[Nota: Belum pernah lagi la saya tengok begitu ramai budak-budak PR begitu kelam kabut macam ni mempertahankan Nurul Izzah. Yang baca posting pasal Nurul Izzah saja dah masuk beribu-ribu. Nak kata tak betul, macam betul. Suruh bersumpah tak mau. Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan ya? Blogger Semut Hitam menambah lagi perit dengan melambakkan asid ke atas luka yang terbuka. Ada video Rahimi Othman bekas Pembantu Khas Anwar yang pernah mendedahkan tidak lama dulu bahawa duit yang ada tu begitu banyak. So apa komen Nurul?]
Semalam dah kecoh cerita pasal duit Si Nurul Izzah ni yang disimpan di Bank Israel. Bukan sikit - sikit jumlah duit tu. Lebih daripada RM200juta ke semuanya.
Memang tak dinafikan. Macam - macam spekulasi yang dibuat. Ada yang bagi alasan standard, kata ianya hanya konspirasi Politik semata - mata.
Kononnya, kata diorang, ianya hanya tulisan biasa oleh para blogger untuk membuat isu sahaja. Ada jugak yang suruh siasat kes tersebut secara lebih mendalam.
Semut dengar kata, Si Nurul Izzah ni menafikan dakwaan bahawa dia memiliki akaun bank tersebut di Israel. Dia jugak katanya turut menolak dakwaan bahawa memiliki wang tu.
Penafian tersebut dibuat oleh Si Nurul Izzah ni dalam laman Twitternya sambil menyifatkan ianya hanya spekulasi yang segaja diada - adakan.
Tapi, siapa tak tau perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang dah 'kencing' di tepi jalan, mana diorang nak mengaku.
Hakikatnya, isu berkaitan dengan duit simpanan keluarga Al - Juburi ni bukan cerita baru. Semut dah dengar cerita ni sejak di Pilihan Raya Kecil Kerdau hari lagi.
Pendedahan mengenai eset dan harta - harta milik Keluarga Al - Juburi ni didedahkan oleh salah seorang bekas Pembantu Khas Si Ketua Penipu tu iaitu, Rahimi Othman.
Sekarang macam mana? Dia nak mengaku ke tidak yang dia dan Papa Kesayangan dia tu ada duit untuk menjalankan perniagaan diluar Negara?
Kalau dia masih tak nak mengaku jugak, rasanya boleh dah Si Rahimi ni dedahkan dengan lebih lanjut mengenai eset yang dimiliki oleh Si Nurul Izzah ni. Biar satu Malaysia tau. Baru Padan Muka Anak Beranak Tu!!!
Itu account anak Anwar je.. anak pemimpin2 yang lain belum di dedahkan lagi.. account mak bapak mereka pun sama jugak.. and this is not only for pemimpin PR.. pemimpin BN pun i guess sama je.. sebagai rakyat biasa saya rasa tak mustahil pemimpin yg lain pun 2 X 5 je...
ReplyDelete