Saturday, March 30, 2013

[Video] Kisah sebenar #Memali - Mati sebagai pemberontak, duit pula disonglap #tolakPas



Selepas begitu ramai yang mati sebagai pemberontak; duit tabung Memali pun disonglap. Apa punya parti la perangai macam ni... pura-pura simpati, tapi kebas duit keluarga si mati. Tak percaya? tengok la video kat bawah - 




Tabung memali - balu hanya dapat RM20 setahun? Pegi belajar kat Pakistan pun kena tipu juga? Sapa tipu? Nampaknya macam Pas tipu...


Haji Hadi Mesti Bertanggungjawab Atas Apa Yang Berlaku.


Lihat gambar di atas dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pencacai pakatan haprak. Peristiwa berdarah di Kampung Memali, Baling Kedah pada 19 November 1995 diputarbelitkan fakta oleh puak PAS bahawa pihak Kerajaan ketika itu bertindak kejam pada masyarakat Kampung Memali.

Kanak-kanak dipergunakan dan wanita tidak kira usia diletakkan dibahagian hadapan pertahanan manakala kaum lelaki hanya berselindung disebalik rumah, semak samun dan ada yang hanya duduk di dalam rumah. Dimanakah perginya Islamnya..?? Di zaman nabi dulu, wanita diletakkan di bahagian belakang sebagai pemukul gendang semangat untuk kaum lelaki yang bertarung dihadapan.

Perwatakan mereka juga seperti telah 'DIRASUK HANTU' bertindak seperti tak ada perasaan perikemanusiaan. Inikah ajaran Islam yang sebenar?

Dalam video ini kita dapat lihat dengan jelas Amanat Haji Hadi adalah punca kejadian ini berlaku. Doktrin melampau tentang perjuangan Islam membawa kepada pertumpahan darah.

Ajaran Syiah yang juga menjadi pegangan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS juga menjadi antara punca pengikut Ibrahim Libya seperti dirasuk untuk menyertai perjuangan yang tidak pasti kebenarannya.

Saksikan video di bawah PENDEDAHAN SEBENAR (bahagian 2) betapa bahayanya Amanat Hj Hadi yang membawa pertumpahan berdarah yang menghilangkan nyawa mereka yang tidak berdosa ini.

Sekarang ini mereka yang kononnya mati syahid bagaikan mati katak, masakan tidak daripada memperjuangkan negara Islam sekarang ini ditukarnya kepada negara berkebajikan beracuankan Malaysian Malaysia. 




No comments:

Post a Comment