Friday, June 8, 2012

#PTPTN: Baru kena sergah di UNISEL, PR dah nak jual negara?

Baru kena gempar nak bekukan PTPTN, Pakatan Pembangkang sudah kelam kabut. Menteri Besar, Khalid Ibrahim terus buat kenyataan kata nak jual aset la, itu la, ini la. Nampak sangat Buku Jinggay PR tak boleh pakai. Tak ada perancangan pelaksanaan dan SOP; hanya janji-janji kosong.

Saya suka bila PTPTN sergah Unisel dalam isu ini. Sebabnya, kita tahu bagaimana pemimpin PR berreaksi.

Jelas mereka tiada perancangan untuk hadapi serangan sebegini. Selangor selalu berbangga dengan duit RM 1.9 bilion yang disimpan mungkin hanya untuk mencantikkan akaun, (mungkin ini hasil ajaran dan amalan sesetengah pemimpin GLC, jual aset dan tak payah buat apa-apa, janji akaun cantik) tetapi bila disergah dengan isu PTPTN, respon pertama adalah untuk menjual aset.

Untuk apa jual aset, jika RM 1.9 bilion ada? Nak dapat komisyen?

Kalau inilah cara PR berreaksi terhadap isu, jawabnya lama kelamaaan habis aset dan negara kena jual...

Gunakan lah RM 1.9 bilion ni untuk rakyat. Selangor ada bagi biasiswa untuk anak-anak kelahiran negeri itu kah?

RM 1.9 bilion ni untuk Khalid Ibrahim bawa ke kubur kah? Kenapa tidak digunakan untuk menunaikan janji-janji PRU 2008, memberi rebat agar rakyat Selangor dapat menikmati harga RON 95, gula, tepung dan banyak lagi pada harga yang lebih murah, membaiki jalan-jalan yang rosak, mengutip sampah dan pelbagai perkara lagi untuk rakyat.

Kenapa untuk tujuan demo dan media, boleh pula digunakan duit ini?

Mujurlah PTPTN hanya sergah saja...


PTPTN Sahkan Batal Pembekuan Pinjaman Kepada Unisel, Kuis
Published by AIDC on June 8, 2012

AIDCNews – 08/06/12 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) memutuskan untuk menarik balik pembekuan penyaluran pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Perkara itu disahkan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi mStar Online, petang Jumaat.

"Ya, memang benar pembekuan pinjaman PTPTN terhadap para pelajar Unisel dan Kuis telah dibatalkan. Saya telah menerima arahan daripada pejabat Menteri Pengajian Tinggi untuk meneruskan pemberian pinjaman," katanya.

Ismail Mohamed berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima rayuan daripada pihak pengurusan Unisel dan Kuis supaya membatalkan pembekuan tersebut.

Malaysiakini pula melaporkan tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru universiti milik kerajaan Selangor menyebabkan beberapa pelajar merancang dan terpaksa berhenti belajar kerana tidak mendapat pinjaman.

Tindakan itu juga menyebabkan pelajar baru di universiti tersebut terbeban dan terpaksa bergantung dengan keluarga untuk mendapatkan wang.

Seorang pelajar daripada Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy berkata, beliau mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan apabila tidak mendapat bantuan kewangan.

Pelajar yang berasal daripada Kuala Terengganu, Terengganu itu juga melahirkan rasa kesal dan bercadang untuk pindah ke institusi pengajian tinggi lain sekiranya masih tidak mendapat pinjaman PTPTN.

"Ada dua tiga orang kawan saya yang dah pindah belajar tempat lain sebab tak dapat PTPTN. Sekarang ni pun ada kawan-kawan lain rancang nak tukar juga.

"Macam saya pun bukan daripada keluarga senang. Saya ada tujuh orang adik beradik. Bila tak dapat PTPTN ni saya bimbanglah. Saya pun ada fikir nak pindah tempat lain kalau masih tak dapat pinjaman," kata Edy, 18, ketika ditemui Malaysiakini semalam.

Sementara itu, Roslan Bian, Ketua Pengarang Agendadaily menemplak sikap pembangkang yang kelam kabut dalam isu pembekuan PTPTN di universiti Selangor.

"Itulah pembangkang lain kali nak cakap guna akal dan jangan main hentam kerana niat hendak memancing undi…segalanya free. Kesan dari pengumuman Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin buat bekukan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada para pelajar Universiti Selangor (Unisel) telah mencetuskan kejutan.

"Semua pihak jadi kelam kabut termasuk kerajaan pekatan pembangkang Selangor.Malah ada kalangan para pelajar yang bercadang hendak membatalkan kemasukan ke Unisel jika tidak ada pinjaman PTPTN.

"Cakap bukan main hebat.Bukan itu saja malah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah guna sentimen 'menghasut' para pelajar jangan bayar balik pinjaman PTPTN.

"Apapun atas pertimbangan kebajikan pelajar hasil pertemuan antara pihak pengurusan Unisel dengan PTPTN pagi Jumaat keputusan dibuat untuk membatalkan pembekuan pinjaman PTPTN keatas pelajar Unisel,"katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment