[Nota: Dipetik dari blog MyMassa. Jika hendak diertikan sebagai perhimpunan sivil - Himpun adalah contoh perhimpunan masyarakat sivil. SUHAKAM wajar melihat dan belajar bagaimana sebuah perhimpunan sivil diadakan dan SUHAKAM perlu nebdidik masyarakat untuk mengadakan perhimpunan seperti ini, jika mereka hendak sangat berhimpun dan bukan menggalakkan perhimpunan haram seperti Bersih. Tidak seperti Bersih, dalam Himpun, tidak ada kematian, tidak ada kematian olok-olok berulang kali, tidak ada gas pemedih mata, tidak ada pipi yang sengaja ditoreh bagi menunjukkan seolah-olah terkena tembakan gas pemedih mata. Tidak perlu lari masuk Hospital Tung Shin dan paling penting tidak perlu jatuh motor, tapi buat ceirta dilanggar Pajero macam Mat Sabu!
Sama-samalah kita berusaha memelihara agama dan menyelamatkan aqidah umat. Sebelum ini kerajaan PR Selangor dan pemimpin PR dipersalahkan kerana mengakibatkan gejala murtad menjadi-jadi di negeri Selangor dan negara ini. (baca 7 faktor utama kenapa gejala #murtad di Selangor semakin menjadi-jadi untuk fahami sebabnya.) ]
8:25 AM MymassaVoice
Semalam kira-kira 10 ribu umat Islam berhimpun di Stadium Shah Alam bagi menzahirkan kegusaran mereka berhubung gejala m
urtad yang semakin menjadi-jadi di Selangor. Seperti yang dijangka, pemimpin "ISLAM" Kerajaan negeri menjauhkan diri daripada menghadiri perhimpunan ini. Mungkin takut diherdik DAP agaknya.
Atau adakah mungkin disebabkan 'suasana' tertentu sepanjang perhimpunan kali ini yang menyebabkan kepimpinan fuckatan ini semua menjauhkan diri?
1. Program sentiasa diserikan dengan doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Kareem. Tiada laungan fitnah, kejian dan carutan yang penuh emosi.
2. Umat Islam, tanpa mengira fahaman politik kepartian telah BERSATU hati beramai-ramai datang bagi menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi.
3. Perhimpunan berjalan dengan penuh aman dan tenteram. Tidak perlu main kejar-kejar dengan abang Polis. Malahan mereka yang bertugas di perhimpunan ini dapat menghabiskan masa dengan santai sepanjang program.
4. Tidak seperti BERSIH dan lain-lain perhimpunan anjuran fuckatan, adab dan aurat sentiasa dijaga sepanjang masa. Peserta lelaki dan perempuan yang bukan mahram dipisahkan tempat duduk. Kerajaan Kelantan yang memerintah selama 20 tahun pun GAGAL melaksanakan polisi ini dengan baik.
5. Peserta hadir dalam semangat satu ummah yang kukuh. Seolah memasuki rumah Allah, peserta yang baru tiba akan disambut dengan salam dan jabat tangan. Alhamdulillah!
6. Jikalau ketika BERSIH dan lain-lain perhimpunan HARAM fuckatan, ramai peniaga Islam terjejas dan rugi teruk, tetapi itu semua tidak berlaku dalam HIMPUN. Ruang rezeki kepada usahawan Islam bertambah LUAS!!!
7. Para peserta cilik juga tidak gusar untuk bersama-sama sehingga ke akhirnya. Mereka tahu masa depan akidah mereka perlu dijamin. Dan bukannya diserahkan kepada Khalid Samad mahu pun Khalid Ibrahim!
Selain itu, cuaca sepanjang hari juga sentiasa mendung dengan suhu yang amat selesa kepada hadirin. Mungkin kerana keberkatan niat yang murni, Allah SWT meredhai perjalanan sepanjang majlis terebut. Tidak seperti BERSIH 1 mahupun 2 ataupun HINDRAF (laknatullah) yang terpaksa diteruskan dalam keadaan ribut dan hujan lebat! Masya Allah...
Kepada mereka yang tidak mahu hadir mahu pun terlibat, kami tidak rugi apa-apa. Sebaliknya anda semualah yang perlu bersedia untuk menjawab apabila di tanya Allah SWT di Hari Pengadilan kelak:
"Apakah kamu telah melaksanakan tanggungjawabmu sebagai Khalifah di muka Bumi seperti yang telah Aku perintahkan?!! Dan mengapakah syiar agamaKu tidak engkau pertahankan?!!"
Ingatlah, Khalid Samad, Anwar Ibrahim, hatta Nik Aziz sendiri tidak mampu menyelamatkan jika kita GAGAL dalam HISAB di akhirat kelak...Wallahua'lamubissawab...
Teringin nak tengok UMNO dan PAS bersatu dlm HIMPUN ni.Tapi syg hanya ketua Pemuda PAS wilayah je yg berucap.Tak kan takde ketua UMNO cawangan kampung mana2 pun berucap?ke sbb takde bas dan makan free?maklumlah UMNO ada 400ribu ahli yg berdaftar...hehe
ReplyDeleteeh bukan 10ribu la.5 ribu shj.Nasib baik ada shahidan kassim bg pihak UMNO,dia ni org baik,tapi apsallah UMNO p buang dia jadi MB,ish2...hidup shahidan kassim!!
ReplyDelete"Apakah kamu telah melaksanakan tanggungjawabmu sebagai Khalifah di muka Bumi seperti yang telah Aku perintahkan?!! Dan mengapakah syiar agamaKu tidak engkau pertahankan?!!"
ReplyDeletemaksud ayat ini perlu ditujukan kpd kjaan BN terutama UMNO yg mengaku ISLAM skrg ini, adakah mereka menjalankan tngjwb sbgai Khalifah Islam???? apa aku th UMNO hny blood sucker...
Alhamdulillah perhimpunan ini berjalan dengan lancar. Tiada sebarang halangan atau perkara diingini berlaku.
ReplyDelete**perkara tak diingini
ReplyDelete