Wednesday, March 27, 2013

The Economist : Pengundi Cina Mula Bimbang Dengan Anwar. #PenipuRakyat



Apa kata Tun Daim?


"Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau -- apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan" 

"Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat."

"Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita" 


Pengundi Cina Hilang Keyakinan Terhadap Anwar #1Malaysia #TolakPR


Fakta Kegagalan Anwar Penasihat Ekonomi Selangor.
http://riziqin.blogspot.com/2013/03/pengundi-cina-hilang-keyakinan-terhadap.html

(Atas - infografik) Carta perbandingan kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan Barisan Nasional (2003 – 2007) dengan Pakatan Rakyat di mana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penasihat ekonominya.

Perbandingan ini dibuat berdasarkan laporan Ketua Audit Selangor 2007 dan 2011.

The Economist : Pengundi Cina Mula Bimbang Dengan Anwar

Kajian terbaru The Economist menyebut perubahan pola sokongan masyarakat Cina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjadi samar-samar apabila sikap dan berpendirian Ketua pembangkang itu kurang diyakini daripada beberapa perkara.

“Melanggar peraturan, sesetengah orang Cina masih bimbang dengan Anwar atas sebab-sebab yang berbeza,” lapor The Economist dalam kajian bertajuk “Malaysia’ Looming Election“.

Kajian turut menyebut tuduhan salah laku seks terhadap Anwar turut sama memberi kesan dan menghakis populariti beliau.

Dakwaan-dakwaan tersebut juga mungkin mencipta ketegangan dalam Pakatan Rakyat, lapornya.

Laporan turut menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih popular yang dibuktikan dengan kaji selidik pendapat baru-baru ini.

Kedudukan Najib dalam kaji selidik itu mencapai 61 peratus, lapornya.

“Beliau mempunyai cerita yang baik untuk diberitahu, pertumbuhan ekonomi yang kukuh sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2012, kemiskinan hampir dihapuskan, ketidaksamaan dikurangkan dan 400 kes undang-undang terhadap rasuah dimulakan.

“Dan dia mampu mengumumkan satu skim pemberian wang tunai kepada isi rumah miskin akan menjadi acara tahunan,” lapornya lagi.

Sementara itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dilaporkan Antarapos mendedahkan masyarakat Cina dalam DAP tidak mempercayai Anwar tetapi mempergunakan Ketua pembangkang itu untuk kepentingan politik mereka.

Tunku Aziz berkata perkara tersebut diketahui berdasarkan pergaulan yang masih akrab beliau bersama kepimpinan DAP setelah meninggalkan parti itu tahun lalu.

“Memang tidak percaya. Saya biasa tanya sahabat-sahabat saya di dalam DAP, adakah mereka serius terhadap Anwar. Tapi mereka tidak berikan jawapan yang kukuh,” katanya kepada Antarapos.

Secara peribadi, Tunku Aziz menambah, beliau langsung tidak mempercayai Pakatan Rakyat selain menjangkakan negara akan menjadi kucar kacir sekiranya mereka memerintah.

“Mereka tidak serius. Mereka gunakan Anwar dan Anwar gunakan mereka. Inilah dinamakan ‘mutual exploitation’.

“Adakah ini kumpulan yang akan memimpin negara? Saya tidak percaya mereka langsung. Ini akan jadi sesuatu yang teruk jika mereka berkuasa,” katanya.



1 comment: