Monday, September 19, 2011

#Bersih Fuziah kantoi! Kenyataan Penuh JPN: 8 tahun, hanya 37 orang Bangladesh warganegara, 14 pengundi

Nota: Fuziah kantoi lagi!

KENYATAAN MEDIA
DATIN JARIAH MOHD. SAID
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara

HANYA 37 RAKYAT BANGLADESH BEROLEH KEWARGANEGARAAN MALAYSIA SEJAK 1998
19 SEPTEMBER 2011

1. Dalam tempoh lapan (8) tahun sejak 1998 sehingga Ogos 2011, hanya 37 rakyat Bangladesh diberikan sijil kerakyatan negara ini dan daripada jumlah tersebut, hanya empat belas (14) layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sekiranya berdaftar sebagai pemilih.

2. Daripada statisitik yang sama, pecahan jumlah kewarganegaraan paling tinggi dikeluarkan kepada rakyat Bangladesh ialah pada 2010 iaitu 18 orang; diikuti tahun 2009 (5); sehingga Ogos 2011, (4); 1999 (3); masing-masing dua (2) pada 2008, 2003 dan 1998; serta hanya seorang (1) pada 2006.

3. Hal ini merujuk kepada laporan tidak tepat di laman web Malaysian Chronicle pada 17 September lalu yang menyebut bahawa pekerja rakyat Bangladesh di negara ini diberikan taraf kewarganegaraan dengan mudah bagi membolehkan mereka mengundi pada PRU-13 akan datang.

4. Pemberian sijil kewarganegaraan ini tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 15 (1) untuk permohonan bagi isteri kepada warganegara Malaysia; Perkara 15 (2) untuk permohonan kewarganegaraan bagi anak kepada warganegara Malaysia; Perkara 15A untuk permohonan kewarganegaraan dalam keadaan khas bagi kanak-kanak berusia bawah 21 tahun; Perkara 16 bagi permohonan untuk mereka yang lahir di persekutuan sebelum hari merdeka; dan Perkara 19 bagi warganegara asing yang berumur lebih 21 tahun dan telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

5. Di bawah pecahan peruntukan tersebut, lima (5) individu diberikan sijil kewarganegaraan di bawah Perkara 15 (1); empat individu [Perkara 15 (2)]; 19 individu (Perkara 15A); dan sembilan individu (Perkara 19).

6. Dalam perkembangan lain berhubung lebih 300 keping dokumen penting yang ditemui berserakan di sepanjang jalan dan tebing tali air di Kampung Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah, hasil siasatan awal mendapati 98 antaranya adalah dokumen pengenalan diri. Daripada jumlah tersebut, 92 adalah dokumen MyKad manakala bakinya adalah MyKid.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment