Monday, December 26, 2011

Khalid perlu jawab misteri kehilangan duit ratusan juta #SaveSgor


Di Kelantan, balak habis pembangunan tak nampak; di Selangor, 
peruntukan pusat habis, rakyat dapat apa ya?

dipetik dari artikel asal portal Selangordaily.com
Khalid Ibrahim Patut Cakap, Dia Sebenarnya Yang Nak Sebat Duit Rakyat!
http://www.selangordaily.com/?p=3268


Khalid Ibrahim mempersoalkan tentang peruntukan RM2.71 bilion yang digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk membangunkan prasarana di Selangor

Pada waktu yang sama Khalid Ibrahim langsung tidak menyatakan tentang KEHILANGAN RM100 juta PEMBERIAN KEMENTERIAN KEWANGAN untuk projek jus salad dan buah-buahan tropika yang akhirnya telah ditutup dan dimatikan oleh Khalid Ibrahim sendiri pada Februari 2010.

Bagaimana pula dengan prasarana di seluruh Selangor yang langsung tidak dititikberat dan diambil peduli oleh kerajaan Khalid Ibrahim? Ke mana hilangnya peruntukan lebih RM400 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikian jalan raya di seluruh Selangor? Dan bagaimana pula dengan RM100 juta daripada akaun MARRIS yang dicuri oleh Khalid Ibrahim?

Pembohong besarlah Khalid Ibrahim kalau menyatakan segala perbelanjaan prasarana kerajaan negeri datangnya daripada Perbendaharaan Negeri semata-mata. Bagaimana dengan bantuan untuk PBT yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat yang berjumlah lebih RM200 juta setahun? Apa yang Khalid Ibrahim buat dengan perbelanjaan yang disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri itu?

Bukankah Khalid Ibrahim bertungkus lumus untuk menyebat duit itu untuk dirinya sendiri dan kroni-kroninya? Tidakkah duit sampah dan pembersihan PBT sekarang ini diusahakan agar disalurkan kepada kroni-kroni Khalid Ibrahim?

Begitu juga dengan peruntukan untuk pelancongan yang tidak digunakan oleh Khalid Ibrahim. Ke mana perginya duit-duit itu?

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menjelaskan bahawa kehilangan peruntukan-peruntukan yang disalurkan terus oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri, bersifat misteri. Dan sekarang, Khalid Ibrahim mempersoalkan tentang peruntukan RM2.71 bilion yang digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk membangunkan prasarana di Selangor, memandangkan peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri sebelum ini hilang lenyap begitu sahaja, sepertimana peruntukan untuk jalanraya, tidak digunakan untuk tujuan tersebut, sebaliknya digunakan untuk projek mempromosi Pakatan Rakyat.

Khalid Ibrahim tidak layak langsung untuk bercakap tentang peruntukan Kerajaan Pusat kepada rakyat Selangor. Kalau kerajaan negeri sendiri tidak mampu untuk mempertingkatkan dan membela kebajikan rakyat Selangor, mengapa pula hasrat Kerajaan Pusat ingin dihalang dan dijadikan alasan kononnya untuk mempromosi BN dan UMNO?

Tidakkah Kerajaan Negeri Selangor membuat setiap program untuk menunjukkan mereka lebih baik daripada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri terdahulu? TAWAS, Khairat Kematian, dan sebagainya yang bersifat retorik dan tidak pernah wujud itu, bukankah bertujuan untuk menunjukkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang berkebajikan dan prihatin?

Khalid Ibrahim fikir, dengan kegagapannya itu, semua orang akan mudah tertipu. Sepertimana dia menipu tentang perbelanjaan jalan raya yang tidak digunakan selama ini kecuali pada tiga bulan kebelakangan ini, Khalid Ibrahim sebenarnya mempunyai terlalu banyak penjelasan yang perlu diberikan kepada rakyat Selangor berbanding desakannya agar Kerajaan Pusat memberikan penjelasan tentang peruntukan yang tidak disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri.


No comments:

Post a Comment