Thursday, September 22, 2011

Timbalan Editor Sinchew pengurus kempen PR?





Sinchew Daily News
m/s 28
20 Sept. 2011

Persaingan Kepada Pakatan Rakyat
Lim Swee Guan
Timbalan Editor


Tentang pengumuman Najib memansuhkan Akta ISA, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat rasa curiga, menuding, mengejek, perbuatan dan kelakuan seperti ini dianggap kurang berfikiran positif, dan Pakatan Rakyat tidak tahu bagaimana mahu menentang dan lupuskan kekuatan pihak lawan politik mereka.

BN telah memerintah lebih setengah abad. Mereka mempunyai banyak pakej. Apabila mereka bergerak keihatan lambat; bagaimanapun Pakatan Rakyat adalah sebuah gabungan yang baru, dan boleh ambil tindakan secara cepat. Ia boleh menyebabkan BN mahu hidupkan suasana politik akan tergendala, dan setiap kali rancangan BN selalunya kehilangan peluang yang baik.

UMNO paling takut kehilangan kuasa kerajaan, sebab itu UMNO tidak berani berbincang ataupun mengusik tentang penjagaan mereka terhadap polisi ekonomi Bumiputera, dan tidak mungkin meminta maaf kepada mangsa tahanan ISA ataupun memberi mereka pampasan ganti rugi; MCA tidak mampu ubah polisi negara ini, termasuk pertahankan hak sekolah-sekolah rendah dan isu pengiktirafan sijil sekolah menengah swasta Cina, sebab itu MCA hanya mampu berlegar dalam perkhidmatan dan kebajikan sahaja sebagai pakej mereka, MCA hanya mampu wujudkan dana kebajikan perubatan dan melancarkan projek biasiswa pendidikan; Gerakan pula tidak dapat rampas kembali kawasan yang telah hilang, asyik marah-memarahi bagi menutup keaiban sendiri.

Sedangkan Pakatan Rakyat tiada pakej seperti itu, ketiga-tiga gabungan Parti itu sepatutnya berani dalam mentadbir 4 buah negeri yang mereka perintah. Sebaliknya sekarang, Najib pula yang ambil alih sepertimana keberanian yang dipaparkan, menyapa tuntutan pengundi-pengundi dari golongan muda mudi. Pakatan Rakyat kini kelihatan mengikat sendiri kaki dan tangan mereka.

Alasan Pakatan Rakyat kenapa mereka tidak dapat laksanakan banyak perkara di negeri-negeri, adalah kerana kerajaan Pakatan Rakyat tiada kuasa yang luas, kerana dikatakan pendidikan, ekonomi, agama dan budaya dikawal dan di bawah kuasa kerajaan pusat. Tetapi kenapa negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat di mana Pakatan Rakyat sendiri yang laksanakan undang-undang negeri, ekonomi negeri, serta keberkesanan bekerja dan pembangunan kawasan, apa yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat tidak menunjukkan prestasi yang baik, malah lebih teruk daripada apa yang dijangkakan. [Nota: Sinchew akui pencapaian negeri-negeri PR lebih buruk dari pencapaian negeri-negeri BN]

Dalam undang-undang kerajaan negeri, Pakatan Rakyat cuba gubal dan rombak undang-undang negeri, seperti di negeri Selangor berkaitan undang-undang kebebasan multimedia, pada 1 April tahun ini baru dapat 3 bacaan akta kebebasan multimedia negeri Selangor tahun 2010, ia adalah penggubalan akta yang pertama dan terulung negeri-negeri di negara ini, selain dari itu, Pakatan Rakyat tidak tunjukkan prestasi dan tindakan pencapaian mereka yang lebih dari itu.

Pakatan Rakyat boleh ubah undang-undang negeri, dan boleh pisahkan dengan jelas kuasa undang-undang kerajaan pusat, perjelaskan dan halusi penguatkuasa Jabatan Agama dan kawasan jajahan yang sebenar, selain daripada boleh perkukuhkan semangat demokrasi, sekurang-kurangnya boleh hindarkan perbalahan antara agama.

Pakatan Rakyat boleh menggunakan undang-undang kebebasan multimedia, secara terbuka supaya rakyat ada hak ambil tahu dukomen-dokumen kerajaan, boleh menggunakan kesempatan ini untuk beri tekanan kepada Barisan Nasional, supaya BN ubah akta rahsia kerajaan. Jika dapat dikotakan dengan cepat, ia boleh menjejaskan dan hilang kesan politik Najib yang mahu membuat perubahan undang-undang yang sedang dijalankan sekarang ini.

Dari segi pembangunan kawasan, banyak infrastruktur telah lama, usang dan rosak, jika Pakatan Rakyat mampu minta pihak swasta jadikan kawasan itu projek anak angkat, boleh bangkitkan satu kekuatan budaya, ilmiah dan menjadi contoh kepada kemasyarakatan di seluruh negara.

Setakat ini Pakatan Rakyat hanya tumpukan dalam membantu rakyat miskin dengan memberi subsidi air kurang 20 meter padu, sumbangan 100 ringgit untuk bayi baru lahir, sumbangan 100 ringgit nilai kupon untuk orang-orang tua berbelanja dan sebagainya. [Nota: Malah janji-janji ini pun tidak dapat dilaksanakan oleh PR dengan baik dan melibatkan keseluruhan rakyat negeri Selangor]

Projek-projek seperti itu pasti disukai ramai, tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat, adakah mereka masih boleh melakukan itu semua termasuk memberi wang subsidi sepanjang masa? Membantu rakyat susah adalah gejala dan beban utama bagi kerajaan, jika dihindarkan ia adalah lebih memberi kebaikan.

Tiba masanya nanti sudah tentu Pakatan Rakyat ada banyak cara yang boleh diterima pakai, contohnya kewangan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang mungkin ada berlebihan, dan kurang berlaku rasuah.

Selain dari itu MB Selangor dan exco kerajaan negeri Selangor telah umumkan harta mereka, yang boleh menunjukkan bahawa mereka telus dan terang. [Nota: Bila masa pula MB Selangor dan exco kerajaan negeri umumkan harta dan aset mereka?]

Tetapi cara Pakatan Rakyat memerintah masih tidak cukup dari segi buah fikiran yang baru, serta laksanakan konsep dan idea Pakatan Rakyat dalam persaingan. Sekarang ini jarak PRU sudah semakin hampir dalam beberapa bulan lagi, Pakatan Rakyat masih boleh perbaiki dan membuat penambah baik lagi.

No comments:

Post a Comment