Wednesday, January 16, 2013

Artis Wanita - Pas Kedah sedar kesilapan, tarik garis panduan demi DAP dan undi? #TukarKedah

Post Pic

Macam-macam perkara dah tarik. Yang tak tarik dan kena roboh cuma surau bersejarah - Madrasah Salihiah http://www.ppim.org.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=405:roboh-tetap-roboh-madrasah-salihiah-kanchut&catid=60:top-news



Kedah tarik balik garis panduan buat persembahan

pada 15-01-2013 11:01 


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WsbJVl

ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah hari ini menarik balik garis panduan bagi mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang diumumkan 9 Januari lalu.
 
Penarikan semula ketetapan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, melalui satu kenyataan yang dihantar kepada Antarapos.
 
Menurut Azizan, kerajaan negeri PAS Kedah mengakui telah berlaku 'tersalah pandang' pemberitahuan garis panduan yang melibatkan acara perayaan.
 
Justeru, satu garis panduan baru akan dikeluarkan bagi menggantikan peraturan yang telah ditarik balik untuk kegunaan badan pengurusan bersama City Plaza atau mana-mana pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia di Kedah. 
 
Bagaimanapun, garis panduan baru yang akan dikeluarkan boleh diubahsuai mengikut keadaan.
 
Kerajaan negeri Kedah juga akur kelonggaran akan diberikan untuk program-program yang berkaitan dengan sambutan perayaan keagamaan dan budaya.
 
Namun kesemua penganjuran program itu perlu patuh pada tatacara yang sesuai dengan kod etika pemakaian yang sesuai dengan budaya pelbagai kaum.
 
Kerajaan negeri Kedah sebelum ini dikritik hebat apabila menetapkan beberapa garis panduan yang disifatkan sebagai menafikan budaya dan sensitiviti kaum Cina, yang bakal menyambut sambutan Tahun Baru Cina, Februari depan.
 
Garis panduan yang diumumkan Exco Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib itu mengharamkan persembahan penyanyi wanita profesional di mana-mana pusat membeli-belah atau lain-lain tempat awam, melainkan pelajar sekolah. 
 
Hanya penghibur lelaki dibenarkan untuk menyanyi dan menari ketika membuat sebarang persembahan.
 
Muzik secara langsung adalah tidak dibenarkan sebaliknya hanya penggunaan 'minus-one' diizinkan untuk apa jua persembahan.
 
Pusat membeli-belah juga hanya boleh memainkan lagu-lagu berunsur ketuhanan yang mengandungi mesej positif dan jika melibatkan penghibur, nama dan jadul lagu perlu dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.
 
Paling penting, mana-mana individu yang terlibat dalam persembahan seni itu mestilah berpakaian sopan dan jika mana-mana peraturan dilanggar, kerajaan negeri akan membatalkan serta-merta majlis itu.
 
Penarikan balik garis panduan oleh PAS bukan perkara baru dalam parti Islam itu.
 
Sebelum ini, PAS Kelantan turut menarik balik Akta Majlis Undang-Undang Tempatan yang hampir 20 tahun dikuatkuasakan setelah menerima kritikan dari pelbagai pihak terutama rakan komponennya, DAP.




No comments:

Post a Comment