Thursday, December 15, 2011

Selepas palsukan dokumen cincin RM24j, orang dalam sebar surat fitnah #BR1M pula? #GajiHaram



[Nota: Malas nak cerita tentang tindakan desperate puak-puak yang hendak mensabotaj produk-produk 1Malaysia ilham Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional. Mula-mula sabotaj slogan gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Selepas itu sabotaj Kedai Rakyat 1Malaysia. Datanglah Tony dan Si Kitol Nurul dan Dr Dzul memperlekeh dan menabur pembohongan tentang barangan yang dijual. Kemudian disabotaj borang BR1M. Diadakan dan diedarkan borang-borang palsu untuk membakar kemarahan rakyat. Terkini surat/emel layang pasal BR1M. Dah lah tak tahu nak hasilkan satu produk yang bagus, banyak berpolitik dari bekerja, banyak bercakap dari melaksanakan, sekarang banyak berdengki dan mencontohi yang baik. Susah sangat ke? Baca di bawah pembongkaran oleh blogger Cucu Tok Selampit.. ]

Penjelasan Lengkap Untuk Fitnah Surat Layang Dari "Pekerja LHDN" Untuk Memburukkan BR1M



Surat layang di atas CTS terima daripada e-mail yang tersebar luas. Hasil tinjauan CTS di laman-laman sosial Facebook mendapati kebanyakan pengguna-pengguna Facebook pro Pakatan Haram telahpun menyebarkan surat layang berkenaan untuk memburukan bantuan RM500 yang diberikan Kerajaan Barisan Nasional melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sebelum ini, sudah ada tangan-tangan jahat untuk mengedarkan Borang BR1M palsu seperti di bawah. Awas! Borang palsu BR1M memerlukan nama Bank dan nombor akaun Bank. Borang asal tidak memerlukan maklumat tersebut. Sila klik laman web www.treasury.gov.my, di sini untuk mendapatkan borang yang sebenar.


Berikut adalah penjelasan penuh CTS untuk menangkis dakyah dan fitnah surat layang tak bertuan seperti di atas:

1. Bantuan RM500 untuk BR1M adalah secara "one off" atau sekali sahaja. Oleh itu, dakwaan mengatakan Kerajaan akan mengenakan cukai pendapatan seumur hidup adalah fitnah. Ini adalah kerana cukai pendapatan dikira berdasarkan pendapatan tahunan.

2. Dakwaan mengatakan orang yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tidak akan mendapat bayaran juga adalah fitnah. Kerajaan akan membayar bantuan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah serta cukup syarat-syaratnya.

3. Berdasarkan pengiraan yang CTS lakukan sekiranya bantuan RM500 ini dikenakan cukai sekalipun (setakat ini belum ada kenyataan dari Kerajaan bahawa bantuan RM500 ini akan dikenakan cukai), jumlah tambahan cukai berdasarkan "the next 3% yearly income" seperti di dalam jadual cukai pendapatan, seseorang itu hanya akan dikenakan tambahan cukai sebanyak RM15 sahaja. Adakah wajar kita mengatakan Kerajaan akan menipu Rakyat sekiranya bantuan yang diberi adalah RM500 dan kalau dikenakan cukai sekalipun hanya melibatkan jumlah RM15. Penipuan kepala hotak hangpa!

4. Betul ke dakwaan bantuan RM500 untuk membolehkan Kerajaan mengutip cukai tambahan? Apakah warga emas, Rakyat marhaen yang diberikan bantuan oleh Kerajaan dan beberapa golongan lagi yang layak di bawah skim ini dikenakan cukai oleh Kerajaan sebelum ini? Cakap guna otak dan jangan pakai kepala lutut boleh?

Bagi CTS, tulisan di atas ditulis oleh seseorang yang tidak berpelajaran tinggi (berdasarkan corak tulisan dan idea penulisannya), berniat jahat dan berunsur fitnah. Bagi CTS lagi, tiada paksaan dalam pemberian wang berkenaan. Sesiapa yang merasakan diri ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu memohon BR1M. Semudah itu!

1 comment:

  1. teramat la menyampahnya bila timbul isu isu sebegini..pelik jugak sebab di FB tu bukan org2 yg biasa2 yg share post..ramai gak pegawai2 dari kerajaan turut kondem sama...memang tak pakai otak la malaun2 tu...

    ReplyDelete