"Oh susah, tidak ada kajian dibuat untuk menentukan perkara tersebut, kita boleh tahu samada seseorang itu ahli UMNO atau orang UMNO, bila dia kecewa......."
Ahli UMNO kecewa?
Nota:
1. Ramai di antara kita ahli UMNO, termasuk saya yang rasa kecewa dengan birokrasi dan korupsi di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC.
2. Ada kalanya kita tahu, kaum lain dan orang lain yang bukan UMNO, selalunya kroni pegawai dan kapten GLC mendapat apa yang mereka mahu melalui pelbagai jalan yang tidak telus, termasuk melalui rasuah.
3. Kita tidak nafikan ada juga di kalangan pemimpin politik yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa, tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah ini jauh lebih kecil berbanding pegawai kerajaan dan kapten GLC yang rasuah
4. Pemimpin tertinggi parti membuat dasar di dalam mesyurat majlis tertinggi, manakala Ahli Parlimen membuat dasar dan meluluskan bajet untuk melaksanakan dasar tersebut di Parlimen. Bagaimanapun pelaksana dasar dan pengurus kewangan bagi pelaksanaan dasar adalah pegawai kerajaan dan kapten GLC.
5. Rakyat, termasuk ahli UMNO akan kecewa bila pelaksanaan dasar tidak dilaksanakan secara efisien, telus, betul dan tepat pada waktunya, sehingga impak dan limpahan dari suatu dasar yang baik tidak dapat dirasai oleh rakyat, seperti apa yang berlaku semasa tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Sepanjang pengalaman saya, terdapat sejumlah Little Napoleon di kalangan pelaksana dasar baik di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC sehingga menjejaskan nama baik institusi kerajaan dan GLC, kerajaan BN, dan maruah diri dan keluarga mereka.
6. Lebih mengecewakan lagi bila ahli UMNO diberi layanan kelas kedua dan didiskriminasikan dalam pengagihan sesuatu peluang. NGO yang saya pengerusikan misalnya, tidak diberi peluang untuk membuktikan kebolehan, semata-mata kerana ada pegawai dalam kementerian tertentu yang mahu mengelakkan isu apabila memberikan peluang kepada NGO yang diketuai oleh ahli parti politik UMNO.
7. Kecewa? Ya saya juga kecewa.
8. Bezanya, saya faham bahawa dari segi dasar, dasar yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin parti dan Ahli Parlimen BN adalah dasar yang baik dan diberikan bajet yang mencukupi untuk pelaksanaannya. Bagaimanapun masalahnya adalah dari segi pelaksanaan yang akan di`hijack' oleh pelaksana dasar di kalangan pegawai kerajaan dan kapten GLC, atau institusi yang diberi amanah untuk melaksanakan dasar yang telah diluluskan, dan mungkin sejumlah kecil pemimpin politik dalam kerajaan yang korup.
9. NKP UMNO Bahagian Kampar juga kecewa. Berdasarkan video di atas, saya mengandaikan bahawa pertama, dia kecewa dengan Pegawai Kerajaan, mungkin DO. Kedua, dia kecewa kerana Dasar yang diluluskan oleh Kerajaan BN tidak dilaksanakan dengan telus. Ketiga, dia kecewa dengan sikap mengutamakan kroni dan tidak amanah pegawai yang boleh memberikan peluang kepada kaum lain secara kowtim. Keempat, bila dia menyebut nama Amin, dia kecewa dengan sikap `little Napoleon' dalam pejabat kerajaan yang terlibat. Kelima, dia kecewa kerana tidak mendapat peluang walaupun dia kaum Melayu dan dia ahli UMNO.
10. Dia kecewa. Saya percaya ramai orang Melayu dan ahli UMNO dapat memahami kekecewaannya kerana mereka juga (termasuk saya) pernah menyaksikan dan mengalami perkara yang hampir serupa walaupun tidak sama.
11. Persamaan kami semua, kami kecewa, tidak gembira dan tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh pegawai kerajaan dan kapten GLC tertentu sehingga rakyat, termasuk ahli UMNO menjadi mangsa amalan rasuah, kronisme dan diskriminasi. Sedikit sebanyak, rakyat juga akan merasa marah dengan pemimpin kerajaan BN yang mentadbir kementerian dan agensi serta yang mengawasi GLC terbabit kerana dilihat sebagai lemah dan tidak mampu melaksanakan tanggung jawab mereka.
12. Perbezaan kami dan dia, saya percaya ramai orang UMNO diluar sana yang tidak setuju dan mengutuk perbuatan meninggalkan perjuangan agama, bangsa dan negara kerana kecewa, lebih-lebih lagi jika kekecewaan itu bukan atas sebab dasar dan prinsip perjuangan, sebaliknya disebabkan tidak mendapat kepentingan material yang dikehendaki. Apa lagi bila dia keluar untuk bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan dasar yang bertentangan dengan perjuangan agama, bangsa dan negara,
13. Bagi pemimpin di atas, dengar-dengarlah suara hati rakyat, mereka bukan buta. Mereka marah dengan penjawat awam dan kapten GLC yang korup dan menyalah gunakan kuasa. Bukan semua, tapi mereka memang wujud.
pemimpin politik tak ramai terlibat, mukin benar,,,,,tapi sekali terlibat berapa juta yg disebat???bukan sikit2, 250juta, 589juta...........sebab tu rakyat marah...walapon ramai pegawai kerajaan terlibat, tetapi marah kena pada kerajaan,,,sebab bapak borek, anak rintik...
ReplyDeletehemmm.. adik pm sendiri tak percaya pegawai2 melayu memegang jawatan strategik.. tak caya risik2 la.. sy dah 17 tahun sbg pegawai eksekutif shj.. tiada diberi peluang sbb melayu
ReplyDeletepemimpin politik bersihke? kah kah kah. bangang. ahlul poltik lah paling kuat rasuah dan yang jadi kambing hitam penjawat awam. bangang punya politician.
ReplyDeleteKerajaan tak salah, kakitangan kerajaan yang salah. Tengok aje kat pejabat2 kerajaan, kakitangan kerajaan asyik kat kantin. Minum la, apa la pastu kutuk balik kerajaan.
ReplyDelete