Thursday, January 31, 2013

#RCISabah - Selepas Malaysiakini kantoi siar surat palsu, Mahfuz pula kantoi? #FaktaBukanAuta



#RCISabah : Fakta Prosiding Yang Tidak Disiarkan, KP PAS Sabah Akui Mahfuz Omar Pengundi Hantu!

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/01/rcisabah-fakta-prosiding-yang-tidak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+DoubleY-OmongKebenaranTangkisPembohongan+%28Double+Y+-+Omong+Kebenaran+Tangkis+Pembohongan...%29

Sengaja lambat kemas-kini maklumat tentang RCI, kalau cepat-cepat update sudah tentu kita tidak dapat melihat aksi 'spinning' daripada media-media yang dibiayai oleh yahudi yang sehingga kini berusaha untuk mengjahanamkan negara.

Jika semalam Boo Su-Lyn secara terangan menokok-tambah laporan mengenai keterangan DSP Badaruddin, perhatian saya hari ini tertumpu kepada tiga berita berkaitan RCI yang dilaporkan malaysiakini.




Gambar di atas antara berita berkaitan RCI yang dipilih untuk dilaporkan oleh malaysiakini, yang mana kesemua laporan tersebut memberi persepsi negatif terhadap kerajaan.

Selain memberikan tanggapan negatif masyarakat terhadap kerajaan, ia turut menggambarkan betapa mudahnya untuk seseorang warga asing itu memperolehi IC biru di Malaysia.

Soalan : Benarkah pendatang asing mampu memperolehi IC dengan mudah sebaik saja datang ke Malaysia sebagaimana mudahnya anak Mahfuz Omar membeli bekalan dadah di Pokok Sena?

Berdasarkan berita yang dilaporkan malaysiakini, ia nampak mudah. Tetapi apa kata kita teliti pula keterangan saksi lain yang mana keterangan mereka sama sekali tidak akan disiarkan oleh malaysiakini begitu juga malaysia insider.

Jika malaysiakini hanya memilih keterangan daripada Nasir Yusof saksi ke-44 (SP44) dan Sioh Jabidi saksi ke-40 (SP40) dalam berita mereka. Saya 'up' sikit, di mana saya akan berikan fakta keterangan daripada empat orang saksi iaitu saksi ke - 38, 41,42 dan saksi ke-46.

Keterangan saksi (SP38) Lung Sim Yee :
1. Puan dilahirkan di China 27 Ogos 1959? 
SP38 : Benar.
2. Adakah benar puan dilahirkan di China berdasarkan no ic kod kelahiran 74? 
SP38 : Ya benar.
22. Adakah kamu setuju kamu menghadapi kesusahan untuk mendapat ic Malaysia walaupun kamu berkahwin dengan warga tempatan? 
SP38 : Ya. Setuju.
Kesimpulan keterangan daripada SP38 Lung Sim Yee yang memasuki dan tinggal di Sabah melalui proses teratur. Dia telah menjalani satu persatu prosedur permohonan taraf kewarganegaraan.

Ini membuktikan bahawa kerajaan telus menerima permohonan dan individu tersebut perlu melalui banyak prosedur walaupun ia berkahwin dengan warga tempatan.

Kita lihat pula keterangan SP41 Degon Bin Amy dan SP42 Nisa Binti Rahman :

Kedua-dua saksi adalah pendatang dari Filipina yang beragama Islam selain tidak memiliki apa-apa dokumen walaupun telah 10 tahun tinggal di Sabah.

Kedua-dua saksi ini juga masih ditahan dan sekarang berada di Pusat Tahanan Sementara menunggu proses pengusiran.

Kesimpulan daripada keterangan SP41 dan SP42 jelas bahawa kerajaan tetap tidak memilih bulu walaupun pendatang tersebut beragama Islam, sekaligus menafikan tuduhan bahawa projek IC di Sabah bertujuan meramaikan pengundi Islam.

Keterangan Saksi ke-46 iaitu Ketua Pemuda PAS Lahirul Bin Latigu :
Adakah sijil lahir daftar lewat? 
SP46 : Saya tidak pasti. 
Setuju adakah kamu generasi kedua dari satu perkahwinan tempatan dan aisng? 
SP46 : Ya, sekolah rendah dan menengah di Beaufort dan seterusnya di UUM. Berjawatan sebagai Ketua Pemuda Pas sejak 2009.
Adakah benar mykad kamu bernombor 760719-12-5747 dan dapat dari JPN dan pernah pegang kad pengenalan biru H0922390? 
SP46 : Ya. 
Pernah ke mahkamah untuk memohon dapat pengesahan mahkamah  sebelum IC dibuat? 
SP46 : Tidak pernah. 
Melalui blog banyak pihak meragui kesahihan IC kamu? 
SP46 : Ya. 
Ada report polis tehadap kamu, ada atau tidak polis panggil untuk siasat kamu? 
SP46 : Tidak 
Tahu atau tidak pendatang asing yang baru masuk sabah dan dapat IC? 
SP46 : Tidak 
Ada pernah keluarkan kenyataan akhbar mengenai pengundi hantu? 
SP46 : Tidak, tidak tahu mengenai pengundi hantu. 
Tahu atau tidak mana-mana pendatang tanpa izin yang dapat IC dan didaftarkan sebagai pengundi? 
SP46 : TIDAK TAHU.
Kesimpulan daripada keterangan Ketua Pemuda PAS yang mana IC miliknya diragui oleh pihak tertentu dan disiarkan di laman-laman blog bahawa, dia tidak tahu mengenai pengundi hantu malah langsung tidak tahu terdapat pengundi hantu.

Kenapa agaknya saksi-saksi ini tidak dipilih untuk dijadikan laporan dalam berita di laman malaysiakini dan malaysia insider?

Jadi siapa hantu?


Tunggu lima trivia JPN esok, yang akan membuktikan bahawa Mahfuz Omar bukan sahaja hantu, tapi dia adalah jelmaan jin aprit!

Hahaha...

Mana dapat kepala surat tu Mahfuz?




No comments:

Post a Comment