Sunday, August 14, 2011

#Murtad Ketua Pemuda Pas perlu desak PR laksana Enakmen Selangor untuk atasi murtad


Gambar Malaysian Insider - Nasrudin termenung memikirkan
Pas yang semakin menyimpang?


Saya telah membaca kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai sokongannya untuk menentang gejala murtad rentetan gejala murtad yang semakin parah di negeri Selangor. Dalam kenyataannya disebut tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh Pas untuk menghalang gejala murtad pada tahun 1988 dan 2006.

Saya menyokong pendirian Nasrudin jika dia benar-benar serius mahu menghalang gejala murtad ini dari terus berleluasa di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia amnya. Bagaimanapun saya mahu lihat komitmen yang lebih meyakinkan dari Nasrudin dan bukan retorik semata-mata.

Pertama, Nasrudin tidak perlu memutar rekod lama tentang Pas kerana Pas hari ini sudah tidak sama dengan Pas yang dulu. Pas hari ini tidak lagi berminat untuk menegakkan Negara Hudud versi Pas. Pemimpin Pas hari ini juga tidak lagi berjuang untuk menutup kilang arak dan kedai arak seperti pemimpin Pas dulu. Ada kemungkinan pemimpin Pas sekarang juga tidak berminat untuk memperjuangkan isu murtad seperti yang dilakukan pada tahun 1988 dan 2006.

Kedua, jika Nasrudin serius, saya mencabar Dewan Pemuda Pas untuk mendesak agar pemimpin Pakatan Pembangkang (PR) bersama-sama menggubal dan membawa Akta Murtad ke Parlimen dan Enakmen yang berkaitan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri-negeri yang diperintah PR.

Ketiga, Nasrudin juga perlu mendesak PR melaksanakan Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama bukan Islam) Selangor; Enakmen no1/1988 secara serius.

Keempat, Pemuda Pas juga perlu mendesak kerajaan PR Selangor untuk menggubal dasar dan hala tuju yang jelas tentang usaha menegakkan syiar Islam, usaha memartabatkannya dan memelihara agama Islam dan aqidah umat Islam kerana kita ini tidak ada sebarang dasar yang jelas mengenainya di dalam PR.

Kelima, Nasrudin mesti menyokong usaha mewartakan Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama bukan Islam) di semua negeri yang masih belum melaksanakannya dan mendesak kerajaan PR untuk melaksanakannya di Pulau Pinang.

Kenyataan Nasrudin hanya retorik jika Dewan Pemuda Pas tidak mendesak kepimpinan PR membuat pendirian dalam usaha menangani gejala murtad ini. Campur tangan politik untuk menghalang penyitaan premis yang disalah gunakan untuk memurtadkan umat Islam secara rasuah menunjukkan kerajaan PR Selangor tidak serius untuk menangani gejala murtad yang semakin parah di Selangor.

Jika Nasrudin serius, ia tidak sepatutnya menjadi hanya kenyataan Dewan Pemuda Pas secara bersendirian, tetapi ia perlu menjadi konsensus, dasar dan tindakan bersama PR, iaitu Pas, PKR dan DAP!

No comments:

Post a Comment