Thursday, May 17, 2012

#ReturnSgor @tunfaisal - PR hadapi krisis keyakinan yang parah


Post Pic

Tun Faisal: Wakil Rakyat Pakatan Pemalas

pada 17-05-2012 12:05 Ditulis Oleh Ahmad Aidil Syukri




SHAH ALAM: Pengerusi Unit Media Baru Umno (UMB), Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat peluang Barisan Nasional (BN) untuk cemerlang di Selangor adalah jauh lebih baik ketika ini berbanding beberapa tahun yang lalu.

Ini katanya berdasarkan kepada situasi semasa kerajaan negeri yang dilihat sedang berdepan dengan krisis keyakinan bukan setakat di kalangan rakyat Selangor sahaja bahkan juga di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

“Peluang (di negeri Selangor) kita nampak jauh lebih baik dari 2009-2010, ada peningkatan. Peningkatan sebab kerajaan Selangor masih berdepan krisis keyakinan bukan setakat dari rakyat, tapi di kalangan pemimpin mereka sendiri tak yakin.

“Orang macam (Datuk) Hassan Ali (Bekas Exco Kerajaan Negeri) keluar sebab tak yakin, pertembungan antara Azmin (Ali) dan (Tan Sri) Khalid (Menteri Besar Selangor), sebab tak yakin juga.

“Dan dalam banyak keadaan rakyat juga rasa tak yakin sebab dia (rakyat) tengok banyak janji Pakatan di Selangor tak ditunai. Contohnya cukai pintu, pengendalian sampah dan banyak lagi janji yang mereka beria nak laksana tapi tak buat,” katanya ketika ditemubual dalam wawacana khas bersama AntaraPos.com.

Dalam masa yang sama katanya, tindakan agresif Umno menunjukkan kepincangan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor juga mendorong kepada peluang yang cerah kepada BN.

“Umno sekarang kita nampak peluang makin cerah sebab orang-orang Umno semakin agresif tunjuk kepincangan Pakatan di Selangor.

“Sekarang kalau kita dapat lihat lebih ramai lagi pemimpin tunjuk dan bukti kelemahan ahli Parlimen Pakatan di kawasan mereka sendiri saya rasa rakyat akan sedar yang mereka tak patut pilih Pakatan dari dahulu lagi,” tegas beliau yang juga merupakan Exco Pemuda Umno Malaysia.

Menurutnya, ini kerana rakyat sudah sedar yang kebanyakan Wakil Rakyat Pakatan adalah malas dan jarang turun kawasan dan membiarkan rakyat begitu sahaja.

Hal ini katanya akhirnya mendorong rakyat mengadu kepada Umno untuk mendapatkan pembelaan.



2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Atas ialah contoh mentaliti penyokong PR,dari atas sampai bawah semuanya gila sex...

    ReplyDelete