Friday, June 21, 2013

Aspan tertipu - Cauvinis DAP boleh jaga Melayu lebih baik dari parti orang Melayu?

Post Pic

Selepas Tunku Aziz dan Razali, sekarang Aspan baru disedarkan dari ilusi bahawa tidak mungkin cauvinis DAP boleh menjaga orang Melayu lebih baik daripada parti orang Melayu. 

Samalah macam orang Islam, orang Islam yang pandir saja rasa bukan Islam yang falsafah politiknya pluralisme, sekularisme dan sosialisme boleh menjaga Islam lebih baik daripada parti orang Islam. 

Begitu juga lah dengan Institusi Raja-raja Melayu - tidak mungkin sosialis boleh jaga Institusi Raja-raja Melayu lebih baik daripada parti orang Melayu yang faham kedudukan Raja-raja Melayu sebagai pelindung agama Islam.

Cukup-cukuplah makan pil khayal DAP dan PKR. Cukup-cukuplah jadi Melayu dan muslim yang boleh dibeli dengan harga yang murah.


Aspan nafi bidas DAP kerana tak dapat jadi calon




SHAH ALAM: Ahli DAP Melayu Aspan Alias menafikan beliau membidas parti itu kerana kecewa apabila tidak dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
 
Katanya, dakwaan yang dibuat oleh DAP itu suatu pembohongan dan dirinya tidak pernah memohon untuk menjadi calon.
 
"Itu bohong. Saya tak pernah pun berjumpa dengannya (Anthony) sejak saya masuk DAP. Cuba tanya, bila saya pernah memohon untuk menjadi calon? Tak pernah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Menurut Aspan yang adalah bekas pemimpin veteran Umno Negeri Sembilan, beliau tertarik dengan DAP yang kononnya memperjuangkan hak berbilang kaum. 
 
Namun, apabila menyertai parti itu lebih setahun, beliau mendapati DAP mengamalkan dasar perkauman yang dianggapnya agak melampau.
 
Aspan menjelaskan beliau menegur parti itu yang langsung tidak bersifat pelbagai kaum seperti yang dilaung-laungkan dan percaya DAP akan kekal sebagai 'parti Cina' kerana mempunyai terlalu sedikit orang bukan Cina memegang jawatan penting dalam parti.
 
Beliau juga mengingatkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook supaya bersikap profesional dan tidak membabitkan soal peribadi apabila beliau mengeluarkan bidasan yang bersifat membina.
 
"Dakwaan saya yang kata parti itu bukan parti 'multiracial', jawab yang itu. Jangan pergi ke soal peribadi.
 
"Kalau tidak ada jumlah penyertaan 'non Chinese' dalam parti, ini bermakna parti itu parti Cina. Itu saja," katanya.
 
Diminta mengulas mengenai dasar atau tindakan parti DAP yang dianggap rasis, Aspan tidak mahu mengulas kerana beranggapan beliau masih menjadi ahli parti itu.
 
Namun, katanya, beliau bersedia sekiranya dipecat kerana memperjuangkan perpaduan antara kaum yang tidak dinikmatinya sepanjang setahun bersama parti dominasi Cina itu.
 
"Kalau dipecat, saya pun tak terasa apa. Itu terpulanglah, saya tetap akan memperjuangkan multiracialisme," katanya.



No comments:

Post a Comment