbi, menabur jasa di pelbagai peringkat dan BN ada 133 kerusi, salah satu daripadanya adalah sumbangan Azeez Rahim. Dia seorang pemimpin dan pelaksana. 

Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik beliau untuk memegang jawatan ini. Saya menanti-nantikan sangat tindakan seperti ini kerana BN memerlukan seseorang yang boleh memberikan input politik dalam sesebuah organisasi agar ia dapat melaksanakan peranan dan program selari dengan dasar yang diputuskan oleh kerajaan BN.

Banyak lagi organisasi yang perlu dibersihkan. Salah satu punca kenapa organisasi tertentu gagal melaksanakan dasar-dasar kerajaan BN adalah kerana individu yang dilantik tidak memahami agenda dan dasar kerajaan BN, dan lebih teruk lagi, bila individu yang dilantik itu tidak percaya dan menentang dasar tersebut.

Sudah tiba masanya, pemimpin seperi Azeez dilantik bagi memperkukuhkan lagi BN dan memastikan dasar BN dilaksanakan secara efektif di pelbagai peringkat. Teruskan transformasi ini Datuk Seri Najib!

Kan bagus bila lantik orang yang berjasa dan bekerja macam ni...

1 comment: