Friday, November 18, 2011

Politik kurang ajar cara Zunar

[Nota: Dipetik dari blog Azli Shukri. Zunar memang kurang ajar. Memfitnah tu satu hal. Sampai ibadah individu dengan Allah swt pun nak dipertikaikan. Nak berpolitik pun kena gayalah sikit. Buat malu kat budak-budak muda. Ce bagi makan rezeki yang halal kat anak-anak tu...]


Apa Bendanya Semua Ini Haji Zunar? Kamu Mahu Kritik Atau Menghina?




Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”

(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.

(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)

4 comments:

  1. Kenapa si Zunar n tak komen pasal kumpulan orang2 yg menghina Islam secara terang terang? seperti DAP, seperti Ambiga, seperti penyokong kominis Mat Sabu?? Mereka lebih layak diberi pantun kamu. Orang yg pergi haji kamu kutuk, kamu caci tapi pengkhianat bangsa melayu dan penghina agama suci islam kamu tutup mata dan pena. Jangan tabur fitnah sebab nanti tempat mu di neraka jahanam bersama-sama geng kafirin yg kamu sanjungi. Nak tahu kebenaran, cubalah buat solat istiharah. Bertaubatlah wahai Zunar sebelum pintu taubat tutup rapat.

    ReplyDelete
  2. hanya orang2 yg merasakan mereka telah menjadi ahli syurga saja yang berani mengutuk ibadah orang lain..

    ReplyDelete
  3. penyakit takbur dan ujub la tu. zunar rasa macam dia je yang bagus. cipan punya zunar!

    ReplyDelete
  4. teruk sangat cara zunar... anuwar pujaan nya, fitnahan amalan dan cacian kehidupannya ..sampaikan orang naik haji pun dipolitik.. sangat hina pemikiran insan yang bernama zunar

    ReplyDelete