Thursday, May 24, 2012

[Video] #PTPTN: Rakaman penuh debat @KhairyKJ - Rafizi dan apa pandangan ibu bapa

Post Pic



Jelas Pengarah Strategik PKR berbohong dan tidak memahami 
konteks hujah yang dia sendiri utarakan. 

pada 23-05-2012 06:05 Ditulis Oleh Farah Eliana Mohd Adnand
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WncJZh#


SHAH ALAM: Meskipun pihak pembangkang berterusan menabur janji untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), masih ramai rakyat mengharapkan agar tabung itu dikekalkan.

Tinjauan wartawan AntaraPos.com mendapati rata-rata ibu bapa bersetuju untuk mengekalkan pinjaman PTPTN demi kepentingan generasi masa hadapan dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.    

Pekerja sektor swasta, S.Ravindran berpendapat pinjaman PTPTN kepada pelajar bertujuan meringankan beban ibu bapa untuk menanggung kos pendidikan anak-anak di universiti.

"Sekarang anak saya dah masuk (universiti), kalau tiada PTPTN, apa saya nak buat. Saya pun tak tahu. Ini bagi kesenangan untuk saya, bagi kesenangan untuk dia (anak) melanjutkan pelajaran."

Bagi Dennise beliau turut bersetuju untuk tidak memansuhkan PTPTN untuk keperluan pendidikan generasi akan datang.

"Memang tak payah dimansuhkan kerana ramai rakyat memerlukan pinjaman PTPTN untuk membiayai anak mereka ke menara gading, terutama kami yang miskin ini."

Menurut seorang pesara, Hj Abdullah Zawawi yang mana ke empat-empat anaknya mengambil pinjaman tabung itu menganggap tindakan untuk memansuhkan PTPTN adalah tidak wajar.

Justeru beliau mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula proses pembayaran semula untuk memastikan generasi akan datang kekal menikmati pinjaman pendidikan tersebut.

"Cara bayaran balik itu perlu dipermudahkan.

"Sewajarnya berdasarkan pendapatan masing-masing. Memberi kemudahan kepada anak bangsa akan datang."

Bagi pelajar tahun satu Fakulti Perubatan, Chathia Dennis berpendapat pinjaman ini harus dikekalkan kerana ia dapat membantu pelajar mencapai hasrat melanjutkan pelajaran lebih-lebih lagi untuk golongan yang kurang berkemampuan.

"Bagi mereka yang tidak bernasib baik, mereka dapat bangkit semula. Jadi mereka masih dapat melanjutkan pelajaran dan kejar cita-cita mereka."

Hafiz Parjan, pelajar tahun satu kejuruteraan mekanikal berharap agar pelajar-pelajar tidak mudah terpedaya dengan hasutan pihak luar dan harus mendapatkan maklumat daripada sumber yang sepatutnya.

"Sepatutnya benda-benda camni kita perlu dengar daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai."

Pihak pembangkang sebelum ini lantang menuntut kerajaan memansuhkan PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat walaupun ianya agak mustahil kerana boleh memberi kesan buruk kepada ekonomi serta meningkatkan tanggungan kadar cukai negara.




No comments:

Post a Comment