Tuesday, June 5, 2012

Dihalau kerana BR1M: Nik Aziz dan Pas makin zalim? #TukarKelantan



Dulu Pas kafirkan UMNO dan jadikan alasan kafir untuk cerai suami isteri, tidak makan sembelihan orang UMNO, boikot kenduri, tidak uruskan jenazah dan sebagainya. Hari ini mereka lebih zalim?


HOT : 10 BERANAK DIHALAU OLEH IBU SAUDARA KERANA TERIMA BR1M...

KELANTAN : Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di Bachok terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.
Esah Ya, 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah danrumah berkenaan.
Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang dirumah salah seorang anak di Kampung Nipah.
“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.

“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.
Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumahberkenaan.
“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.
Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.



2 comments:

  1. ape ke bodohnya ko ni...rumah tu nik aziz dan PAS punya ke??bengong..


    ahli umno baling batu di lembah pantai, sampai berdarah2, adakah datuk najib yg bersalah???

    macamane la kerajaan boleh amik ko keje di KDN..bingai sungguh

    ReplyDelete
  2. Oi tenuk...ko pernah dengor ker presiden UMNO kafirkan org lain...yg kat lembah pantai tu,kalau ko jadi dia pun ko buat bende sama... Yg kat Kelantan nie sebab ajaran sesat suka hati dia nak kapirkan org yg jadi mcm tu...kalau tak ikut fatwa sesat dia ko masuk neraka..bingai dari mana tuh..sedangkan ulama dunia nie,sahabat Rasul malahan Rasulullah pun x boleh nak tentukan sapa masuk neraka idak kalau bukan kehendak Allah SWT

    ReplyDelete