Semasa sidang akhbar pelancaran Skuad Sayang Wanita dan Jentera IT Puteri UMNO Bahagian Sembrong, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin menyatakan bahawa mustahil polis akan mengeluarkan kenyataan tentang syarat-syarat perhimpunan tanpa diperakui bersama oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk pastikan perhimpunan aman dapat diadakan. "Mustahil peraturan tertentu tidak dipersetujui oleh mereka. Biar rakyat nilai sendiri. Kita telah belajar dari Bersih 2.0," katanya.
Beliau juga mengingatkan rakyat bahawa, "Tak mustahil dalam internet dan apa jua saluran nanti, ia akan diberi gambaran buruk dan digunakan oleh media antarabangsa."
"Kita sudah belajar dari pengalaman lepas dan Saya percaya RTM, Kementerian Penerangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Wisma Putra dan PDRM telah bersiap sedia untuk menghadapi apa jua situasi."
"Kalau mereka teruskan dgn tuduhan yg sama dan nada serupa dimainkan juga, saya tengok tak ada pertimbangan lain di kalangan mereka. Mahkamah belum buat keputusan, sudah buat slogan utk bebaskan seseorang."
Kata beliau, polis sudah memahami sangat tentang cara pembangkang dan beliau yakin rakyat akhirnya akan mengetahui kebenaran tetap kebenaran. Sudah menjadi tugas polis untuk memastikan tanggungjawab mereka terhadap orang ramai terlaksana.
Menurut Datuk Seri Hishammuddin, pembangkang akan terus menyalahkan polis dan menuduh mereka menjadi alat kerajaan. "Bagaimanapun yang penting mereka perlu tahu bahawa mereka tak boleh kelirukan semua orang sepanjang masa - ia tak boleh, tak mampu dibuat," ujar beliau lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment