Thursday, March 15, 2012

Malaysia bakal amal dasar pro-Zionis? #saveMalaysia #balaciZionis





Nota: Ramai budak-budak Pas, ABIM dan PKPIM yang marah-marah apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) menyokong Israel dan menindas Palestin. Peliknya, tidak kira sama ada Presiden AS itu dari parti Republikan atau Demokrat, dasar pro-Zionis AS tetap kekal. Kenapa? Jawapannya mudah, Yahudi menguasai ekonomi. Dikatakan sejumlah besar dana kempen pilihan raya Presiden AS dibiayai oleh ramai orang Yahudi pro-Zionis, baik yang menyokong parti Demokrat mahupun yang menyokong parti Republikan. Jadi penganalisis menyimpulkan tidak kira sama ada Presiden itu dari parti Demokrat atau Republikan, dasar pro-Zionis akan kekal, kerana dasar Presiden dan negara AS ditentukan oleh `funder' / pembiaya kempen mereka. 

Malaysia mungkin sedang menuju ke arah yang sama jika kita tidak berhati-hati. Maka nasihat kepada budak-budak Pas, ABIM dan PKPIM - tidak perlu susah-susah menyalahkan Presiden dan dasar negara AS yang pro-Zionis kerana tanpa mereka sedari mereka mungkin menjadi penyokong dan balaci kepada pemimpin dan parti yang bakal membawa dasar pro-Zionis ke negara ini.


Bila latihan pilihan raya pun dibuat oleh Zionis, maka tidak hairan lah jika pemimpin yang dilahirkan juga berperangai seperti Zionis, atau lebih buruk lagi menjadi abdi Zionis!


KURSUS PILIHANRAYA PKR HARI INI DI SHAH ALAM OLEH NED

Posted on 

  • Khamis, 15 Mac 2012
  • by 
  • MymassaVoice
  •  in


  • Maklumat yang disampaikan kepada kami bahawa NDI (National Democratic Institute for International Affair), satu cabang kepada NED (National Endowment for Democracy), yayasan dana demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan kursus kepada PKR di Holiday Inn GlenMarie, Shah Alam hari ini. Setakat ini, kami belum dapat mengesahkan sejauh manakah kebenaran maklumat tersebut. Setiausaha Negara AS, Madeline Albright, tokoh yang menyokong Anwar sejak dipecat dari kerajaan pada tahun 1998 hingga sekarang. Baca lengkap di http://www.anwaraidc.com/?p=22644 .
    Di atas menunjukkan Anwar menggunakan kedudukannya untuk menggunakan kepakaran NED dan Wang NED untuk pru13 nanti. Seorang bekas ahli DAP pula mengesahkan kepada mymassa, gerombolan orientalis, komunisme dan yahudi telah membantu DAP dan PKR dalam Pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Pandangan penulis ini di sini  http://jentayuabaka.blogspot.com/2012/03/orientalis-semakin-bertapak-kukuh-di.html10 tahun yang lalu nampaknya ada kebenarannya. 



    PKR dan DAP perlu ditolak dalam PRU13. Pengundi mesti sedar akan bahaya PKR dan DAP kepada negara.


    No comments:

    Post a Comment