[Nota: 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri, banyak kemajuan dan pembangunan yang boleh diceritakan. Bukan saja pembangunan fizikal malah pembangunan modal insan, termasuk `psychological liberation' anak Malaysia melalui semangat Malaysia Boleh, yang mengeluarkan mereka dari perasaan rendah diri dan penjajahan minda bahawa Barat atau Orang Luar lebih baik dan lebih bijak dari mereka.
3 tahun Datuk Seri Najib Tun Razak, begitu banyak transformasi dilaksanakan, bermula dengan transformasi politik dalam parti dengan pindaan Perlembagaan UMNO; Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan terkini Program Transformasi Luar Bandar. Dari usaha menjadikan UMNO lebih terbuka, telus dan demokratik sehinggalah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej dan Kolej Universiti. Dari Klinik 1Malaysia sehinggalah Kedai Rakyat 1Malaysia.
3 tahun sahaja. Apa ada selepas 21 tahun Nik Aziz berkuasa? Balak habis, pembangunan tak nampak, rakyat menderita minum air berkeladak? kadar HIV/AIDS, anak luar nikah tertinggi? Eloklah berundur atau eloklah rakyat Kelantan gulingkan diktator pemalas dan gagal ini!]
Eloklah Mursyidul Am Pas bersara - Tun Dr. Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.
"Eloklah dia bersara, saya sendiri telah bersara dan dia lebih lama (berkecimpung dalam politik) daripada saya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz di Kota Bharu, Kelantan semalam yang mengulangi hasrat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang biarpun telah menjadi wakil rakyat kira-kira 40 tahun.
Hasrat tersebut disebabkan Nik Aziz mahu terus melawan UMNO yang didakwa telah memecahbelahkan rakyat.
Menteri Besar Kelantan itu seterusnya memberikan alasan keputusan berkenaan dibuat kerana beliau telah banyak membawa pembangunan dan kemakmuran di Kelantan.
Dalam pada itu, kata Dr. Mahathir, kenyataan Nik Aziz tersebut menunjukkan pemimpin utama Pas tersebut sangat membenci UMNO.
"Bagi dia (Nik Aziz) lebih baik Karpal Singh (Pengerusi DAP) daripada UMNO. Itulah Nik Aziz," ujarnya secara sinis.
Salam Tun yg dirahmati Allah,
ReplyDeleteSebab tu kenapa orang2 dia tahap pemikirannya macam dia juga.Sepatutnya lagi lama dalam Politik dia jadi lebih matang tapi makin lama mcm budak2 pulak sejajar dgn peningkatan usia dia.Hidup dalam dendam macamana nak maju dan makmurkan negeri.Bagi dia yang penting hancurkan UMNO,tak kiralah walau tergadai rakyat dan negeri sendiri.If dia really care,dia takkan biarkan rakyat dia lalui semua kesusahan tu.Dia sepatutnya jadikan Kelantan sebagai bukti kekuatan dan model Parti sebagai pemerintah tapi sebaliknya.If he failed kat tempat sendiri,bayangkan apa jadi if Dorang semua dapat Malaysia.Alahaii..bilalah juak2 dia nak sedar ttg ni..still,thank u utk artikel ni..Cheers!
masalah Pas ni kalo setakat bertanding 60 kerusi, mana boleh ganti UMNO. Jadi hanba dan budak suruhan DAP bolehlah. Mampuih, mampuih!
ReplyDelete