Hari ini, 15 September Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan melancarkan buku `69 Komando'. bagi generasi muda yang rata-ratanya tidak mengenali mereka - elok kita kenali siapa mereka ini.
VAT 69 atau Very Able Troopers 69 adalah satu lagenda keperwiraan pasukan Polis. VAT69 adalah satu pasukan komando elit Polis yang ditubuhkan bagi menangani pemberontakan kedua komunis yang bermula pada Jun 1968. Bermula dengan hanya 30 orang yang terpilih daripada 1600 orang anggota Pasukan Polis Hutan pada tahun 1969, pasukan ini telah dilatih khas oleh United Kingdom Special Air Service Regiment (SAS) dan menjadi trup nukleus pertama Komando 69 yang memulakan perang gerila menghapuskan pengganas komunis di bawah pimpinan ASP Mohd Zabri Abd Hamid. VAT69 adalah sebuah pasukan elit yang senyap dan merbahaya (silent but deadly), yang misinya cuma satu, iaitu menghapuskan pemberontakan komunis menggunakan apa saja cara.
Tontoni video di bawah untuk mengenali mereka:
SM Ahmad Dahalal ni jiran saya..sdah bersara ttp masih mempuyai kepakaran luar biasa..harap troop ni sntiasa dlm mode standby utk trus brjuang menentang komunis alaf baru..
ReplyDeleteSaudara Tun Faisal. Blog www.paneh.blogspot.com, telah banyak kupas perihal VAT 69. Harap rujuk untuk pengembangan. Sesungguhnya Cicit Kamat amat mengenali mereka, sebagai Portable Historical Library.
ReplyDeletehebat, jangan lupa rakamkan pengalaman SM Ahmad Dahalal tu. Cicit Kamat TQ
ReplyDeleteKami baru balik dari menghadiri upacara perasmian buku vat 69 kerana dijemput khas untuk menghadiri. ini kerana kami terbabit dalam pembikinan video vat 69 yang disiarkan di history channel. pada hari pertama rancangan ini ditayangkan rancangan ini telah mendapat rating tertinggi seluruh asia di history channel. kami turut mengalirkan air mata apabila mendengar pengalaman mereka bersama arwah asp zabri. pada hari selasa (13hb) lalu kami turut hadir di acara pembersihan makam asp zabri di tapah perak..dia merupakan anak saudara bekas igp tun hanif omar. mereka adalah the best among the best. salah seorg trooper yang bernama APOT masih lagi menjadi rujukan para pegawai sas uk yang baru tamat latihan setiap kali mereka datang mengadakan lawatan dan latihan bersama. ini kerana pengalaman beliau diiktiraf oleh sas uk.mengapa kita sebagai warga Malaysia melupakan mereka?
ReplyDeletetq, atas usaha sdr, kita dapat mengenang mereka. saya tidak akan dpt menyelami semangat VAT69, jika tidak menonton video di history channel. teruskan usaha sdr - agar kita semua dpt menghargai dan memperingati jasa & budi wira yang tak didendang
ReplyDelete