Monday, December 12, 2011

Menjawab soalan blogger Azli Shukri


Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2011, ada lima orang rakan dari dunia blogging dan media memaklumkan kepada saya bahawa dalam masa terdekat akan ada serangan dari seorang blogger ternama dan kumpulannya. Mereka mendedahkan perkara ini kerana berasa amat prihatin dan mengambil berat tentang hal saya kerana walaupun mereka berkawan dengan blogger ini, tetapi mereka tidak bersetuju sama sekali dengan rancangan jahat yang ingin dibuat ke atas diri saya. Respon saya - "tidak mengapalah, kita tengok sajalah apa yang hendak mereka buat. Saya lebih suka untuk fokus kepada persiapan PRU13."

Fasa pertama serangan telah bermula. Cuma kelakar pula tengok fitnah yang cuba direka oleh orang yang nampaknya tidak faham konteks perdebatan tersebut di dalam forum promuda_circles. Kefahaman yang tidak jelas ini disambut pula oleh blogger yang saya hormati, sdr Azli Shukri, mungkin kerana beliau juga terpengaruh secara tanpa sedar dengan permainan `rakan lama'nya ini.

Saya telah menjawab di ruangan komen Azli Shukri kerana agar dia tidak terbawa-bawa permainan politik hasad dengki golongan tertentu. Saya jelaskan;

Pertama; bagi sdr Azli Shukri dan sesiapa yang tidak biasa dengan forum yahoo groups seperti promuda_circle ini; saya suka menyatakan bahawa kita tidak membaca posting-posting yang dihantar dari atas ke bawah, sebaliknya dari bawah ke atas :)

Dalam posting pertama forum ini; fahami dahulu soalan dari Aziz Ramli seperti di bawah dan artikel Straits Times Singapore "MALAYSIA'S CORPORATE TROUBLESHOOTERS - The new Mr Fix-its";

From: Aziz Ramli
To: promuda_circle@yahoogroups.com
Subject: [PROMUDA-Circle] Malaysia's Corporate Troubleshooters
Date: Mon, 19 Nov 2001 10:50:22 +0800 (SGT)

My question is, who are these group of politicians and young
professional who gather at 'senior party leaders' houses
and 'bemoan local politics'?

--------------------------------------
From Straits Times of Singapore
18th November 2001

MALAYSIA'S CORPORATE TROUBLESHOOTERS
The new Mr Fix-its

When Malaysia's business empires became mired in debt, the
establishment turned to a new breed of young Malay professionals who
had qualifications rather than connections, writes Malaysia
Correspondent BRENDAN PEREIRA

KUALA LUMPUR - They met 12 years ago in the charming university town
of Cambridge, two young men brought together by a low-profile scheme
of the Malaysian government to pluck academically brilliant Malays
from all corners of the country and give them the best education
Britain had to offer.

They were from Kuala Lumpur, Mr Shahril Ridza Ridzuan and Mr Abdul
Rahman Ahmad, budding lawyer and accountant, deceptively laid-back
and unshakeably confident.

With a price tag of RM112,000 (S$54,000) each for their three-year
tuition fees, much was expected of them by their sponsor.

Both delivered first-class degrees, returned home, got married and
travelled along the road of middle-class respectability, built solid
if unspectacular reputations as turnaround specialists of corporate
basket cases.

Today, they are part of another scheme. Only this time, the stakes
are much higher.


Kedua: Baca respon saya terhadap posting pertama dan fahamkan dahulu konteks perdebatan tersebut. Konteksnya;

1. pada waktu itu saya bukan berasal dari kelompok politik, sebaliknya saya merupakan seorang profesional muda dalam bidang Farmasi semasa menyertai Promuda

2. saya tidak percaya mereka berdua (Shahril dan Rahman) naik hanya kerana mereka layak, tetapi kerana mereka juga kenal orang yang berpengaruh.

3. dalam politik UMNO (termasuk parti politik pembangkang juga) yang bersifat patronage ketika itu, itu bukan rekaan tetapi realiti. Sampai sekarang ia masih merupakan realiti; bukan saja dalam organisasi politik tetapi dalam mana-mana organisasi. Jangan lupa (lihat semula latar belakang saya) selepas saya tamat universiti, saya bekerja sebagai medical representative bagi syarikat Camden memasarkan ubat dari klinik ke klinik, kemudiannya dalam bidang farmasi runcit dan seterusnya sebagai Ketua Jabatan Farmasi Selangor Medical Centre, jadi realiti dalam bidang swasta dan perniagaan amat saya fahami.

4. saya tidak suka realiti ini kerana saya sendiri adalah orang biasa yang menapak naik dari bawah. Sebab itu saya nyatakan bahawa, bagi orang seperti saya ini "even though you perform very well, you still have to crawl the corporate ladder to meet your American Dream."


From: penjejak badai[SMTP:badai2001@...]
Sent: 20 November 2001 03:24
To: azizramli@...
Cc: promuda_circle@yahoogroups.com
Subject: Re: [PROMUDA-Circle] Malaysia's Corporate Troubleshooters

I do not know about others, but it is a cheap bull to make a statement that one can progress very fast without connection. Business is about knowing people, and about good networking. If people do not know you, people do not deal with you, even though you have the best qualification Harvard could offer you. Politic is also about knowing people. See yourself, how many influential people that you know could push you further up. Some of us do not have any.... So even though you perform very well in your job, you still have to crawl the corporate ladder to meet your American Dream.

tun


Ketiga; Sdr Akhram Tan Sri Sanusi dalam responnya bersetuju dengan saya dalam hal ini. Dia anak seorang ahli politik dan dia tahu realitinya; tapi dia ada pandangan lain tentang pentadbiran kerajaan dan ruang serta peluang untuk profesional muda ketika itu -

Assalamualaikum and Good Day,

Saudara Tun. Though what you say is true, I think you should give Aziz
credit for having a critical outlook in this case. I am also a bit
uncomfortable with the idea of young politicians and professionals bemoaning
local politics having much impact, though for different reasons.

In the first place, usually such 'bemoaning' is not the main reason why
things happen, though the young 'bemoaners' may wish to believe it is!
Despite the opinion of some, there is still a lot of room in Malaysia for
people to climb the ladder, either in business or politics. Sure it helps if
you know people up top, but at a certain point a person is expected to
deliver. Those who don't perish, either through the mechanics of democracy,
the markets or the dictates of disappointed elders. Connections can only
help and shield you so much.

What is of greater concern for me is the lauding of this idea that leaders
listen to those who 'bemoan' issues at a personal level seemingly more than
they listen to the people or the realities of the socio-economic system.
This is plain wrong - leaders should certainly listen to the views of more
than a select few, however educated, professional or select these few may
be.

Fortunately, our leaders, at least those who matter, do not listen only to
those who are 'bemoaning' at their homes, but also reflect on the words of
groups of 'bemoaners' he/she encounters everywhere against real situations
and real options. Even whispers from people of influence at high places have
to be evaluated before acted upon, regardless of the credibility of the
source.

So, if any of these leaders who do listen to only politicians and young
professionals 'bemoaning' are worth their salt, they would indeed be making
their decisions on far more than the substance of the 'bemoaning'.

And really, let's not take the shine away from these young hopes of the new
generation. They do have a professional reputation to back them up and they
lack one thing the wonder boys of the past (i.e. Halim, Tajuddin, et. al.)
had... huge loan facilities to take equity in the companies they run.
Hopefully, this lack of equity will help the new generation to focus on
enriching the nation and not themselves.

Thanks and wassalam ...

Sincerely,
Akhram


Keempat: Saya bersetuju dengan Akhram tentang beberapa perkara dalam hujahnya, iaitu;

i. ya memang ada ruang untuk profesional muda; tetapi saya tetap tidak percaya bahawa seseorang itu boleh naik dengan TERLALU pantas, jika ia tidak ada kena mengena dgn connection dan who he knows -

ii. dan saya boleh namakan siapa ketika itu kerana saya juga ada sedikit pendedahan politik kerana dilatih di Institut Kajian Dasar dan terlibat dgn ISIS juga sebelum itu

iii. saya tegaskan juga agar jangan kita mengambil mudah dan menganggap golongan professional itu baik secara total, kerana mereka boleh jadi worst enemies terhadap organisasi.


Dear Akhram,

Again agreed with you. I remember some one told me that Halim is an
accountant by profession. So he is a professional. He is a professional, he
had connection, he was lucky, at that time the government did not emphasize
so much on the corporate governance.

However I can name few people who were appointed by some authorities to be
directors of company without proper qualification and experience. They were
purely business connection, or may be on proxy basis. This I find difficult
to tolerate, unless the said individuals are able to deliver to the company
benefits.

Professional or non-professional, it is not the real issue. The issue as you
said, is the capability to deliver, and to avoid from being greedy.
Professionals could be the company worst enemies since they know loopholes,
they could perform `magic', but a simple `headmaster' might not be able to
deliver, just because he does not have adequate knowledge, or just because
he could be easily deceived by others.

Every professionals at our age are climbing corporate ladders now. How fast
do you climb? Could you do that very fast without knowing personally someone
with influence at the top? If you do not know, then I'm very sure that, it
will be at a normal pace, like what some of us are experiencing now.

When you are up there, are you sure you will not be that greedy?

tun


Kelima: Saya juga katakan bahawa "jika anda sudah di atas (sebab ketika itu saya professional biasa yang berada di bawah), adakah anda pasti anda tidak akan menjadi begitu tamak (seperti contoh tokoh korporat yang ada ketika itu) - When you are up there, are you sure you will not be that greedy?

Kenapa saya tanyakan soalan itu? Sebab apabila seseorang itu sudah di puncak kuasa, belum tentu dia boleh mengawal diri; saya juga tidak terkecuali - jadi jangan dok mengata orang lebih sangat; kita pun belum tentu kalau kita berada di tempat dia, kita belum teruji - itu maksudnya. (baru dapat kuasa dalam alam blogger pun sudah jadi huru hara dan melakukan perkara-perkara yang kita marah dan kritik apabila dilakukan oleh segelintir orang dalam parti. Jadi apa beza kita dengan orang politik yang kita marah sangat tu?)


Keenam: saya ingin mencadangkan agar sdr Azli Shukri;

1. membaca posting saya itu dari konteks yang lebih luas dan sebenar, bukan dari kaca mata sempit blogger dari kumpulan yang sedang berdengki dan mencemburui saya dan UMB. Jangan `jumpy' hanya selepas membaca tulisan seorang blogger yang belum tentu faham apa yang dia baca dengan baik sebelum melemparkan fitnah dan tuduhan

2. menghayati lebih banyak lagi tulisan saya di dalam promuda circle; prinsip dalam tulisan-tulisan tersebut masih saya pegang sampai hari ini. Ia pedas dan tajam - sebab itu saya dikenali ramai sewaktu aktif di sana.

3. err saya naik dari bawah - boleh baca wikipedia tu dan lihat pengalaman-pengalaman lepas saya di dalam parti. Izinkan saya maklumkan sesuatu - pengalaman politik saya di peringkat nasional bermula dalam Biro Pendidikan Pemuda UMNO. Saya bermula dalam Biro Pendidikan di zaman Exco Pemuda Malaysia ketika itu, Dato Dr Adham Baba bukan dihantar dan diangkat oleh sesiapa, tetapi secara sukarela. Saya bermula sebagai nasi tambah di dalam sebuah mesyuarat penting dan dalam mesyuarat ketiga, menawarkan diri untuk menjadi pencatat minit mesyuarat gerak kerja yang penting, tanpa ada sebarang jawatan dalam jawatan kuasa tersebut dan tanpa sebarang elaun.

Dalam hampir semua perkara dalam hidup saya, saya sentiasa bermula dari bawah. Sebab itu insya-Allah, saya amat memahami perkara-perkara asas tentang apa yang saya cakap dan lakukan. :)

Menjawab soalan Azli Shukri - "ya ia fitnah. Manipulasi dari pihak yang `desperate' dan berdengki. Jangan risau, akan ada lagi tuduhan dan serangan macam ni."

5 comments:

  1. salam,

    i think its time for pro-umno and pro-BN bloggers to close rank, cooperate and focus on the next general election, rather than battering each other.

    let's pool our mind and strategies.

    ReplyDelete
  2. Tq tuan..mohon maaf atas kesilapan saya

    ReplyDelete
  3. tq sdr Azli Shukri,

    saya faham situasi sdr dan niat ikhlas sdr untuk memastikan perjuangan agama, bangsa dan negara tidak terjejas. saya tidak salahkan sdr. saya juga minta maaf sebab hp saya ada masalah, saya baru terima SMS sdr pagi tadi. Sama-samalah kita berjuang demi memartabatkan agama, bangsa dan negara, tq :)

    ReplyDelete
  4. bujai,

    setuju. eloklah kita fokus untuk PRU13. tq

    ReplyDelete