Saturday, June 15, 2013

Pengarah sebenar Operasi Siber BN PRU13 adalah seorang khunsa?


Memorabilia UMB - merekodkan perjalanan UMB dari permulaan sehingga tahun 2012.


Seperti yang dijanjikan, ini adalah siri kedua penerangan untuk mengelakkan salah tanggap masyarakat terhadap Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO.

Maafkan penggunaan tajuk di atas - saja je...

Siapa sebenarnya KETUA PEGARAH / KETUA PENGARAH OPERASI / COO operasi siber Barisan Nasional (BN) PRU13? 

Adakah Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO? Adakah Menteri Penerangan atau Menteri Propaganda Datuk Seri Utama Rais Yatim? Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor? Datuk-Datuk Ahli Majlis Tertinggi? Setiausaha Akhbar Perdana Menteri? 

Atau adakah dia Presiden Bloghouse? Pengerusi UMB? Salah seorang dari lembaga jemaah pentadbir MyKMU? Pengerusi Nadi Rakyat? Pengerusi Kaukus Blogger-blogger bebas? atau siapa sebenarnya? 

Yang pastinya bukan Pengerusi UMB.

Jadi kenapa terdapat arahan serangan kononnya dari pegawai pejabat pemimpin tertinggi tertentu untuk mempertikaikan UMB sedangkan bukan UMB yang mengendalikan operasi ini secara tunggal dan sepenuhnya?



UMB sering dijadikan scapegoat oleh pihak tertentu untuk menafikan kegagalan mereka. Misalnya, bila kumpulan blogger tertentu gagal di dalam sesuatu misi, untuk mengelakkan diri dari dipertanggung jawabkan, mereka akan terus menyalahkan UMB sebagai jentera parti. Mereka akan kata KAMI BUKAN JENTERA PARTI, APA JENTERA PARTI BUAT? Sedangkan arahan dan peruntukan diberikan kepada mereka, bukan kepada jentera parti.

Trend yang sama juga berlaku selepas PRU13.

Bagi saya, kalau tidak ada pihak yang CUKUP BERANI untuk memikul tanggung jawab kegagalan sesuatu operasi dan jika semuanya hendak dipersalahkan ke atas UMB, TIDAK ADA MASALAH - beri kami penghak upayaan untuk mengetuai keseluruhan operasi. 

SENANG - kalau nak jentera parti buat, we are not short of talents to do it lah.

Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB - tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...

Ini tak gentleman.

Hari ini kita tak mahu bercerita tentang siapa yang mengetuai operasi siber PRU13. Cukuplah untuk menyatakan, UMB hanya salah satu kumpulan daripada banyak kumpulan yang membantu operasi BN semasa PRU13. Bagi saya, penyelarasan gerak kerja PRU13 sebenarnya tidak gagal. Tahniah kepada yang terlibat. Ianya jauh lebih baik daripada sebelum ini dan tentunya hasrat kita agar gerak kerja ini terus diperkemaskan lagi bagi menghadapi cabaran PRU14 yang lebih sengit.






Bagi pihak yang hanya jadi alat untuk menyerang UMB, biar saya jelaskan serba sedikit track record blogger dan cybertrooper UMB. Antara mereka adalah blogger seperti Dr Novandri, Pisau, Kedah ke KL, Medan Tempur Kedah, Media Permatang Pauh dan ramai lagi. Belum masanya untuk menyenaraikan siapa blogger dan cybertrooper UMB, termasuk yang terlibat di dalam operasi-operasi khas. 

Kebanyakan blogger dan cybertroopers UMB telah melalui pengalaman turun padang dan menjayakan operasi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri berikut - 

PRK Manek Urai 
PRK Permatang Pasir
PRK Bagan Pinang
PRK Hulu Selangor
PRK Batu Sapi
PRK Galas
PRK Tenang
PRK Merlimau
PRK Kerdau
Pilihanraya Negeri Sarawak



Mereka juga terlibat merangka modul latihan perang siber, mengendalikan dan membantu mengendalikan sejumlah 32 program latihan, termasuk yang dianjurkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan melatih hampir 2,000 orang jentera siber di dalam UMNO sejak tahun 2009. UMB juga pernah diminta untuk memberi taklimat dan pendedahan mengenai perang siber, khususnya pengalaman Malaysia, kepada sejumlah pemimpin parti-parti politik dari negara-negara tertentu.




Selain itu, mereka juga merupakan antara penggerak utama yang membantu kempen dan  operasi berikut, Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Bebas Anwar 901, Pro Aspirasi Mahasiswa, Jelajah Aman Kampus, Meja Bulat PTPTN, Demonstrasi PTPTN, Sambutan UMNO 66, Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM, Bee Ant Blues Hari Belia Negara, Demonstrasi #JanjiBersih Ambang Merdeka, Promosi Tweet Merdeka 55 dan 1M4U.




Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.


25 comments:

  1. "Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB - tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik..."

    Kahkahkahkah!

    Stand for our rights TF! Susah2 kita balun je pegawai tu...hehehe!

    ReplyDelete
  2. Sampai masa kita perlu dedahkan apa yang kita buat, bila ada orang kata kita tak buat kerja. Orang sibuk kondem UMB macam-macam, sedangkan orang yang kondem tu, haram apa pun taktau tentang operasi khas yang UMB jalankan.

    Orang lain kenyang, kita sengsara, tapi kena tuduh macam-macam.

    TMK tetap support TF!

    ReplyDelete
  3. Masing2 punyai kelebihan.... dan juga kelemahan... ayuh gabung2kan kelebihan dan simpan tepi kekurangan.... UMNO diambang keranapan jika terus begini... - Raktra (http://rakyattranung.blogspot.com/)

    ReplyDelete
  4. Memang kita kena beritahu kpd umum bukan UMB menyelaras operasi siwar BN secara total...org luar fikir semua blogger pro BN itu UMB sbnarnya tidak..ada yg bersama UMB dan ada yang blogger tidak bertuan...

    Apapun HE tetap bersama TF UMB dan rakan UMB yg lain...

    ReplyDelete
  5. steady bro.petik saja nama tu.biar semua tau..

    ReplyDelete
  6. siapa kata BN kalah dalam cyber warfare PRU13 adalah mereka yang cuba menjadikan UMB sebagai scapegoat pasca PRU13... ini naratif yg disusun dari sebelum PRU lagi.

    diakui ada beberapa aspek yang kita kalah seperti portal berita, UMB tak pernah mendapat dana untuk itu... yang mendapat dana jutaan RM unt portal akhirnya menjadi platfom cari makan dengan konten syok sendiri.

    sebagai penanda aras BN bukan kalah dalam cywar PRU13 lalu, kita ambil contoh parlimen putrajaya kerana sebahagian besar superstar siber pembangkang berkampung di putrajaya membantu husam musa.

    PUTRAJAYA CYWARRIORS (kultus UMB di putrajaya) dgan bantuan rakan2 UMB lain telah berjaya menghumban imej & maruah husam ke tahap longkang walau kebanyakan mereka turut terikat dengan tugas2 UMB pusat. akhirnya kita berjaya membantu Tg Adnan menang bergaya di putrajaya!

    mereka yang terus menyerang UMB ada misi politikal, misi material... persetankan setan2 itu kerana siapapun yang pernah bersama UMB atas nama perjuangan (bukan ongkos semata) tak akan pernah malu mengakui THIS IS A PART OF THE PRIDE OF OUR LIFE!!

    WE ARE ALL TF~!!

    ReplyDelete
  7. Terbaek TF!!! GUA SALUTE!

    ReplyDelete
  8. geng2 dengki dgn umb sbb mereka tau jenama umb adalah satu jenama yg pr pun pening, sbb alam maya menjadi sengit!! macam perisik ala jason bourne.. tapi bila mereka2 yang suka buat cerita tu sbb dengki kot.. ceh!!

    ReplyDelete
  9. Diorg tu nk UMB sbenarnye,konon diorg boleh buat keje.. Menghentem org je ade la..

    ReplyDelete
  10. Tq HE, betul, kita kena betulkan kekeliruan; tak faham dan bertanya tu ok lg, yg tak faham tapi nak tunjuk dia lah yang paling faham dan menyalahkan UMB, itu tak betul lah. Kalau dia dan kumpulan dia hebat, tak yah risau, dah tentu pemimpin negara panggil :)

    ReplyDelete
  11. azahari, bila dah ada platform baru nanti kita ramai2 join

    ReplyDelete
  12. RR,

    betul tu. dalam keadaan kekuatan jentera UMB diluted sebab terpaksa berperang di negeri masing2 dan mengikut tugasan yang diberikan, sejumlah kecil blogger putrajaya, dibantu dengan rakan2 di luar putrajaya, termasuk kickdafella berjaya menyaingi jentera siber Husam dan imej Husam tercalar berat. yang penting ada game plan yang betul dan semua bantu membantu

    ReplyDelete
  13. betul tu headbomb & anak kampung,

    Sabar2lah. UMB ni jentera Pemuda, cukup term UMB akan terbubar dengan sendiri.

    Yang berangan nak handle or yang rasa boleh buat lebih bagus - silakan bertanding EXCO Pemuda UMNO.

    Once dah jadi Exco, minta portfolio jaga Media Sosial or Jentera Siber.

    Kita cadangkan dalam BNYV, AJK Pemuda Kuantan atau siapa2 sajalah, silalah bertanding jd Exco Pemuda, then prove to us you can do better, dont worry, lepas tu kita akan respect orang tu gila2 :)

    ReplyDelete
  14. hamboii....semua pakat jv kat sini....gud job..

    aku sebagai blogger pro UMNO tidak bertuan... layan facebook je la..adohai...

    steady !

    ReplyDelete
  15. Pendekar,

    masing2 ada peranan termasuk fb. lepas ni semua platform kena buat sungguh2, ada kpi dan mcm2 lagi. tak leh main2 dan sambil lewa dah bro

    ReplyDelete
  16. chip will follow & sokong UMB serta bloger PRO UMNO ikhlas utk next generation. Pastikan ia lebih sengit.

    ReplyDelete
  17. Masyadi Muzammal,

    tqvm, teruskan perjuangan bro :)

    ReplyDelete
  18. Bersabarlah.. teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  19. Salam Kebodohan ko orang melayu umno ialah ko orang lebih terus dari yg beragama islam. ko orang suka balas dendam. ko orang buat negara malaysia ini macam mak bapak ko orang punya.

    Apa sahaja lubang rezeki tok nenek mak bapoak dna ko orang je yg mentekedarah.org lain tak payah. ni budaya islam ke. melayu mungkin ya tapi dalam islam tiada budaya ini/. so jgn mengaku diri islama dalah terbaik.

    Ko orang tanya APA LAGI CINA MAHU.. yangs ebenarnya ayatnya ialah APA LAGI MELAYU UMNO MAHU. rasuah dah.bagi betina dah, bagi melancong dah, bagi harta kekayaan sudah. so apa lagi MELAYU UMNO MAHU. sedarlah diri ko orang dah merempat dengan cina berapa lama dah.

    Aku pun heran mcm mana ko orang boleh hidup dengan muka yg tak bermaruah. harga diri tiada. tak malu ke. semua buat kerana duit. shame on you all

    ReplyDelete
  20. Salam Oh ya kalau nak tahu sebab sebab kekalahan umno dan ketidak berkesanan cyber umno laha ko orang bagi pencacais eperti PAPAGOMO, UMI HAFILDA, ZULKIFLI NORADIN , EZAM BERCAKAP. inilah dia punca sebenarnya ornag benci umno.

    ReplyDelete
  21. JamilTaikKucing...jangan nk tunjuk bagus x bertempat bro..segala pcakapan dan pnulisan blogger2 taik dari pr brjaya d patahkan...ko tu tahap pncacai taik anwar ibrahim...anwar ckp bt demo tntg blackout...ko ikot..tp anwar sendiri g report psl dakwat...x ke bodo pngikot mcm ko wahai jamiltaikkucing?aku nk tya ko bro apa dh jadi ngn turki bro?negara yg anwar sanjung sgt2...stiap ceramah anwar dia ckp turki bt kebajikan kat rakyat dia...rakyat dia terima...pastu anwar siap ckp g yg PM turki x sabar nk anwar jd PM Malaysia sebab sama2 nk bagi kebajikan kat rakyat...last2 rakyat turki beberontak..aku pon heran mcm mana ko boleh ikot anwar yg xda maruah tu...kebas duit negara...shame on u n fuck u...

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. jamilkucing..hang ni ikut perkembangan politik ke tidak.kalau tak tahu pasal politik..jangan komenlah..bodoooooh.

    ReplyDelete