Saturday, April 6, 2013

JOM lihat #ManifestoBN yang dinanti #JanjiDitepati #BNbagus #Vote4BN #Najib4PM #PRU13 #GE13






Himpunan Memperkenalkan Manifesto Barisan Nasional di Stadium Putra, Bukit Jalil 
PM akan bersama rakyat di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Sabtu 6 April 2013, jam 8:30-10:00 malam.



  
Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya merangka manifesto parti secara berasingan pada peringkat Pusat dan negeri yang berpaksikan falsafah 1Malaysia dan agenda transformasi nasional. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dokumen penting itu sebagai tanda BN memperbaharui aku janji serta komitmen kepada rakyat Malaysia serta membawa pembaharuan dan perubahan di negara ini. 
“Manifesto adalah aku janji kita kepada rakyat seiring falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan dengan mandat yang diberikan nanti, insya-Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat parti. 

Meliputi dasar induk 

“Kali ini, manifesto Pusat adalah manifesto induk yang meliputi dasar induk, tetapi manifesto yang khusus kepada negeri pula maknanya projek yang ada kaitan dengan negeri berkenaan akan diberi penekanan serta diketengahkan dalam manifesto peringkat negeri. 

“Contohnya di Selangor kita akan tumpukan isu air dan Kelantan berkaitan stadium, masjid, lebuh raya dan sebagainya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, diikuti mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. 

Manifesto BN induk akan dilancarkan di Stadium Tertutup Bukit Jalil malam esok, manakala manifesto negeri pula dilancarkan Pengerusi BN negeri masing-masing. 
Mesyuarat MT UMNO dan Dewan Tertinggi BN semalam hanya membincangkan persiapan terakhir PRU-13, aktiviti dan program yang perlu dilakukan mulai sekarang, seterusnya pada hari pencalonan dan mengundi. 

Lambang janji baru 

Najib berkata, kali ini juga manifesto untuk memakmurkan ekonomi dan mensejahterakan masyarakat itu dilancarkan lebih awal supaya dapat dihayati dan difahami rakyat. 

“Manifesto ini adalah komitmen serius BN dan dalam tempoh empat tahun ini kita sudah membuktikan apabila kita janji, kita tepati janji dan saya yakin manifesto kita ialah lambang janji baru kita kepada rakyat,” katanya. 

Selain itu, Perdana Menteri berkata, persediaan jentera BN dalam keadaan baik, manakala parti komponen bersemangat tinggi serta siap siaga untuk turun padang.


1 comment:

  1. Sorry kami masih bersama BN. Kami tak sanggup gadai Agama, Bangsa dan Negara kami semata2 utk undi PR.

    ReplyDelete