Saturday, October 8, 2011

Akhbar Cina - #Hudud Nik Aziz menjahanamkan Dap

Nanyang Siangpau
Jika DAP masuk BN?
m/s A18
7 Oktober 2011

Jangan sebarangan cabar DAP
Wong Zi

Nik Aziz yang begitu mendesak untuk wujudkan undang-undang kuno potong kaki potong tangan, isu ini sudah lama tenggelam ditimbulkan kembali, menggegarkan semua pihak sehingga "berbau hamis darah", pada masa PRU yang semakin hampir ini, kontrovesi yang berbau hanyir darah ini amat menakutkan orang.

DAP hampir muntah darah dibuatnya, sebaliknya PKR hanya terkena sedikit tempias cuba meredakan keadaan antara satu sama lain dalam gabungn itu, yang paling bahagian dan untung ialah MCA, Gerakan dan ahli-ahli komponen BN. Selepas Tsunami politik pada Mac 2008, MCA dalam kedudukan kena belasah, kini akhirnya dapat peluang untuk meyerang balas.

Walaupun dikatakan potong kaki potong tangan itu amat menakutkan, teapi keadaan orang-orang bukan muslim di Kelantan sudah tidak rasa takut lagi, dan orang-orang bukan Muslim di banyak kawasan di Semenanjung Malaysia, walaupun mereka takutkan hantu, namun rakyat lebih rasa benci terhadap keadaan semasa yang mereka lalui.

Tiada Musuh Selamanya Dalam Politik

Liow Tiong Lai mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat, kelihatan Liow Tiong Lai telah matikan permainan pertaruhan catur DAP. Tetapi caturan ini amat merbahaya, jika benar-benar DAP terima cabaran Liow Tiong Lai, berbuat baik dengan UMNO dan keluar dari Pakatan Rakyat, DAP masuk Barisan Nasional, dengan syarat menggantikan MCA, sekurang-kurangnya jawatan menteri dan timabalan menteri akan diserahkan kepada DAP, adakah UMNO mahu membantahnya? Adakah UMNO dapat memikirkannya?

Kita jangan lupa, tidak kira apa cara untuk kebaikan negara ataupun untuk kebaikan UMNO itu sendiri, kerana UMNO sendiri membantah undang-undang potong kaki potong tangan.

Jika hukum hudud dilaksanakan, jika ada politikus yang akan dihukum potong kaki dan tangan, pasti orang-orang dalam parti Islam juga akan menerima akibatnya, akhiarnya nanti orang-orang yang banyak lakukan kesalahan yang besar-besar yang berpanjangan termasuk politikus-politikus, pegawai dan menteri tidak akan terlepas dari hukuman itu.

Ahli parllimen golongan muda DAP, pasti membantah DAP masuk ke dalam BN, tetapi pada ketika dulu ada rekod mereka pernah berbincang berkaitan itu, jika keadaan politik akan datang tidak berubah, siapa tahu musuh akan jadi kawan? Nik Aziz pernah bercakap perkara yang sama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment