Tuesday, September 6, 2011

Nanyang Siangpau - DEB, Melayu dan Ali Baba

Nanyang Siangpau
ms A16
25 Ogos 2011

Keadaan Berlaku Kerana Polisi
Loh Hon Chew

“dapat saham sahaja terus dijual, dapat kontrak sahaja terus dijual”.

Ayat ini selalu dapat kedengaran lebih 20 tahun di kalangan kaum Bumiputera! Semasa zaman Mahathir menjadi perdana menteri, perkataan ini telah dihafal dan disebut dengan jelas dan terang di mata kepala rakyat, rakyat juga rasa tidak asing bagi mereka pada perkataan-perkataan itu, sehingga ke hari ini, rakyat sudah tidak rasa pelik lagi berlaku keadaan itu, mereka anggap itu memang sepatutnya, dan orang-orang yang bijak sahaja yang mampu berbuat demikian.

Sebenarnya oleh kerana fenomena polisi yang menjurus kepada keadaan itu, ia tidak ada kaitannya dengan sikap sesuatu kaum, mana-mana kaum jika diberi peluang dengan polisi seperti itu tetap akan buat perkara yang sama.

Jika polisi di negara kita sama seperti polisi di negara-negara lain, hanya penduduk kaum minoriti yang mendapat keutamaan dan kelebihan dalam subsidi kerajaan, dengan itu dari segi politik pihak kerajaan sepatutnya membantu kaum minoriti, mengikut nisbah kaum yang minoriti, perlu dibantu, yang sepatutnya mendapat bantuan ialah orang-orang Cina dan India di negara ini kerana mereka golongan kaum minoriti di negara ini, terutama sekali pembahagian saham-saham, sepatutnya diberi keutamaan kepada kaum Cina dan India, kontrak juga diberi keutamaan kepada kaum Cina dan India, orang-orang Cina dan orang-orang India sepatutnya tidak perlu usaha keras boleh mendapat saham dan kontrak dari kerajaan, sama juga nasib mereka, mereka akan terus jual saham yang mereka perolehi itu dan serahkan hak milik dan pindah hak milik kontrak kepada pihak lain dengan cepat.

Apa yang diumpama sekarang ini, jika mendapatkannya susah akan dinilai tinggi, apabila mendapatkanya secara mudah, mereka tidak akan hargainya, dengan mudah mereka hilangkan, ini adalah adat kepada semua manusia, mana-mana kaum memang ada sikap seperti itu, ia bukan diungguli dan dimonopoli oleh orang-orang Melayu sahaja.

Tidak Perlu Memaksa Tentang Istilah Mahu Saham Tidak Mahu Duit

Kenapa saham yang ditangan cepat-cepat dijual dikatakan satu tindakan yang bijak? Jika beli saham meminjam duit daripada pihak bank, jika tidak dijual segera, jika harga saham itu jatuh menjunam, bukankah kita kena tambah duit yang banyak untuk bayar hutang bank?

Semua orang akan memikirkan ke arah itu, sebab itu hanya orang yang bermodal sahaja yang akan membuat pelaburan saham itu, orang-orang biasa jika dapat bon saham, jika kelihatan dapat untung sedikit sahaja mereka akan terus jual saham-saham yang mereka perolehi itu, ia adalah satu tindakan yang bijak, tidak mungkin kita boleh paksa setiap orang jadi pelabur terus memegang saham itu di tangan, minta mereka simpan saham mereka lama-lama untuk membuahkan hasil yang lebih lumayan.

Lebih-lebih lagi di bawah sistem dan polisi yang sedia ada sekarang, tidak susah bagi kaum Bumiputera untuk mendapatkan saham-saham, lebih baik tukarkan saham-saham mereka kepada duit daripada menyimpannya, kerana peluang untuk mendapatkan saham-saham sangat banyak dan mudah.

Sebab itu nilai saham daripada 60 billion ringgit menjadi 2 bilion, itu memang sudah menjadi satu kepastian, tetapi kita perlu faham bahawa Bumiputera telah peroleh keuntungan duit kekayaan sebanyak 58 billion ringgit di bawah bantuan yang disesuaikan dengan polisi ekonomi melalui saham, mungkin tidak perlu memaksa Bumiputera membuat pilihan sama ada mahu saham atau mahu duit?

Berkaitan apabila mendapat kontrak projek mereka terus jual kontrak dan lepaskan kontrak, cara itu amat mudah sekali, ia juga akan dilakukan oleh mana-mana kaum jika berpeluang seperti itu, kerana mana-mana kontrak dan perjanjian itu semuanya bukan bidang asal mereka, sedangkan jenis simen ada berapa banyak, bagaimana bancuh simen ramai dari kalangan mereka langsung tidak tahu dan tiada ilmu tentang itu, kerana latar belakang seseorang dan bagaimana mereka dapatkan kontrak untuk membina bangunan dan dianggap boleh bina bangunan tidak penting, yang penting melalui siapa yang berkuasa untuk mereka dapatkan kontrak, walaupun orang itu dari kalangan orang Cina, orang Cina juga akan jual kertas kontrak itu, mereka terlebih dahulu akan dapatkan keuntungan duit yang banyak atas kontrak itu, tindakan yang bijak itu adalah kerana mereka tiada pilihan lain, jika suruh mereka lakukan kerja-kerja mereka tidak tahu dan tiada ilmu mahu mulakan kerja-kerja itu dari mana?

Sebab itu apabila seseorang itu terima sebuah kontrak projek mereka terus jual kontrak tersebut, ini adalah kerana sistem dan polisi-polisi yang menjurus kepada itu, tidak ada kaitannya dengan sikap sesuatu kaum.

Tetapi ada sedikit yang ramai orang tidak faham, pihak kerajaan sering galakkan kerjasama antara Melayu dan Cina, supaya mereka boleh berusaha sama dalam bidang ekonomi dan penerokaan bidang-bidang tertentu, kenapa sebaliknya pihak kerajaan asyik mengkritik orang-orang Melayu jual kontrak projek kepada orang-orang Cina. Kenapa pihak kerajaan tidak melihat dari sudut lain, sepatutnya pihak kerajaan lebih agresif memberi bumiputera kontrak-kontrak projek, supaya Bumiputera dapat lebih banyak kontrak-kontrak, dan kontrak-kontrak tersebut biarlah mereka serahkan kepada orang-orang Cina, supaya orang-orang Cina yang uruskan dan selesaikannya, bukankah ia juga diibarat menjalin satu kerjasama juga? Ini bermakna satu permulaan era baru kepada kerjasama antara Bumiputera dan orang-orang Cina dalam perkembangan bidang dan sektor serta menjana ekonomi!

Tidak Perlu Membantu Syarikat Yang Mampu

Sebaliknya istilah Ali Baba itu adalah simbol kepada kerjasama antara orang Melayu dan orang-orang Cina, ia hanya perlu ditukar sedikit janama itu sahaja, tukar sikap asal yang telah lalu sudah memadai dan wajar! Sedangkan cara Ali Baba juga dapat mengubah dan menambah baik kedudukan ekonomi orang-orang Melayu serta menepati sasaran polisi ekonomi negara ini.

Sebenarnya ramai dari kalangan orang-orang Melayu selepas mereka serahkan kontrak kepada orang-orang Cina, mereka masih lagi bertanggungjawab dari segi undang-undang dan peraturan, mereka juga masih mengawasi projek-projek yang sedang dijalankan itu, dari situ mereka dapat timba pengalaman, banyak syarikat-syarikat Bumiputera yang mempunyai pengalaman dan kekuatan dapat terus berkembang selepas mereka pelajari cara kaedah yang mereka lihat dari orang-orang Cina.

Syarikat Bumiputera yang tidak punyai kekuatan sudah tentu mereka tidak layak untuk mendapat sebarang kontrak dari pihak kerajaan, adakah cara yang mereka lakukan itu menyalahi polisi DEB? Oleh kerana polisi ekonomi yang baru ini pihak kerajaan telah membantu bumiputera yang kurang berkemampuan dan yang kurang daya saing, kepada syarikat yang telah mempu bersaing, tidak perlu dibantu dan juga tidak perlu mendapat sebarang subsidi.

[Nota: Saya cuba mencari tujuan sebenar tulisan ini ditulis, sama ada ada hendak mengkritik atau menyokong DEB. Dari segi fakta, ada data tidak betul, iaitu nilai saham Bumiputera telah digelembungkan dari RM54 bilion menjadi RM60 bilion. Jelasnya ia tidak menyokong DEB, tetapi tidak menghentam DEB seperti sesetengah pemimpin masyarakat perniagaan Cina, misalnya Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin. Chen Man Hin pernah mengeluarkan satu kenyataan yang pandir dan ini telah saya bidas dalam tulisan di bawah -



MONDAY, DECEMBER 14, 2009

"Melayu miskin terus miskin di bawah DEB"

Kata Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin "the prevalence of corruption and cronyism of the NEP (New Economic Policy) made many UMNO cronies rich, but the poor Malays remained poor". Ini adalah satu lagi siri penipuan DAP yang dimaksudkan untuk membakar semangat perkauman kaum Cina, lebih-lebih lagi apabila ucapan ini disampaikan semasa majlis makan Persatuan Hakka Negeri Sembilan (persatuan klan yang boleh dianggap sebagap satu pertubuhan bersifat rasis mengikut standard Pakatan Pembangkang) di Seremban pada 13 Disember 2009.

Penipuan Chen, boleh kita rungkai dalam beberapa aspek. Pertama; tuduhan bahawa berlaku amalan korupsi dan kronisme dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menyebabkan kroni UMNO sahaja menjadi kaya. Saya suka hendak menyatakan bahawa bukan orang UMNO sahaja yang mendapat manfaat dari DEB, malah ramai orang Melayu dan Bumiputera, termasuk Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Dalam bidang pendidikan misalnya, dengan 70 peratus kuota ditempatkan untuk pelajar luar bandar, ramai di antara pelajar Bumiputera mendapat peluang untuk belajar di sekolah yang mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding sekolah di daerah asal mereka.

Dengan kuota juga, sebelum ini, mereka mempunyai tempat untuk belajar di Institusi Pengajian Tingga Awam (IPTA) yang membolehkan mereka berpeluang menjadi golongan profesional, sesuatu yang mungkin di luar jangkauan pemikiran kebanyakan daripada mereka lebih-lebih lagi jika diambil kira kemampuan kewangan ibu bapa mereka. Dalam kalangan mereka ini, termasuklah ramai anak-anak dari negeri Kelantan yang majoriti ibu bapa mereka diketahui sejak 20 tahun yang lalu menyokong Pas.

Melalui pendidikan, ramai Melayu dan Bumiputera luar bandar, di kampung dan di kawasan tanah rancangan seperti FELDA yang mampu menaikkan taraf hidup mereka hanya selepas satu generasi sahaja.

Kedua, penipuan Chen juga dapat kita kenal pasti jika kita mengambil kira siapa sebenarnya yang menguasai pasaran barangan mentah atau raw materials di dalam negara ini. Tahukah kita semua bahawa kaum yang menguasai pasaran barangan mentah ini boleh menentukan siapa (termasuk syarikat Ali Baba mereka) yang akan memenangi tender kerajaan melalui perlindungan harga? Penjawat awam yang mentah dalam selok belok perniagaan dan yang berkepntingan diri seringnya akan terperangkap dengan menjadikan DEB lebih memihak kepada kaum Cina. Selain itu perlindungan juga wujud dalam pasaran yang kononnya terbuka melalui perbezaan harga dan terma kredit terhadap peniaga dari kaum lain.

Ketiga, bukan sahaja kontraktor UMNO sahaja yang menerima manfaat dari DEB, malah kontraktor bukan UMNO dan ramai kontraktor yang menyokong pembangkang juga mendapat manfaat dari dasar ini. Ramai di antara mereka berada di sekeliling kita dan di tempat kelahiran saya misalnya, ada ahli Pas yang merungut kerana lebih banyak peluang perniagaan diberi kepada penyokong parti pembangkang yang selain dari Pas semasa tempoh pembangkang memerintah Perak sedangkan peluang mereka lebih baik semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu. Bekas calon pembangkang di Bagan Pinang juga dikatakan pernah menerima kontrak daripada kerajaan walaupun dia menyokong pembangkang.

Keempat, maksud Dr Chen mempertikaikan DEB ini adalah untuk mempromosikan dasar ekonomi terbuka yang kononnya akan memakmurkan Malaysia. Apakah maksud Dr Chen, dengan dasar ekonomi terbuka ini nanti,"Melayu yang miskin akan secara automatik menjadi kaya?" Saya melihat saranan Dr Chen ini hanyalah untuk memastikan ketamakan golongan kapitalis dipenuhi. Golongan kapitalis ini berhasrat untuk menguasai ekonomi negara dan yang pastinya, golongan yang miskin dan tidak berdaya termasuk dari kalangan kaum lain akan terus ketinggalan dari kemajuan dan kemakmuran yang dijanjikan.

Dari bacaan saya, Dr Chen, walaupun dari sebuah parti yang kononnya memperjuangkan sosialisme, perkataan dan hasratnya bukanlah berjiwa sosialis tulen. Sebaliknya nadanya lebih mirip kepada jiwa dan naluri seorang kapitalis. Bagi saya ini adalah kepura-puraan yang sedang dipertontonkan kepada rakyat. Mereka yang kurang teliti akan diperdayakan. Seperti ramai orang Pas yang hipokrit di bawah topeng agama Islam, saya melihat ramai kapitalis dan rasis yang hipokrit bersembunyi di bawah topeng sosialis DAP.

No comments:

Post a Comment