Berikut adalah kenyataan Pemuda UMNO berhubung keganasan di Syria. Kami berharap agar pihak tuan/puan dapat menyiarkannya. Sila layari www.rembau.net untuk rujukan.
"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan tidak berperi kemanusian oleh pemimpin dan pihak berkuasa Syria di dalam menangani konflik dalamannya sehingga mengakibatkan lebih sepuluh ribu kematian di kalangan orang awam, termasuklah insiden terkini di Houla yang mana menyaksikan 108 rakyat Syria terbunuh dengan kebanyakan daripadanya adalah kanak-kanak.
Pemuda UMNO dengan ini menggesa Kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan kejam tersebut. Pemuda UMNO juga mendesak Kerajaan untuk mengusulkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk turut sama mengecam dan seterusnya memberi tekanan kepada rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad di Syria untuk melaksanakan pelan damai anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab,yang baru sahaja dikuatkuasakan enam minggu lalu, bagi memulihkan kembali keamanan di negara tersebut."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khairy ada bukti ke tentera kerajaan syria yg ganas? orang jahat skrg kebih bijak membuat impresi bahawa org lain yg jahat sedangkan kejahatan diri sendiri di sembunyikan. Apa motif khairy?
ReplyDelete