Thursday, November 17, 2011

Akhbar Cina: Dalam 3 tahun, nampaknya Najib lebih banyak bawa perubahan dari Anwar



Nanyang Siangpau
Perubahan oleh Pakatan Rakyat-Chua Jee Ming-Anwar Ibrahim?
m/s A16
12 November 2011

Sibuk Mahu Buat Perubahan Besar Kenapa Tidak Buat Perubahan Kecil-Kecilan dahulu
Chang Long Yan/ penyelidik institusi Media Malaysia

Bekas timbalan presiden MCA, kini pengerusi PKR negeri Johor Datuk Chua Jee Ming, pada Selasa malam minggu ini telah adakan satu taklimat kepimpinan dengan pemimpin-pemimpin NGO Cina secara langsung, memberi jaminan kepada pengunjung jika PKR mentadbir negara ini selama 3 tahun sahaja, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perdana menteri yang pertama sebagai perdana menteri yang boleh melaksanakan perubahan, akan ubah keseluruhan negara Malaysia ini, akan jadi segalanya berubah menjadi baru di negara ini.

Apakah buktinya? Dikatakan kerana Anwar Ibrahim ada kesanggupan dan keinginan mengubah negara ini. Jika anda ikut cara Chua berfikir secara logiknya, bukankah calon perdana menteri kita Datuk Seri Najib adalah perdana menteri yang lebih layak dalam perubahan itu, beliau bukan sahaja ada kesanggupan dan keinginan untuk membuat perubahan, yang paling penting sekarang ini beliau memegang tampuk kuasa kerajaan pusat. Anda semua boleh lihat walaupun Najib lancarkan perubahan, dalam keadaan aman dan sentosa mahukan perubahan bukan begitu mudah seperti yang difikirkan.

10 Tahun Kelantan Tiada Perubahan

Jika begitu Anwar Ibrahim ada kekuatan apa dan kesanggupan apa untuk membuat perubahan? Apa yang Chua Jee Ming boleh sandarkan kepada jaminan itu, jika Anwar Ibrahim memimpin dikatakan dalam masa 3 tahun boleh membuat kesemua perubahan? Cuba kita lihat dahulu, negeri Kelantan yang diperintah oleh Pas, lebih daripada 10 tahun, apa yang berubah? Negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, sudah 3 tahun lebih, ada apa yang berubah?

Contoh-contoh yang ada ini, apa yang kita boleh sebut ialah Chua Jee Ming sedang bermimpi, mungkin mahu ubah nasib negara ini sebaliknya akan menjadi negara ini semakin mundur, dengan itu Anwar Ibrahim lah calon yang paling tepat dipilih. Jika kita lihat dari sudut ini, mungkin ucapan Chua Jee Ming itu ada kebenarannya.

Apabila Kuasa Berada Di Tangan Siapa Mahu Lepaskannya

Mengikut pemikiran terkini, jika Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, dikatakan Malaysia lebih baik dari sekarang, ini adalah pandangan jelas dari Chua Jee Ming, pemikiran Chua Jee Ming memang ada persamaan dengan Anwar Ibrahim, terutama sekali sama seperti pemikiran orang-orang Cina sekarang ini, tidak kurang di kalangan orang-oarang Cina berfikiran begitu, sebahagian orang anggap kerana Anwar Ibrahim mempunyai pengaruh yang kuat. Jika mahu ubah negara ini, tiada calon lain selain daripada Anwar Ibrahim. Pada hakikatnya, saya langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim, dan kami tidak percaya selepas dia menjadi pembangkang akan berubah menjadi orang berperwatakan baru.

Contohnya semasa beliau membuat taklimat beliau pernah berkata, jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat , mereka akan hadkan tempoh jangka masa jawatan perdana menteri, tidak boleh melebihi 10 tahun. Apa sebabnya? Mungkin mahu hindar penyelewengan kuasa ataupun rasuah jika seseorang perdana menteri itu lama berkuasa. Dari segi pemikiran akal yang normal, sebaliknya orang-orang Cina perlu berfikir, orang seperti Anwar Ibrahim ini “bukan mudah mahu dapatkan jawatan pemimpin” adakah 10 tahun itu terlalu lama bagi beliau?

Selain dari itu, siapa boleh beri jaminan, apabila kuasa berada di tangan oleh ahli-ahli politik, jika mereka tiada tekanan dari luar, adakah mereka sanggup lepaskan kuasa itu begitu sahaja?

Selain dari itu, kita jangan lupa, negara berparlimen seperti di negara kita ini, jawatan perdana menteri adalah dipilih oleh parti pemerintah serta perlu mendapat persetujuan dari parti-parti barisan komponen mereka, baru boleh diangkat menjadi pemimpin. Jika apabila Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, selepas 10 tahun, DAP dan Pas anggap Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang tidak boleh ditukar ganti, adakah pada masa itu Anwar Ibrahim saanggup turun atau tidak dari jawatan itu?

Jika benar Anwar Ibrahim benar-benar mahu buat perubahan, perlu selesaikan isu di depan mata terlebih dahulu, yang jauh kita jangan sebut, Pas adalah salah satu parti dalam gabungan Pakatan Rakyat telah memerintah puluhan tahun di negeri Kelantan, selama ini tidak pernah dengar had tempoh jawatan menteri besar, selain dari itu, adakah Anwar Ibrahim telah cuba memujuk Lim Guan Eng setiausaha DAP menggunakan surat bertulis hitam putih menetapkan had jawatan ketua menteri di Pulau Pinang, hanya 2 penggal sahaja ataupun tidak lebih daripada 10 tahun?

Buat Perubahan Kecil Bermula Di Peringkat Negeri

Seorang pemimpin politik yang benar-benar bertekad mahukan perubahan, ia bukan sahaja tidak boleh bercakap sesuka hati, jika benar mereka perlu membuat perubahan kecil-kecilan di kawasan bidang kuasa pemerintahan mereka terlebih dahulu. Saya tidak berani terus sebut “apa yang rakyat sendiri mahu lihat perubahan, perubahan yang macam mana” untuk menyokong pandangan saya ini, saya hanya menyatakan pandangan saya sendiri: sesuatu perubahan perlu bermula dari peringkat negeri, penyelewangan juga sebenarnya bermula dari peringkat negeri juga.

Jika Anwar Ibrahim tidak dapat pengaruh perubahan itu kepada gabungan parti mereka untuk tunjukkan contoh-contoh itu, dengan itu anda sesekali jangan percaya apa yang Chua Jee Ming sebutkan itu. Anwar Ibrahim kerana mahu menjadi ketua pembangkang di Parlimen dan menjadi pemimpin umum PKR, sanggup korbankan kerusi parlimen Wan Azizah isterinya. Semua orang masih ingatkah lagi pada 2 tahun lepas, Anwar Ibrahim mahu ubah dan rampas kuasa kerajaan pada 16 September, tahun berikutnya 16 September tiba dan pergi, yang tinggal hanya pembohongan si Anwar Ibrahim.

Masa silih berganti, Anwar Ibrahim bukan seorang ahli politik yang boleh membawa perubahan, ini sudah menjadi kenyataan yang benar.

No comments:

Post a Comment