Monday, April 8, 2013

#PolitikSamseng PR : Ops Harimau Belang - Operasi Pas untuk buat huru hara semasa #PRU13 ? #tolakPR



#GE13 : OPS Harimau Belang Takutkan Pengundi #PRU13 Didalangi NED, SUARAM, BERSIH?- @PDRMsia Wajar Siasat!


Ops Harimau Belang!


Itulah operasi bersepadu yang bakal dilakukan oleh PAS semasa dan ketika hari pengundian sebagaimana surat yang didedahkan di atas adalah satu perkara yang serius dan ianya wajib disiasat oleh pihak berkuasa.



Kerana berdasarkan maklumat dalaman PAS, sehari selepas pembubaran parlimen - Unit Amal PAS bermesyuarat di SUK Selangor untuk mewujudkan gerak kerja menimbulkan kekecohan sepanjang kempen. Modus operandi mereka ialah dengan memasuki rumah yang belum dimasuki oleh BN bertujuan menakutkan pengundi.



Percubaan PAS mahu mencetuskan kekecohan sekaligus mewujudkan perasaan takut di kalangan pengundi semasa PRU13 kelak adalah bukti jelas bahawa pembangkang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan proses pemilihan kerajaan oleh rakyat dilihat berjalan dalam suasana yang tidak demokrasi.



Adakah Ops Harimau Belang, NED dan BERSIH Ada Hubung Kait?


Kita imbas sedikit ingatan kita terhadap segala kekecohan yang tercetus atas nama mahukan pilihan raya yang adil oleh NGO haram BERSIH.



BERSIH  pada awalnya menganjurkan demontrasi jalanan atas nama 'BERSIH' kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil dengan meminta SPR menggunakan sistem dakwat kekal dalam proses pilihan raya, setelah cadangan ini diterima pembangkang mewujudkan beberapa lagi tuntutan bagi menghalalkan demontrasi BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0.



Walhal jika diteliti isu pengundi hantu yang sering kali dimainkan oleh pembangkang hanya tiba setiap kali negara menghampiri pilihan raya tetapi isu tersebut menyepi sebaik sahaja mereka memenangi 5 negeri dalam PRU12.



Sebenarnya jika diperhatikan tindakan pembangkang menerusi balaci mereka Ambiga dan BERSIH bukan mahukan pilihan raya yang adil. Sebaliknya ia bertujuan menarik campur tangan asing mencampuri proses pilihan raya sebagaimana berlaku di Filipina, Myanmar, Laos dan Indonesia.



Kerana gerakan BERSIH hampir sama dengan apa yang berlaku di negara-negara tersebut.



Bermula di Filipina pihak asing memainkan peranan melalui penyaluran maklumat palsu secara besar-besaran menerusi bahan kempen dan akhbar, menyeleweng sistem pilihanraya, membiayai serta menulis ucapan untuk calon pro-amerika dalam kempen pilihanraya negara tersebut.



Sekitar 1955 sejumlah USD1 juta digunakan oleh pihak asing untuk membiayai kempen pilihanraya gabungan parti sederhana bagi menganggu dan mengurangkan sokongan rakyat Indonesia terhadap Presiden Sukarno.



Manakala di Laos pada tahun 1960 pihak asing terlibat serta campur tangan dalam sistem pilihan raya negara setelah pembangkang mendakwa pilihan raya negara tersebut tidak adil dan tidak telus.



Pihak asing dipercayai zionis amerika terlibat dengan memasukkan kertas undi palsu untuk membantu kemenangan orang kuat mereka iaitu Phoumi Nosavan (pembangkang) bagi memastikan kerajaan pro-Amerika ditubuhkan di negara tersebut.



Gerakan licik yang dilakukan oleh agen asing telah berubah dan kini dikatakan mereka terus bergerak dengan berselindung melalui NED yang ditubuhkan kononnya menyokong institusi demokrasi di seluruh dunia melalui usaha yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan.


Jadi pendedahan surat yang tersebar di beberapa laman blog merupakan satu perkara yang serius, jika benar Ops Harimau Belang bukannya datang dari PAS, sewajarnya pemimpin tertinggi PAS mengeluarkan kenyataan serta ikrar kepada rakyat bahawa parti tersebut sama sekali tidak akan membuat kekecohan sepanjang PRU13.

Justeru itu sewajarnya pihak berkuasa meneliti serta menyiasat mengenai perkara ini, kerana ia sebenarnya melibatkan soal keselamatan negara, kerana dibimbangi perkara yang dilihat kecil ini bakal membuatkan negara kita menerima nasib yang sama seperti Filipina, Laos, Myanmar dan Indonesia.

Video untuk tontonan :


No comments:

Post a Comment