Tuesday, December 6, 2011

#AnakBapak si Nurul Izzah makin hanyut, lepas akaun Israel, wine pulak..?


Sebelum ni kecoh tetang akaun Nurul Izzah di bank-bank di Israel. Walaupun dicabar beberapa kali untuk bersumpah, Nurul Izzah masih tidak berani bersumpah, seolah-olah mengiyakan pula kesahihan jumlah wang simpanan yang begitu banyak dan disimpan Israel. Sekarang, timbul pula kisah Nurul mempromosikan wine? Macam-macam hal bila dah menganut sosialisme ni.


Punya kemaruk nakkan orang undi dia, Si Nurul Izzah ni sanggup gadai maruah dia dan mempromosikan arak sempena Krismas.

Si Nurul Izzah ni telah dikantoikan melalui laman twitter dia malam semalam. Siap dia jemput lagi orang ramai untuk hadir bersama - sama dengan dia untuk memeriahkan karnival penjualan arak tersebut.

Adakah ini contoh pemimpin Islam yang nak dibangga - banggakan dek puak - puak Pakatan Pembangkang tu? Takkan orang PAS nak diamkan diri sahaja melihat perkara ini?

Tapi apa nak pelik ye tak. Diorang ni memang suka benda - benda macam ni. Sedangkan hari tu pun diorang boleh buat tak tau je pasal kes arak di Selangor dan isu pekerja muslim di premis yang menjual arak.

Setakat nak promote 'wine' ni, apa la sangat. Tak pelik pun orang PAS dengan masalah kecik macam ni. Diorang bukannya kira sangat pun halal haram ni. Sedangkan Papa dia balun depan belakang pun dia boleh buat tak tau!!!

Nampak sangat yang penyokong - penyokong Pakatan ni hanya nampak nyamuk di seberang laut tapi gajah mati depan mata diorang boleh buat - buat buta pulak!!!

No comments:

Post a Comment