Saturday, December 24, 2011

Hadi `kafir' kerana buat kenyataan terima Perlembagaan Lord Reid?


Nota: Nampaknya Presiden Pas, Hadi Awang sudah menjadi `kafir' apabila menerima Perlembagaan Lord Reid dan mengiktiraf perjuangan UMNO dan BN selama ini dalam hal berkaitan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, hak Bumiputera dan Raja berperlembagaan. Dengan mengiktiraf semua ini bermaksud Hadi mengiktiraf perjuangan dan usaha UMNO dan BN selama ini. Hadi juga menolak faham dua parti sosialis terbesar negara ini DAP dan PKR apabila menerima kedudukan istimewa Raja-raja Melayu. Seperti yang kita tahu, dalam kamus sosialis, tidak ada istilah HAK Bumiputera, kedudukan istemewa Raja-raja Melayu dan menyokong sekularisme yang menolak kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan. Semua ini berlaku selepas Hasan Ali menempelak formula Pas untuk menawan Putrajaya yang diselar sebagai formula yang akan meminggirkan kedudukan Islam, umat Melayu dan Institusi Raja-raja Melayu.  


Jangan berlagak pandai: Hadi
Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 23, 2011


Abdul Hadi Awang


http://www.sinarharian.com.my/politik/jangan-berlagak-pandai-hadi-1.14168?fb_comment_id=fbc_10150477688628360_20199137_10150477694148360#f2d8e515fc


SHAH ALAM – Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja. 


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.


Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.


“Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.


“Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa pendekatan politik bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah kesinambungan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh.


“Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan,” katanya.


Selain itu Abdul Hadi turut mempersoalkan kenapa Umno yang menjadi teras kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya.


“Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun masih tidak mampu melakukan muhasabah?” katanya.

No comments:

Post a Comment