Monday, April 1, 2013

Nik Aziz GAGAL siri-2 - Kes rogol meningkat, HIV/AIDS tertinggi #TukarKelantan



Kelantan catat peningkatan kes rogol

KOTA BHARU 9 Sept (2011) . - Negeri ini mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu.

Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas 1 Syawal lalu jenayah itu bertambah mendadak.

Beliau yang bimbang jenayah rogol secara bergilir-gilir menjadi trend terkini remaja di negeri itu bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kes dalam tempoh itu.

"Walaupun kes dicatatkan masih rendah iaitu 197 sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 206 kes dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi ia meningkat dalam tempoh dua minggu lalu," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Tok Panjang, Kedai Buloh, anjuran Persatuan Sukan Tomoi Kelantan, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Pangkalan Chepa, Dali Husin dan Pengerusi Persatuan Sukan Tomoi Kelantan, Mat Hassan Jusoh.

Mazlan sehubungan itu berharap ibu bapa dan penjaga tidak membenarkan anak gadis mereka sewenang-wenangnya keluar bersama teman lelaki.

"Mungkin sempena musim perayaan, ibu bapa beri kelonggaran untuk anak gadis mereka keluar berjumpa teman lelaki," katanya.

Mengenai Ops Sikap Ke-24 di negeri ini yang berakhir 5 September lalu, Mazlan memberitahu, ia mencatatkan sebanyak 834 kes dengan 26 kematian.




Kelantan Juara AIDS Tiga Tahun Berturut-Turut

Tujuh hari lepas kita dikejutkan dengan perangkaan yang dikeluarkan Polis Kelantan yang menunjukkan kes rogol meningkat mendadak di Bumi Tadahan Wahyu negeri Islam pimpinan ulama tersohor Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sumber: Klik di sini

Hari ini pula satu perangkaan yang mengejutkan juga sampai lagi ke pengetahuan kita.

Kali ini melibatkan di negeri pimpinan ulama Pas yang menjadi penyumbang utama bilangan penyakit HIV, AIDS di Malaysia.

KOTA BHARU 15 Sept (2011). – Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit yang tiada ubat itu.

Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia, Dr. Illias Adam Yee berkata, ia diikuti dengan negeri Pahang dengan 24 daripada 100,000 penduduknya dijangkiti HIV, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5) serta kesemua negeri ini melebihi dari kadar jangkitan HIV keseluruhan di Malaysia iaitu 12.9.

Beliau berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.
“Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin. Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).

“Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan.

“Pihak kami akan terus bekerjasama dengan pihak terlibat dengan mengadakan kempen untuk mendidik orang ramai mengenai penggunaan kondom dan seks yang selamat untuk mengurangkan penyakit ini,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM15,000 dari Hotel GRV di sini, hari ini.

Sumbangan itu merupakan 10 peratus daripada keuntungan kasar promosi bufet Ramadan Hotel GRV pada bulan lepas.

Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar GRV, Vincent Chua dalam satu majlis ringkas kepada Dr. Illias.

Dr. Illias Adam berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 3,652 kes jangkitan HIV telah dilaporkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan sejak tahun 1987 sebanyak 91,632 kes.

“Sejumlah 2,985 (81.7 peratus) kes jangkitan HIV terdiri daripada lelaki dan 668 (18.3 peratus) adalah perempuan. Majoriti kes iaitu 88.7 peratus jangkitan masih berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 20-49 tahun.

“Statistik Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa majoriti daripada penularan HIV berlaku di kalangan orang Melayu iaitu 65,235 atau 71 peratus daripada jumlah penghidap HIV di seluruh negara,” katanya.

Sumber: utusan

Untuk pengetahuan semua, Kelantan bukan sahaja menjadi juara AIDS pada tahun 2010. Mereka juga adalah juara bertahan sejak 2008. Selangor juga sedang mencatat trend peningkatan kerana semakin hari semakin banyak pusat maksiat yang dibuka di negeri itu.

KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.

Katanya, pada 2008, kadar jangkitan HIV di Malaysia pada nisbah 13.3 orang, manakala 10.8 orang pada 2009 bagi setiap 100,000 penduduk, sedangkan Kelantan mencatat nisbah 47 orang pada 2008 dan 37.2 orang tahun berikutnya.

“Peningkatan kes wanita dijangkiti HIV di negara ini juga membabitkan negeri itu dengan jumlah tertinggi iaitu 1,211 kes, diikuti Johor (1,124 kes) dan Selangor (1,107 kes).

“Ekoran peningkatan kes ini, saya meminta seluruh rakyat Kelantan segera melaksanakan Gempur Aids iaitu satu program bagi membendung peningkatan kes HIV dan Aids di negara ini,” katanya pada majlis Pelancaran Sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Kamal Hasan dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Liow berkata, senario HIV di negara ini sudah berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatat 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum suntikan, berbanding tahun lalu hanya mencatat 55 kes saja.

Bagaimanapun, katanya, kes jangkitan melalui hubungan seksual menunjukkan peningkatan berbanding 10 tahun lalu daripada 18 peratus kepada 32 peratus tahun lalu dan terus meningkat tahun ini.

“Nisbah wanita dijangkiti HIV juga semakin meningkat dengan 3,206 suri rumah dijangkiti sehingga September lalu dan golongan ini diminta menasihatkan suami yang menagih dadah menjalani ujian HIV serta memakai kondom apabila membuat hubungan kelamin,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelbagai langkah pencegahan penyakit dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan kerajaan dan agensi lain, kes HIV semakin menurun daripada 6,756 pada 2003 kepada 3,080 kes pada 2009, manakala bagi sembilan bulan pertama tahun ini, hanya 2,741 kes HIV baru dilaporkan.

“Kes jangkitan HIV di negara ini masih tertumpu di kalangan mereka yang berisiko tinggi iaitu 71 peratus membabitkan perkongsian jarum suntikan ketika menagih dadah dan 19 peratus menerusi hubungan seks.

“Kerajaan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta setahun bagi memberi rawatan serta perkara berkaitan kepada pesakit dan akhir tahun lalu, seramai 9,962 sudah menerima rawatan antiretroviral (ARV),” katanya.

Sementara itu, Zaman berkata, gaya hidup bebas seperti dilakukan segelintir lelaki termasuk dari negeri ini yang selalu ke pekan Golok, Selatan Thailand, menjadi punca meningkatnya penyakit HIV di Kelantan.

Sumber: bharian

Syabas Pas, itulah berkat pemerintahan tok guru dan ulama selama 20 tahun di bumi Kelantan



1 comment:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=LKG86MvX8eI
    Tentang kes rogol fikiran Anwar Ibrahim sama dengan Traitor in Chief di Amerika Syarikat kerana mereka di biayai oleh George Soros. Manakala, Nik Aziz akan ikut arahan daripada bos Anwar Ibrahim. Isu ini tak jadi tanda tanya kerana mereka tak tahu LGBT meningkatkan HIV AIDS di kalangan Yahudi. Sila lihat sendiri kenapa Israel dan Amerika Syarikat tinggi HIV AIDS. Hanya satu penyelesaian adalah jika mereka tidak belajar merogol orang anime dari Jepun dan filem yang terlalu ganas dari Amerika Syarikat.

    ReplyDelete