Tuesday, January 29, 2013

#JelajahAnakMalaysia - sukarelawan mahasiswa bawa tranformasi @1M4Youth @JTransformasi #MyBeautifulMsia


Besok, 30 Januari 2013, Jelajah Anak Malaysia - Transformasi rakyat akan dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1) pada jam 730 pagi. JOM ramai-ramai semarakkan semangat kesukarelaan anak muda demi kemajuan dan agenda transformasi rakyat.

Beza mahasiswa beraqal dengan mahasiswa yang tiada beraqal dan hilang aqal adalah macam mahasiswa yang sukarela buat amal turun ke akar umbi bertemu dan bantu rakyat; dan mahasiswa yang turun demo buat kacau, panjat pagar jerit-jerit hantar memorandum pukul 2 pagi dan buat kacau di jalanan. ehh macam perbezaan antara mahasiswa pro-Aspirasi Mahasiswa dan mahasiswa pro-M (pro-pembangkang) la.. :)  



MEREKA INI BUKAN MAHASEWEL!!!



JELAJAH ANAK MALAYSIA bukan demonstrasi huru-hara yang boleh menggugat keamanan negara. Sebaliknya adalah sebuah program mulia hasil aspirasi oleh anak muda yang cintakan negara dan keamanan.

Mereka digelar sebagai Gabungan Generasi Muda (G2M) ini terdiri daripada 46 persatuan belia, Mahasiswa dan NGO akan menjelajah ke seluruh negara melalui program khidmat masyarakat.

Tujuannya adalah untuk mendekati dan mendampingi secara langsung di lapangan dalam usaha memastikan anak muda dapat merasai denyut nadi dan berkongsi pengalaman hidup di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Program ini akan melalui tiga bentuk fasa iaitu bermula 30 Januari hingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac (Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah.

Menurut pengerusi G2M, Mohd Shahar Abdullah berkata program ini adalah kesinambungan idea daripada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pada tahun lalu.

"Ini semua adalah kesinambungan hasil gerak kerja daripada NGO dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pada tahun 2012.

"Kita bergerak dibawah G2M bagi memastikan anak-anak Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab kepada masyarakat boleh berbakti kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment