Wednesday, January 4, 2012

Sufiah sudah insaf, Amalina bagaimana?



Sufiah sudah insaf, Amalina bagaimana? 


Respons Nur Amalina pelajar cemerlang SPM 2005 di facebook miliknya berikutan tersiarnya gambar-gambar miliknya yang jelas memperlihatkan akan kejutan budaya yang diterimanya hinggakan telah mengubah dirinya dari seorang gadis timur yang bertudung kepada sebaliknya..

Tulisnya dilaman facebook miliknya "I don’t care what people say about me as I wear my pain everyday.

Maknanya lebih kurang "Saya tak peduli apa orang lain kata tentang saya... susah dan senang saya tanggung sendiri..

baca seterusnya di blog Anak Seberang

dan di blog Jendela Maya
http://jendelamy.blogspot.com/2012/01/amalina-che-bakri-berubah-selepas-gagal.html


Pelajar 17A1 SPM Nur Amalina Che Bakri Gagal di Universiti?


Terkini


Ibu sangkal tohmahan blog
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Badrul Kamal Zakaria
bhjb@bharian.com.my
2012/01/04

SABARIAH  menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.

SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.

Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibusangkaltohmahanblog/Article

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).
Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.
Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan. 


“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam. 


Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap. 


Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir. 
Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina. 


“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. 


“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. 
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya. 


Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog. 


“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. 



Di bawah pula adalah kisah Sufiah yang telah insaf. 


Sufiah sudah Insaf,namun masih enggan menemui keluarganya
22 Ogos 2009


Ibu wanita genius harap sinar Ramadan buka hati anak kembali ke pangkuan keluarga 

KUALA LUMPUR: "Saya bersyukur dia sudah insaf dan berharap sinar Ramadan kali ini akan membuka pintu hatinya untuk kembali ke pangkuan keluarga dan saya tetap menerimanya sama seperti Sufiah yang dulu," kata Halimahton Yusof - ibu wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, 24. 

Halimahton yang berasal dari Muar, Johor, berkata, Sufiah – anak ketiga daripada lima beradik, kini aktif menjalankan kerja amal di London, tetapi masih enggan bertemu keluarganya mungkin kerana rasa bersalah dan malu. 

Sufiah yang dianugerah kepintaran semula jadi sehingga berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, menggemparkan masyarakat apabila ditemui menawarkan khidmat seks melalui internet di Salford, Manchester. 

Kisah kehidupan malang Sufiah itu disiarkan akhbar News Of The World pada 31 Mac tahun lalu. Bagaimanapun, Sufiah kini aktif menjalankan kerja amal dengan membantu kanak-kanak malang di London dan diberi perlindungan khas oleh Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom. 

Halimahton berkata, beliau memahami apa yang dialami Sufiah dan yakin anaknya masih belum dapat melupakan trauma kehidupan yang dilaluinya. 

"Kami sedia memberinya masa untuk bersendirian sebelum pulang ke pangkuan keluarga. Setiap manusia melakukan kesilapan dan kita wajar memberinya peluang untuk berubah. Biar apa pun yang diperkatakan orang mengenainya, dia tetap anak yang saya dan namanya sentiasa disebut dalam doa setiap kali selepas solat. 


SUFIAH ke Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun.


"Saya tahu, Sufiah akan kembali dan kami bersabar menunggu detik bahagia itu. Paling penting, saya gembira dan bersyukur kerana Sufiah sudah bertaubat. Mungkin Ramadan dan Aidilfitri kali ini bakal memberi sinar baru dalam keluarga kami," katanya dalam pertemuan dengan Berita Harian, petang kelmarin. 

Ini adalah pertemuan pertama Halimahton dengan wartawan sejak kembali ke tanah air, bulan lalu, selepas 34 tahun menetap di London. 

Halimahton yang sudah bercerai dengan suaminya, Farooq Yusuf, kini tinggal di Damansara bersama anaknya, Iskander Ibrahim Farooq Yusuf, 23, dan Sabrina Zuleikha, 15. 

Sebagai ibu, Halimahton mengakui perasaannya membuak untuk bertemu Sufiah sejak berpisah pada 2005, tetapi undang-undang di United Kingdom (UK) menghalangnya berbuat demikian. 

"Memang saya dan adik-beradiknya sangat merindui Sufiah kerana hubungan kami rapat, tetapi saya tidak boleh menemuinya kerana ia melanggar undang-undang. 

"Di UK, jika seorang yang sudah dewasa menyatakan enggan bertemu seseorang, kita tidak boleh melanggar arahan itu dan saya sebagai ibu, menghormati permintaan Sufiah yang mungkin dibuat kerana tertekan atau malu untuk bertemu kami," katanya. 

Halimahton berharap kejadian yang menimpa keluarganya menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya kejadian sama tidak berulang kerana dugaan itu terlalu berat dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk menempuhinya. 

"Tidak perlu saya menangis atau berputus asa atas apa yang berlaku, sebaliknya saya perlu tabah melalui dugaan berat ini. Sebenarnya, apa saja boleh berlaku tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bijak dan tenang menghadapinya. 

"Bagi saya, antara sebab yang menekan Sufiah hingga dia jadi begitu adalah akibat tekanan yang diberikan terhadapnya untuk muncul sebagai pelajar cemerlang dan dikenali dunia," katanya. 

Sementara itu, Iskander Ibrahim berkata, beliau memahami tekanan yang dialami kakaknya kerana perkara sama turut dirasainya. 

"Saya memasuki Universiti Warwick bagi mengikuti pengajian Sarjana Matematik ketika berusia 12 tahun dan berasa tertekan kerana pada usia muda, perlu bergaul dengan penuntut dewasa. Pada masa sama, tumpuan media menyebabkan saya perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan," katanya. 

Atas sebab itu, katanya, keluarganya tidak akan menekan dan memaksa Sabrina Zuleikha memasuki universiti pada usia muda. 

"Dia turut ditawarkan ke universiti pada usia 13 tahun, tetapi ibu lebih suka jika dia melalui kehidupan normal seperti remaja lain terlebih dulu. Memang ibu tidak memaksa tetapi adik saya sendiri sudah melihat apa yang kami lalui sebelum ini. 

"Sebab itu, dia hanya akan memasuki universiti pilihannya khasnya di Amerika Syarikat ketika berusia sekurang-kurangnya 17 tahun," 

Lagi kisah Sufiah yang sudah insaf di

10 comments:

  1. itulah korang melayu. nampak je 17 A terus sponsor pergi luar negara. bila dah jadi camni, baru padan muka korang. siap korang kutuk lagi. dulu masa dia dapat 17A, siap korang jilat lagi dia.. LOL!

    Apa ingat Malaysia ni takde tempat ke nak bangunkan anak bangsa?

    ReplyDelete
  2. ish3, kena la husnuz zann. ckp mcm tak belajar agama :) 2. kena percaya kepada qada dan qadar 3. setiap yang Allah swt lorongkan tu ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  3. apa masalahnya. nur amalina performed apa di UK.

    so government not losing a cents by sending her abroad.

    tanggungjawab dia sebagai sponsored student ditunaikan.

    hal peribadi dia...byk lagi kat malaysia ni yg lagi seksi dari apa yg dia pakai....

    drmuz

    ReplyDelete
  4. mula2 x percaya..gmbr dia..xsangka dia blh berpakaian mcm n..pakai le baju kurung..mcm dulu..seronok tgk..

    ReplyDelete
  5. Kejutan budaya berlaku kepada siapa sahaja.

    Jangan salahkan sesiapa yang menajanya.

    ReplyDelete
  6. Pelik komen Nur Eisah Fatihah ni. Komen menyalahkan orang lain. Intipati maklumat tak pulak diterjemah baik2.

    ReplyDelete
  7. seperti kata TFI, setiap yang Allah swt lorongkan tu ada hikmahnya, seperti la jgk dgn kelulusan lesen judi oleh kerajaan ms FIFA tu... ada hikmah kn?? judi tu halal ke bila ada lesen?? kalu kira cmtu, pelacuran pun halal la bila ada lesen.. ptt la melayu semakin punah...

    ReplyDelete
  8. sebab tu nik aziz & pas halalkan arak, maksiat. tengok kat selangor je pun boleh tau Pas halalkan maksiat; bukan stakat halalkan maksiat, benarkan pulak yang dibuat secara underground tanpa lesen. jadi tak payah declare hasil. senang sikit makan dengan pemimpin Pas dan PR yang lain.

    ReplyDelete
  9. Eh, Tun Faisal, sibuk2 komen Nur Amalina, Sufiah Yusof...well at Amalina grad Phd dan indyaAllah, balik Malaysia esok taubatlah balik. Tun Faisal, isteri dan anak2 sendiri bila nak taubat ye? Halal ke semua duit dari poket politik tu, terutamanya masa duduk di KPM? Lagi satu,bila UMNO nak insaf??? Duit rakyat berbillion habis, rakyat makan bajet, korang belanja mewah makan hotel saban hari.Nak suruh Nur Amalina insaf pakai tudung, tapi kamu semua tak suruh Rosmah Mansor rambut kembang dan Shahrizat Jalilil rambut jambul pakai tudung...ada berani? Bila UMNO nak insaf makan2 duit haram jadi kroni baham tender, dapat duit tulis blogspot,dapat duit sebar fitnah? Bila jantan2 UMNO nak insaf dari jumpa pelacur, bela anak ikan, bela perempuan simpanan? Sama je kan? So janganlah suka suki nak tuding jari ke orang lain tapi tak mahu cermin diri sendiri.Saya bukan UMNO, tapi saya juga benci DAPIG dan PKR serta rasa bangangnya PAS. Saya cuma akan suka UMNO kalau manusia2 macam Najib dan Chedet tak de - sama2 2X5

    ReplyDelete
  10. Tun, tulislah pulak entry, Bila Rosmah Mansor nak Insaf, Bila Tun Hasmah Ali nak insaf? Lagi satu entry, Bila Rahim Thamby Chik nak insaf? Bila Hishamuddin Tun Hussein nak insaf? Pasti lagi ramai orang nak baca entry blog tu.Kalau setakat cerita Amalina ni...setakat budak je..yg lain2 tu LAGI DAH GANYUT.

    ReplyDelete