Kenyataan Akhbar
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri
“Seramai 1 juta orang PATI mohon untuk bekerja – Permohonan akan dipertimbang melalui Proses Pemutihan mengambil kira keperluan setiap sektor pekerjaan”
Putrajaya, 12 September 2011
1. Proses Pendaftaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) iaitu komponen/fasa pertama dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani PATI (Program 6P) telah berakhir pada 31 Ogos 2011. Statistik Proses Pendaftaran yang telah dianalisa oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan seramai 1,015,852 orang PATI menyatakan hasrat untuk terus menetap dalam negara untuk bekerja. Manakala, hanya seramai 95,446 orang PATI yang ingin keluar serta kembali ke negara asal. Daripada jumlah yang ingin bekerja tersebut, seramai 966,542 mengisytiharkan telah mempunyai majikan iaitu digajikan secara tidak sah dan seramai 257,524 pula menyatakan tidak mempunyai majikan.
2. Permohonan PATI yang ingin bekerja ini akan dipertimbangkan dalam Proses Pemutihan yang merupakan fasa kedua dalam Program 6P. Pertimbangan akan dibuat berdasarkan dasar-dasar yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan PATI (JKKPA-PATI). Kementerian Dalam Negeri sedang dalam proses mengumpulkan pandangan daripada pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) khususnya Kementerian-Kementerian yang bertanggungjawab sebagai agensi selia kepada setiap sektor dan sub sektor yang mempunyai kepakaran untuk menentukan keperluan sebenar. Pandangan ini akan diangkat kepada JKKPA-PATI untuk menentukan sama ada pertimbangan akan dibuat berpandukan Dasar Penggajian Pekerja Asing semasa/sedia ada atau diwujudkan dasar khas yang akan diguna pakai khusus untuk Proses Pemutihan Program 6P.
3. Ini adalah kerana terdapat majikan yang sedang menggajikan PATI dalam sektor yang tidak tersenarai dalam Dasar Penggajian Pekerja Asing sedia ada. Senarai sektor pekerjaan yang terkandung dalam Dasar Penggajian Pekerja Asing sedia ada dan Kementerian yang bertanggungjawab adalah sebagaimana Lampiran. Mesyuarat JKKPA-PATI yang dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri akan diadakan pada 3 Oktober 2011 untuk meneliti laporan Proses Pendaftaran dan sekali gus menetapkan tarikh pelaksanaan Proses Pemutihan serta membuat keputusan dasar untuk memperincikan mekanisme pelaksanaannya. Pemutihan adalah suatu proses untuk memberi ruang kepada PATI untuk dijadikan sebagai pekerja asing yang sah dengan majikan-majikan yang berdaftar. Kementerian akan mengeluarkan maklumat terperinci berhubung mekanisme pelaksanaan Proses Pemutihan sebaik sahaja mendapat keputusan JKKPA-PATI.
4. Selain itu, Kementerian juga akan membawa kepada perhatian JKKPA-PATI berhubung status kanak-kanak dan remaja yang berdaftar sebagai PATI dalam Proses Pendaftaran. Berdasarkan statistik yang dikemukakan oleh JIM, seramai 62,156 kanak-kanak dan remaja yang mendaftar yang meliputi seramai 40,500 orang berumur 12 tahun ke bawah dan seramai 21,656 orang berumur di antara 13 hingga 18 tahun. Dipercayai sebahagian besar kanak-kanak dan remaja ini merupakan tanggungan kepada PATI yang sedang bekerja. Selain itu, Kementerian tidak menolak kemungkinan sebahagian daripada mereka juga diambil bekerja oleh majikan tertentu. Perkara ini akan diperhalusi untuk menentukan status mereka pada masa hadapan kerana dasar semasa Kerajaan bukan sahaja tidak membenarkan kanak-kanak diambil bekerja, malah pekerja asing juga tidak dibenarkan membawa tanggungan mereka ke negara ini.
5. Perkara-perkara di atas merupakan hanya sebahagian daripada dapatan yang diperolehi setelah data-data Proses Pendaftaran dianalisa. Ini menunjukkan kepentingan Program 6P dalam usaha Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing dalam negara dan sekali gus membantu agenda menangani jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Data dan maklumat yang diperolehi melalui Program 6P juga akan diguna pakai untuk tujuan kajian semula Dasar Penggajian Pekerja Asing termasuk keperluan pekerja asing dari aspek jumlah dan jenis pekerjaan untuk memastikan dasar berkenaan bertepatan dengan keperluan negara pada masa sekarang dan masa hadapan.
Terima kasih kpd saudara yang menulis artikel ini.
ReplyDeleteTerdapat pro dan kontra berkaitan soal PATI. Kebanyakan PATi sekarang memang sedang bekerja dan yang mahu pulang ke negara asal kebanyak nya terdiri dari negara sumber seperti Indonesia dan Thailand sebab mereka mudah pulang dan mudah datang. Manakala yang lain nya terutama dari Bangledsh, India dan Myanmar atau Kemboja, walaupun PATI mereka ini diberi perlindungan oleh pihak pihak tertentu yang mengambil kesempatan. PATI datri negara ini jarang mahu pulang kerana jika pulang tidak tahu untuk membuat apa apa kerja lain yang boleh memberika pendapatan lumayan kepada mereka Oleh sebab itu pihak berkepentingan termasuk lah majikan sendiri dengan kerjasama anggota beruniform mengambil kesempatan membayar gaji murah dan diberi pelrindungan sebab tak perlu bayar levi dll kepada pihak kerajaan.
Soal dan sebab penglibatan anggota jabatan tertentu dalam KDN sendiri tidak usah dipertikaikan kerana jika di korek disiasat akan memalukan nama jabatan berkenaan baik polis , rela atau siapa saja.
Pada pandangan saya ada baiknya program 6P dilihat sebagai langkah sementara penyelesaian kepada masaalah PAti dimana siapa sahaja yang mendaftarkan diri walau dimana mereka bekerja dan tugas apa yang mereka buat berikan sahaja status 'halal' kepada mereka dengan mengeluarkan permit khas program PATI .
Jika dilihat banyak sektor pekerjaan yang perlu dinilai dan diputuskan semula oleh Dasar Penggajian Pekerja seperti di sektor perlombongan, sektor pertanian - penebang kayu bakau, pekerja gok arang, nelayan dll sektor yang amat memerlukankan.
tetapi ada juga perkara pelik dan pertindihan tugas dan dasar menunjukkan siapa lebih berkuasa berlaku di antara kementerian MITI, JTK dan KDN. Soal nya dalam penentuan bilangan kelulusan dirasakan JTK lebih mengetahui keperluan dan penawaran tenaga kerja rakyat tempatan berbanding KDN atau MITI yang terlalu berpegang kepada 'quota' sedangkan permintaan majikan dibuat berdasarkan penawaran dan tempahan produk yang selalu diambil kira oleh majikan terlebih dahulu.
Bila ini berlaku maka salah satu punca untuk mendapat tenaga pekerja dengan mengambil PATI dan ada pula tangan ghaib yang sanggup memberi prlindungan secara gelap kerana ia memberikan untung lumayan dan jika semua PATI diberikan permit dan majikan masih mahu terlibat dengan PATI haram maka majikan boleh dihukum lebih berat dan jangan secara sambil lewa sahaja.
Kementerian KDN harus akur bahawa PATI tidak akan selesai selagi ada dalang dan tangan ghaib yang memberi perlindungan dan ada baik nya semua PATI diberikan permit bekerja dimana sekurang-kurang nya kita boleh berasa lega tiada lagi istilah PATI dan pihak kerajaan boleh mendapatkan wang kutipan levi tidak kurang dari RM2billion setahun.
Bukan kah itu juag merupakan pendapatan untuk negara dari dibiarkan begitu sahaja
tq, saya setuju, sebab itu kita kena usahakan langkah demi langkah. sebab tu diperkenalkan 6P. mudah2an selepas basic issues selesai, kita pergi kepada yang lebih kompleks iaitu mengatasi tangan-tangan ghaib ini.
ReplyDeleteslm tun..dgr crita pendaftaran utk 6p dibuka balik ke..???
ReplyDelete