Wednesday, September 21, 2011

Tun M cabar Nik Aziz laksana hudud sekarang. Nak tahu sebab sebenar Nik Aziz tak laksana hudud?

Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Nik Aziz untuk melaksanakan hudud dan jangan terus menjadikan beliau sebagai alasan Pas tidak mahu melaksanakan hudud sebelum ini.

Jangan sekali-kali lupa, Tun Dr Mahathir tidak pernah menghalang Nik Aziz untuk melaksanakan hudud yang benar-benar adil, tetapi tidak mahu memikul dosa apabila Nik aziz melaksanakan hudud tafsiran Pas yang tidak adil dan akan menyebabkan Islam dihina dan diperolokkan.


Dipetik berita dari Sinar Harian Online - http://www.sinarharian.com.my/bterkini/14297.asp

"Saya bukan lagi perdana menteri, laksanalah hudud sekarang":Dr Mahathir

TANJUNG MALIM - Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.

Pas dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.- Bernama

_______________


Benarkah Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hudud kerana dihalang oleh Tun Dr Mahathir? Sebenarnya Nik Aziz hanya menipu - di bawah adalah sebab sebenar kenapa Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hudud -

Kecelaruan fikiran Nik Aziz untuk tidak laksana hudud


Nik Aziz merapu lagi nampaknya. Kali ini tentang sebab kenapa Hudud tidak dilaksanakan di negeri Kelantan. Kenyataan Nik Aziz dipetik olehMalaysiakini menyebut, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1977 dahulu. Fitnah Nik Aziz, "(Tun) Dr Mahathir datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan".

Mari kita huraikan penipuan Nik Aziz. Pertamanya, mungkin elok dilihat beberapa kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang direkodkan;

  1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidakmendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
  2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalaunampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
  3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
  4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Kesimpulannya, Pas tidak ada masalah untuk gugurkan hasrat mewujudkan sebuah Negara Hudud. Isunya bukan kerana ugutan Tun Dr Mahathir, tetapi sekiranya DAP mengkehendaki Pas berbuat demikian, Pas akan sanggup lakukannya, bila-bila masa dan di mana saja.

Kedua, apakah benar Tun Dr Mahathir perlu memberi amaran kepada Nik Aziz? Surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz boleh dibaca di sini untuk memahami pendirian kerajaan BN - Penguatkuasaan Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Pemimpin Pas telah memanipulasikan surat ini sebagai UMNO menolak Hudud. Hakikatnya, Tun Dr Mahathir menyebut tentang bahaya akan berlaku ketidak adilan dalam melaksanakan Hudud, menyebabkan nama baik Islam tercemar. Video ini memaparkan surat yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz dan sekiranya dianalisis, pemimpin Pas sendiri mengakui tentang kebenaran maksud surat Tun Dr Mahathir tersebut.

3 comments:

  1. BAGI SAYA INI ADALAH PELUANG TERBAIK BAGI UMNO UNTUK KENAKAN PAS...JIKA DS NAJIB MEMBERI KEBENARAN UNTUK PAS LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN PASTINYA MEREKA AKAN JADI SERBA SALAH KERANA DAP DAN PKR PASTINYA TIDAK AKAN MEMBENARKANNYA MALAH TEKANAN DARI RAKYAT KELANTAN JUGA PASTI AMAT BESAR KEPADA NIK AZIZ DAN PAS KELANTAN..MALAH RAKYAT AKAN MELIHAT BAHAWA KERAJAAN TELAH MENYOKONG UNDANG2 INI DILAKSANAKAN.UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ISU HUDUD INILAH ANTARA MODAL UTAMA KEMPEN PILIHANRAYA PAS SEJAK DAHULU LAGI.APA PENDAPAT TUN FAISAL??

    ReplyDelete
  2. yup, eloklah nik aziz dptkan konsensus PR terlebih dahulu utk laksana hudud di kelantan. then drafkan suatu draf yg diterima oleh PR. then kita minta pengkaji undang2 dr dalam & luar negara utk lihat sama ada hudud ala Pas ini adil atau hanya tafsiran yg salah dan sempit ulama Pas.

    ReplyDelete
  3. Macam mana nik aziz nak laksanakan hudud ala pas cuma hudud ini dicipta untuk menjatuhkan umno semasa pilihan raya sahaja.*

    ReplyDelete