Thursday, September 15, 2011

#BNbagus Indeks Daya Saing Global 2011-2012: Ketelusan, Kebebasan Kehakiman dan Pendidikan di Malaysia lebih baik


Laporan Indeks Daya Saing Global (Global Competitive Index) 2011-2012 melaporkan bahawa Malaysia telah melonjak naik sebanyak lima anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-21 dan mencatatkan peningkatan yang menyeluruh.

Kemajuan negara khususnya dilihat berkaitan kekukuhan institusi dan teras persekitaran makroekonomi, serta dalam beberapa langkah meningkatkan kecekapan pasaran. Antara kelebihan yang menonjol dan menyumbang kepada prestasi yang kukuh dan konsisten ini ialah sektor kewangan yang cekap dan kukuh; membolehkan Malaysia berada di kalangan negara dunia yang maju, di belakang Singapura dan Hong Kong dan dari segi keberkesanan pasaran barangan, yang menempatnya pada kedudukan 15. Di samping itu, keadaan ekonomi makro yang telah semakin baik membolehkan Malaysia berada pada kedudukan ke-29.

Peningkatan Ranking Malaysia dalam bidang-bidang lain dalam Indeks Daya Saing Global 2011-2012

  1. Ketelusan Penggubalan Dasar Kerajaan; naik daripada kedudukan ke-37 (2010-2011) kepada 26 (2011-2012)
  2. Kebebasan Kehakiman; bergerak naik daripada 52 (2010-2011) hingga 43 (2011-2012)
  3. Pembaziran dalam Perbelanjaan Kerajaan; naik daripada 25 (2010-2011) kepada 12 (2011-2012)
  4. Pembayaran yang tidak teratur dan Rasuah; naik daripada 55 (2010-2011) kepada 43 (2011-2012)
  5. Kualiti Pendidikan Asas; naik daripada 30 (2010-2011) kepada 21 (2011-2012)
  6. Kualiti Sistem Pendidikan; naik daripada 23 (2010-2011) kepada 14 (2011-2012)
  7. Kualiti Subjek Matematik dan Sains; naik daripada 31 (2010-2011) kepada 23 (2011-2012)
  8. Brain Drain; naik daripada 28 (2010-2011) hingga 19 (2011-2012)
  9. Upah/Gaji dan Produktiviti; naik dari 6 (2010-2011) hingga 4 (2011-2012)
  10. Pergantungan kepada Pengurusan Profesional; naik daripada 25 (2010-2011) hingga 20 (2011-2012)

No comments:

Post a Comment