Wednesday, January 4, 2012

Mahasiswa luar negara selar pelajar minoriti dan SMM



Menakluk dunia dengan penipuan? Gigi patah, lelah dan stunt 
langgar cermin kaca untuk tawan klinik? 


Mahasiswa Tong Kosong Jangan Mimpi Nak Takluk Dunia

Belum habis isu seorang mahasiswa yang kononnya mempertahankan kebebasan akademik Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri di PWTC baru-baru ini, kini timbul pula isu demonstrasi di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kononya memperjuangkan agar Adam Adli tidak dikenakan tindakan oleh pihak UPSI atas tindakannya menurunkan bendera Perdana Menteri serta kononnya memperjuangkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara total.

Kemungkinan, segolongan besar rakyat Malaysia telah melihat rakaman ketika kejadian itu berlaku. Jadi apa yang kita dapat simpulkan sebenarnya dari tindakan segelintir mahasiswa ini?

Kepada yang belum melihat video demonstrasi yang berlaku pada malam itu, anda boleh melayarinya di http://www.mobtv.my/current_affairs-644.html

Kepada yang sudah menyaksikan video rakaman demonstrasi tersebut, apakah perasaan anda semua setelah melihat video tersebut?

Jika mereka di dalam video tersebut merasakan tindakan mereka pada malam itu betul, ini pula pandangan penulis selaku mahasiswa yang juga dikurniakan akal dan sudah pun layak untuk mengundi.

Pertama, adakah perhimpunan mereka itu dikatakan perhimpunan aman?

Jika semua yang hadir di situ bertempik seperti orang yang tidak bertamadun, menghina Perdana Menteri, berteriak barua UMNO, menggelar polis sebagai anjing dan sebagainya, adakah ini demonstrasi aman?

Agaknya yang berada di tempat kejadian pada malam itu tidak faham dan tidak mengerti definisi aman sebenarnya. Itu baru dilihat dari satu segi, bagaimana pula dengan tindakan mereka yang berbaring atas jalan?

Kedua, setibanya pihak polis di tempat berlakunya demonstrasi itu, pihak polis memberikan masa untuk mereka bersurai secara aman. Namun, amaran polis itu tidak diendahkan bahkan mereka bertindak dengan lebih agresif lagi sehinggakan ada yang memanjat pagar UPSI.

Selain itu, ketika pihak polis cuba meleraikan mereka dengan baik, mereka merusuh dan tidak memberikan kerjasama.

Jelaslah di sini bahawa mereka yang kononya mengelarkan diri mereka ini golongan terpelajar sebenarnya hanya tahu untuk menggangu ketenteraman awam dan hanya mementingkan diri sendiri.

Jika difikir secara rasionalnya, berkumpul pada pukul 1 pagi di kawasan yang berdekatan dengan kawasan perumahan bukanlah perbuatan mahasisiwa yang patut dicontohi. Mereka berkelakuan seperti orang yang tidak berpelajaran dan bertamadun. Mereka ini tidak layak digelar mahasiswa.

Jika difikir secara rasionalnya, berkumpul pada pukul 1 pagi di kawasan yang berdekatan dengan kawasan perumahan bukanlah perbuatan mahasisiwa yang patut dicontohi. Mereka berkelakuan seperti orang yang tidak berpelajaran dan bertamadun. Mereka ini tidak layak digelar mahasiswa.

Di mana silapnya? Adakah mereka ini mahasiwa yang diperalatkan dan dipergunakan oleh sesetengah pihak?

Jawapannya YA. Kembali kepada isu asal yang ditimbulkan oleh golongan ini, adakah niat mereka sebenarnya mahu menuntut kebebasan akademik atau sebenarnya kebebasan untuk berpolitik?

Mahasiswa sepatutnya berfikir dan tanya diri sendiri, apakah tujuan mereka di menara gading?

Adakah untuk berpolitik atau menuntut ilmu sehingga mendapat bukan sekadar ijazah tetapi keputusan yang cemerlang yang boleh dibanggakan? Kerana semua sedia maklum ada segelintir mahasiswa yang lulus dan berjaya mendapatkan segulung ijazah tetapi keputusan hanya cukup makan.

Tidak salah untuk mengambil tahu tentang perkembangan negara, politik dan sebagainya tetapi sebagai mahasisiwa kita harus ingat tujuan asal kita di menara gading.

Mungkin ada sesetangah pihak yang mengatakan yang mereka ini sudah besar, layak untuk mengundi dan patut diberikan peranan yang lebih besar, tetapi pernahkah mereka terfikir jika mereka beria-ia melibatkan diri mereka dalam parti politik, bagaimana pula dengan pelajaran mereka?

Bagaimana mereka mahu bergiat aktif dalam politik? Adakah dengan mengunakan duit PTPTN atau biasiswa? Jika ini berlaku, mereka telah menyalahgunakan duit yang diberikan untuk mereka belajar ke arah yang tidak pasti lagi hala tujunya.

Penulis sebagai mahasiswa yang belajar di luar negara berpendapat, pelajar-pelajar di universiti di tanah air bernasib baik. Hampir semua orang mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran, dengan keputusan yang mereka perolehi mereka boleh memohon pinjaman dari kerajaan.

Di negara luar seperti Jepun, mahasiswa di sini boleh dikatakan sibuk hampir setiap hari. Jika di siang hari mereka menghadiri kelas di universiti, balik saja rumah, mereka mengulangkaji pelajaran.

Mereka yang belajar menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris terpaksa menggandakan usaha mereka kerana faktor bahasa. Segelintir mahasiswa pula terpaksa keluar untuk bekerja sambilan kerana kos pengajian dan kos hidup di Jepun yang tinggi, jadi pelajar-pelajar tidak mempunyai masa untuk membazirkan masa mereka untuk berdemonstrasi atau pun membuat perkara yang tidak berfaedah.

Berbeza rasanya dengan pelajar di tanah air yang siap ada masa untuk berdemonstrasi dan berpolitik. Ini penulis tujukan hanya kepada sesetengah mahasiswa kerana saya tahu ramai lagi mahasiswa di Malaysia yang bertungkus-lumus dalam pelajaran dan menghargai peluang yang diberikan kepada mereka untuk berada di menara gading.

Pada pendapat penulis, sebagai mahasiwa yang suatu hari nanti akan mengambilalih tampuk pemerintahan dan masa depan negara, mereka harus sedar dan bangkit dari lena.

Jangan jadi alat kepada sesiapa, sedarlah tujuan asal anda dihantar ke menara gading, fikirkanlah perit jerih ibubapa anda di kampung, tidak salah untuk berpolitik tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Anda semua sudah pun layak untuk mengundi jadi undilah mana yang anda rasa betul dan jangan memalukan nama baik anda sebagai mahasiswa. Tuntutlah ilmu sampai penuh di dada kerana pada ketika itu orang akan memandang anda sebagai orang yang berilmu bercakap dan bukannyaseperti ilmu di dada pun masih singkat dah pandai nak tunjuk hebat.

Kepada mahasiwa Melayu, ingatlah apa yang anda dapat hari ini tidak datang bergolek. Pemimpin-pemimpin lama bertungkus-lumus mempertahan hak anda supaya kita anak-anak Melayu dapat belajar tinggi sama seperti bangsa yang lain, hargailah peluang anda untuk belajar kerana bukan semua orang bertuah seperti kita dapat melanjutkan pelajaran di menara gading.

Akhir kata, kepada mahasiswa yang berjuang kononya untuk kebebasan akademik, ingatlah yang anda hanya sementara di universiti. Belajarlah bersungguh-sungguh agar bangsa lain tidak mentertawakan kita semua. Dapatkan keputusan yang cemerlang dan setelah itu mulalah berjuang dalam politik kalau itu yang anda mahukan.

Ingatlah, tanpa ilmu penuh di dada, jangan mimpi hendak menakluk dunia.


Ariff Yasir Zulkafli 

(Penulis Adalah Pengerusi Kelab UMNO Tokyo (KUJ) yang juga Mahasiswa Kejuruteraan Kimia & Biologi di Universiti Gunma, Jepun.)


No comments:

Post a Comment