Thursday, November 17, 2011

Fidlot: Shahrizat belum bersalah, syarikat penakut, strategi komunikasi hancur


Isu Feed Lot mencetus kekecohan. Pada mulanya saya tidak mahu ikut campur sebabnya sudah ada kumpulan blogger yang dipanggil untuk merungkaikan masalah ini. Jadi biarlah, saya mahu melihat apa game plannya. Semalam ada seorang wartawan media pembangkang yang bertanya tentang ini kepada saya dan desakan Bung Mukhtar agar Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Jawapan saya kepada dia;

1. Shahrizat belum didapati bersalah dan hanya di`bicarakan' di mahkamah media. Jadi kenapa perlu dia letak jawatan? Jika mahu Shahrizat berehat, itu masuk akal sebab memang ada precedence sebelum ini. Itupun hanya selepas di bawa ke mahkamah.

2. Yang rakyat mahu tahu adalah tentang integriti semasa projek ini dianugerahkan, sama ada berlaku penyalah gunaan kuasa atau pelanggaran kepada prosedur kewangan. Untuk ini bagi saya, ia perlu disiasat. Jika ada pelanggaran dalam soal ini, maka hukumlah sesiapa yang terbabit. Itu bukan masalah kerana Kerajaan BN sememangnya mahu pentadbiran dilaksanakan secara bersih, cekap dan amanah. Itu transformasi yang Datuk Seri Najib Razak janjikan melalui NKRA usaha memerangi rasuah.

3. Jika dikatakan bahawa syarikat telah menyalah gunakan dana kerajaan atau telah gagal di dalam pelaksanaan, maka syarikat perlu tampil ke hadapan untuk membela diri. Buktikan dakwaan ini salah. Malangnya pelan komunikasi syarikat setakat ini caca marba dan Lembaga Pengarahnya pula takut untuk tampil ke hadapan. Jika benar mereka gagal, maka mereka bertanggung jawab menjelaskannya kepada Kerajaan dan rakyat.

4. Jika ada tuduhan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya memberi tumpuan kepada syarikat besar dan mengenepikan petani kecil, maka Kementerian Pertanian perlu menjelaskan tentang objektif kenapa tumpuan tertentu diberikan kepada syarikat besar dan adakah ini sebahagian dari strategi untuk mengangkat industri asas tani negara. Kementerian tersebut juga perlu menyenaraikan track record kementerian dalam membantu begitu ramai petani dan peladang kecil seperti yang terlibat dalam penternakan lembu tenusu, ikan keli, ikan talapia, ikan patin, ikan arowana, kambing dan sebagainya.

5. Desakan agar pemimpin letak jawatan memanglah desakan yang popular, tapi desaklah agar siasatan dibuat terlebih dulu - jangan menganiayai orang lain. Bung sendiri pernah melanggar undang-undang walalupun dia pembuat undang-undang (law-maker), jadi kenapa tidak desak diri sendiri letak jawatan ketika itu?

Kalau strategi komunikasi pun tidak boleh dirangka dengan baik, apa nak jadi dengan kita ni?

No comments:

Post a Comment