Sunday, October 23, 2011

Russia persoal NATO kerana serang Gaddafi sebelum dia ditangkap?


[Nota: Gaddafi dibunuh rakyatnya sendiri? Ya. Tapi tidak tepat. Tangan NATO dan musuh Gaddafi (musuh negara Islam?) turut terlibat. Senjata dan kelengkapan perang yang dibekalkan kepada rakyat Libya yang menentang Gaddafi datang dari mana dan siapa? NATO menyerang konvoi Gaddafi? Nampaknya ada tangan luar dan campu tangan asing dalam kekacauan di Libya? Apakah perkara yang sama akan berlaku di negara Islam lain - siapa selepas Afghanistan, Iraq, Libya?]


Updated: 2011-10-22 20:19

MOSCOW - Russian Foreign Minister Sergei Lavrov said on Friday that NATO actions should be analyzed "in terms of their compliance with international law" after former Libyan leader Muammar Gadhafi reportedly died of wounds on Thursday after being captured.

In an interview with Russia's three leading radios, Lavrov said Gadhafi "lost his legitimacy long ago" but noted that the circumstances of Gadhafi's death should be clarified. "The way of his death left numbers of questions ... We need to analyze NATO actions in terms of their compliance with international law," Lavrov said.

"We remember NATO states, when they began to implement resolutions of the (UN) Security Council, were claiming that their goal was to protect civilians but not specifically to remove Gadhafi and the regime must be changed in a natural way by Libyan people themselves," Lavrov said.

"Now they are talking differently," he added.

Lavrov also talked about NATO's reportedly attack on Gadhafi's convoy, saying the operation exceeded UN mandates that authorized a no-fly zone over Libya.

"There is no link between a no-fly zone and ground targets, including this convoy," Lavrov said, adding that especially "as in this specific case one cannot speak of protecting the lives of civilians because the convoy was not attacking anyone."

In addition, Lavrov said Moscow hopes that the Libyan authorities will build relations with Russia on the basis of former agreements and treaties.

"We want to build relations with respect to treaties and agreements our countries reached before," Lavrov said, adding that representatives from Libya's ruling National Transitional Council "have clearly reiterated their commitment to this logic."





Oleh ZIN MAHMUD

Kegembiraan meraikan kematian Gaddafi belum menjamin keamanan Libya selepas ini.

BAGI mereka yang mengikuti laporan langsung oleh Al-Jazeera dan BBC mengenai kematian Muammar Gaddafi Selasa lalu, tentu dapat mendengar bunyi latar paparan dari Tripoli itu.

Ini kerana laungan yang terdengar itu adalah takbir hari raya berulang- ulang berkumandang menggunakan pembesar suara ketika anak-anak muda Libya bersorak kegembiraan apabila mendapat tahu Gaddafi telah mati.

Bagi orang Malaysia laungan takbir hari raya pada waktu ini adalah suatu yang pelik.

Dalam laporan langsung di BBC, pemberitanya ialah seorang bukan Islam dan apabila ditanya oleh pembaca berita dari London, apakah laungan yang didengar dari masjid itu, dia menjawab, tidak tahu tetapi menurutnya laungan itu berulang-ulang berkumandang sejak diumumkan kematian Gaddafi.

Di Al-Jazeera pula pemberitanya mengatakan bahawa laungan takbir itu adalah sebagai tanda kegembiraan rakyat Libya atas kematian Gaddafi.

Sememangnya dalam sejarah Islam, takbir yang dilaungkan semasa hari raya itu berupa zikir memuji kebesaran Ilahi ekoran kemenangan tentera Islam dalam Perang Badar melawan Musyrikin. Dalam laungan itu dinyatakan kejayaan orang Islam mengalahkan orang kafir.

Adalah jelas rakyat Libya amat marah pada Gaddafi.

Amarah mereka ini menjadi tanda tanya bagi umat Islam di luar Libya. Ini kerana semasa hidupnya, Gaddafi dipandang tinggi oleh umat Islam.

Bermula dengan rampasan kuasa ke atas Raja Idris pada tahun 1969, Gaddafi muncul sebagai seorang pemimpin Islam yang berjuang membela hak kebangsaan Arab, iaitu termasuk Palestin, kepentingan rakyat, sebab itulah gagasan Buku Hijaunya menampilkan kaedah kesaksamaan pengagihan harta negara dan tidak kurang penting ialah usaha pembebasan rakyat terjajah di seluruh dunia, dari Ireland Utara di barat hinggalah rakyat Moro di timur.

Orang Islam Malaysia sendiri menghormatinya. Berapa ramai anak-anak Melayu yang bernama Gaddafi kerana bapa masing-masing mengkaguminya.

Penulis ingat pada tahun 1972, apabila sebagai kanak-kanak, kawan-kawan sekolah agama bersorak apabila dari radio dilaporkan bahawa Gaddafi menghantar tentera ke Mesir untuk menyertai Perang Ramadan yang menyaksikan pertama kali tentera Israel terpaksa berundur dari SInai.

Ketika Yasser Arafat dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) diusir dari Beirut atas tekanan Barat, maka ke Libyalah tempat mereka mencari perlindungan. Tripoli menggantikan Beirut sebagai pangkalan PLO.

Maka sepanjang pemerintahannya, kehadiran Libya di Malaysia dirasakan. Kerajaan Gaddafi menubuhkan Pusat Kebudayaan Arab Libya di Kuala Lumpur yang peranannya setanding dengan agensi-agensi penerangan kuasa besar lainnya seperti Lincoln Cultural Center (Amerika Syarikat) , British Council, Goethe Institut (Jerman) dan Alliance Francaise (Perancis).

Libya menjadi wakil negara dunia ketiga yang bersuara mencabar pihak Barat. Gaddafi membantu Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) untuk memiliki bangunannya sendiri serta meningkatkan usaha minoriti Islam di Asia Pasifik. Sokongannya kepada Pertubuhan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) adalah jelas.

Sebelum kemunculan Iran sebagai pusat politik yang menjadi perhatian umat Islam, Libya di bawah Gaddafi yang merintis persidangan-persidangan antarabangsa untuk pertubuhan-pertubuhan Islam di seluruh dunia.

Akhir

Namun dari tahun ke tahun hingga di akhir pemerintahannya, terdengarlah betapa kuasa yang dimilikinya bertukar kepada bentuk kuku besi. Layanannya kepada pihak penentang dilaporkan kejam. Turut menjadi mangsanya ialah dari kalangan aktivis Islam.

Tetapi apa yang hendak dihairankan tentang perkara ini di dunia Arab. Mesir, Syria, Sudan, Yaman, Iraq, Tunisia, Algeria dan negara-negara Arab lain juga melayan pembangkang mereka secara keras dan kejam.

Tidak ada satupun negara Arab yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan mengadakan pilihan raya umum seperti mana amalan piawai dunia.

Hanya pada tahun ini apabila berlaku kebangkitan rakyat dunia Arab, bermula dari Tunisia, bersambung ke Mesir dan melarat ke Libya, maka kekejaman Gaddafi semakin kuat dilaporkan.

Tidak seperti Hosni Mubarak di Mesir, Gaddafi enggan berundur sebaliknya menjerumuskan negaranya ke dalam perang saudara.

Maka dalam tempoh beberapa bulan dilaporkan pembunuhan dahsyat dilakukan oleh pihak penyokong Gaddafi.

Ternyata seperti di negara-negara Arab yang lain, sebahagian besar rakyat Libya membenci Gaddafi.

Hakikat bahawa kuasa-kuasa Barat telah memasuki Libya dan membantu penentang-penentang Gaddafi secara aktif adalah suatu yang tidak menghairankan.

Dari dulu, Gaddafi merupakan musuh Barat dan apabila rakyatnya sendiri bangkit, tentulah AS dan Eropah dengan senang hati campur tangan. Libya amat strategik dengan kekayaan minyaknya yang tidak dapat ditolak oleh negara-negara Barat.

Melalui sistem demokrasi, bukan saja mereka dapat menunjukkan pembelaan kepada rakyat Libya tetapi pada waktu yang sama, Barat mengharapkan penguasaan ekonomi dan sumber negara itu.

Bendera merah, hitam dan hijau yang dikibarkan oleh para penentang Gaddafi, dan kini menguasai Libya adalah panji-panji lama ketika negara itu di bawah pemerintahan Raja Idris. Pada masa itu Libya dikuasai oleh Barat.

Adakah dengan berakhirnya Gaddafi ini, Libya kembali dikuasai Barat? Adakah demokrasi mesti membawa kepada keadaan begitu?

Kalau begitu, sudah tentu ia merupakan suatu yang malang bagi rakyat Libya. Demokrasi diharapkan menjadi sistem yang dapat memberikan kebebasan dan kehidupan bermutu serta bermaruah kepada rakyat.

Tetapi jika demokrasi menjadi sistem yang boleh dimanipulasi oleh Washington dan Tel Aviv, maka ia adalah malang bagi rakyat Libya, dan dunia Arab umumnya.

Sekali lalu, nasib Gaddafi adalah seperti Saddam yang juga dibenci oleh rakyatnya.

Tetapi sekurang-kurangnya terdapat dua perbezaan iaitu pertama, saddam tidak dibunuh oleh tentera AS, tetapi ditangkap dan kemudian dibicarakan.

Sementara Gaddafi yang merayu supaya nyaeanya diselamatkan telah dibunuh oleh pihak penentangnya, yang terdiri daripada rakyat Arab Libya juga.

Kedua, kejatuhan Saddam adalah ekoran daripada penaklukan tentera Barat ke atas Iraq. Tetapi di Libya, ia dilakukan oleh rakyatnya sendiri, Namun, senjata dan bantuan lain disalurkan oleh pihak barat.

Ternyata perbezaannya kecil saja.

Dunia terutama orang Islam mengharapkan supaya Libya dan Iraq memandang ke depan dan tinggalkan dendam masa lalu. Tumpuan wajar kepada membangunkan negara untuk kesenangan hidup rakyat.

Malangnya keadaan itu masih sukar di Iraq. Di Libya pula, bimbang keamanan tidak dapat diwujudkan kerana pembunuhan Gaddafi merupakan permulaan yang tidak baik bagi kerajaan baru Libya.

Sekurang-kurangnya ketika Afghanistan tumbang, Mujahidin tidak membunuh presiden komunis terakhir Babrak Karmal. Dia dipenjarakan.

Keadaan Afghanistan menjadi buruk apabila Taliban mengalahkan Mujahidin dan terus menggantung Babrak Karmal tanpa proses perbicaraan. Akhirnya negara itu sehingga ke hari ini tidak berjaya mengecapi perdamaian. Perang Saudara dengan penglibatan kuasa luar terus-meneruskan menyebabkan rakyat mereka menderita berpanjangan.

Pembunuhan Gaddafi tentu menimbulkan rasa ngeri di kalangan negara-negara Arab lain yang berhadapan dengan kebangkitan rakyatnya khususnya Yaman dan Syria.

Kuasa sememangnya indah, tetapi apabila ia melangkaui tempoh yang sewajarnya, pemilik kuasa pula akan menjadi mangsa.

Siapa menabur angin, mereka akan menuai badai.

Lebih-lebih lagi pada negara yang telah tertumpah darah rakyatnya. Itulah seperti yang berlaku di Libya. Apabila rakyat Libya terkorban kerana Gaddafi, maka lebih keras balasan yang akan diterimanya.

Keadaan ini telah pun berlaku di Syria. Presiden Bashar Al-Assad akan mengalami keadaan yang sama dengan Gaddafi jika dia tidak menangani perubahan politik dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

Begitu juga dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh. Kedua-dua negara ini adalah strategik bagi AS. Syria kerana ia berdepan dengan Israel. Sementara Yaman dilihat sebagai pangkalan Al-Qaeda.

Dunia Arab menanti perubahan.

1 comment:

  1. Teringat detik2 Tun M meletak jawatan sebagai Presiden UMNO...sambil menangis beliau berkata "dah lama dah!"...tanpa memberi alasan meyakinkan. Mungkinkan kerana siapa sahaja yang menentang Yahudi akan menerima nasib seperti Saddam Hussien dan Muammar Ghaddafi?Alasan kerana terlalu lama memerintah dan rakyat mengkhendaki perubahan mampukah menjamin pemerintahan lebih baik drp apa yg ada sekarang? Dan keadaan seperti di Iraqkah atau Libyakah yang diimpikan pendemonstrasi jalanan d negara kita?Menjatuhkan kerajaan,membenci pemimpin akhirnya keadaan seperti apa yang kita saksikan di negara Arab yang terlibat konflik kebangkitan rakyat yang lebih kepada cerminan KEGANASAN melampau yang didalangi oleh siapa?

    ReplyDelete