Thursday, March 15, 2012

Identiti penjual maklumat terdedah? Shangri-La perlu bertanggung jawab @NajibRazak

Siapa yang langgar etika perniagaan dan dedah maklumat pelanggan?
Gambar Hiasan

Nota: Fitnah Rafizi Ramli ke atas PM telah dipatahkan. Rupanya dakwaan Rafizi tidak benar. Siapakah pekerja yang mengeluarkan maklumat pelanggan dari fail Shangri-la dan menyerahkannya kepada Rafizi? Tindakan ini jelas melanggar etika perniagaan dan menyebabkan maklumat pelanggan didedahkan untuk tujuan manipulasi dan fitnah. Perlukah Shangri-la meningkatkan lagi prosedur keselamatan bagi melindungi kepentingan pelanggan? Pihak Shangri-la perlu bertanggung jawab untuk memastikan semua pekerja mereka mengikuti kod etika perniagaan. Tindakan perlu diambil terhadap pekerja yang menyebabkan terhakisnya kepercayaan pelanggan terhadap hotel tersebut. Hari ini mungkin satu invoice hilang. Esok lusa mungkin rakaman CCTV pula.




HOT! @rafiziramli BAYAR PULUHAN RIBU RINGGIT UNTUK INVOICE PERTUNANGAN ANAK PM ?, IDENTITI PEKERJA HOTEL BAKAL DIDEDAHKAN!




Good try-lah ! Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli diatas pendedahannya tentang kos perbelanjaan pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang kononya dibayar menggunakan wang kerajaan.

Cubaan kali ini oleh pakar pengarah strategi PKR untuk mengaibkan Perdana Menteri pula dalam kes penyelewengan seperti mana madus operandi sama digunakan untuk menyerang Ds Sharizat Jalil akan memakan dirinya sendiri.

Sehingga kini dokumen pembayaran atau invoice yang didakwa menggunakan wang kerajaan untuk majlis pertunangan itu gagal dikemukakan secara sah. Terkini rupanya rafizi mendapatkan maklumat tentang invoice tersebut dari seorang bekas pekerja hotel Shangri-la. Dengar khabar, Rafizi membayar sejumlah wang berpuluh ribu ringgit kepada gadis itu untuk mengambil invoice pembayaran sehingga salinan itu gagal dikesan oleh pihak pengurusan dan kewangan hotel.

Bagaimana pun identiti gadis yang merupakan bekas pekerja  Hotel Shangri-la telah penulis kenal pasti. Jika Rafizi gagal mengemukakan bukti dokumen kos pertunangan itu adalah duit kerajaan,bagaimana beliau berkuasa menyimpan invoice itu tanpa pihak hotel ketahui serta boleh berada ditangannya, penulis tidak beragak-agak untuk mendedahkan siapa gadis yang menyalurkan maklumat kepadanya.

Kepada pembaca budiman tunggu pendedahan eksklusif ini yang akan membogelkan siapa sebenarnya Rafizi kopi boy, dan berapa jumlah wang sebenar yang diberikan atas maklumat kepada si pemberi maklumat.

Untuk artikel seterusnya,penulis akan keluarkan nama penuh gadis tersebut dan beberapa keterangan mengenai gadis tersebut.



K-MPM said: mana mau lari Rafizi…..




No comments:

Post a Comment