Monday, August 8, 2011

Murtad - Akibat golongan berpendidikan agama banyak berpolitik?

Murtad di Selangor - Pemimpin Melayu-Islam dalam PR terlalu bergantung kepada pemimpin Melayu-Sosialis yang tidak jelas aqidah?


Tidak perlu berpusing-pusing mencari kesalahan ke sana ke mari. Jelasnya gejala murtad di negeri Selangor sudah semakin parah. Hujah saya:

1. Apakah aqidah umat Islam terlalu nipis dan rapuh sehingga sanggup mereka menukar agama hanya kerana diRASUAH sebanyak ratusan ringgit sebulan? Jika aqidah mereka rapuh, siapa yang gagal mengajar dan mendidik mereka selama ini?

2. Pada ketika golongan paderi, pastor dan sukarelawan agama lain sibuk mendekati golongan yang miskin ini, apa yang dilakukan oleh ulama dan ustaz/ustazah? Sibuk berperang sesama sendiri tentang Wahhabi? Sibuk berperang tentang jawatan? Sibuk berperang tentang bab feqah yang furu'? Atau sibuk mengumpul pengikut dan berpolitik?

3. Jelas aqidah umat Islam begitu rapuh dan boleh ditukar dengan rasuah. Jadi kenapakah golongan agama seperti dalam PR dan Dr Asri Zainal Abidin begitu yakin kalimah Biblical God yang digantikan dengan Allah tidak akan menjahanamkan lagi aqidah umat Islam yang rapuh ini?

4. Jika ulama dan golongan agama pun turut mempromosikan ideologi ciptaan manusia sosialisme di masjid-masjid dan di surau-surau, tidakkah ini semakin mengelirukan umat Islam dan akhirnya kesesatan dan kemurtadan hanya di sepan mata?

5. Apa sudah jadi dengan janji-janji PR untuk membela golongan ibu tunggal dan miskin? Apa sudah jadi dengan retorik negeri berkebajikan? Bukankah masalah ini tidak akan timbul jika PR benar-benar menunaikan janji mereka?

6. Tidakkah ini menunjukkan kegagalan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dalam PR? Di manakah dasar dan hala tuju yang jelas mengenai usaha memartabat agama Islam di dalam PR Selangor? Cuba terangkan kepada rakyat Selangor, apakah pendekatan yang berkesan PR dalam usaha memerangi gejala murtad di negeri Selangor?

Jelasnya, pemimpin Melayu-Islam dalam PR telah lalai dari melaksanakan tugas mereka memelihara umat Islam kerana mereka gagal merangka sebarang dasar yang jelas tentang Islam dan umat Islam di dalam PR. Malah dalam kes tertentu, mereka juga secara langsung dan tidak langsung telah menunjukkan sokongan terhadap usaha memurtadkan umat Islam secara halus.

Inilah akibatnya apabila Melayu-Islam dalam PR tiada peranan terlalu bergantung kepada pemimpin Melayu-Sosialis, Melayu-Pluralis dan Melayu-Atheis di dalam PR dan akibat kerana sanggup berimamkan pemurtad dalam PR!

3 comments:

  1. Assalamualaikum TF,

    Apabila membaca tulisan anda, saya rasa terpanggil utk memberi sedikit pendapat dan pandangan saya yg tidak seberapa ini. Alhamdulillah kita masih lagi mampu untuk berpuasa untuk tahun ini dengan aman jika hendak dibandingkan dgn negara negara lain yg sedang bergolak e.g Libya, Palestine.. terlalu jauh berbeza.
    Untuk post TF kali ini saya sgt setuju dengan golongan agama dewasa ini yg terlalu taksub berpolitik. Ulamak dan golongan agama seharusnya berpada2 dalam politik. Jika terlalu taksub dgn politik, maka jadilah ulamak / golongan agama yg mempergunakan agama sebagai senjata politik mereka.Obviously yg kita nampak ini sedang digunakan oleh puak pembangkang PAS. Bagi saya golongan ulamak dan berpendidikan agama harus satu dan sependapat dalam agama kerana kita menganut agama Islam yang satu, kita berkiblat yang sama, berkitabkan Al-Quran yang sama, pengikut Nabi yang sama ... tetapi kenapa harus berbalah hanya kerana EGO politik dunia. Ulamak / golongan berpendidikan agama seharusnya bertindak membetulkan apa yang salah disisi agama.. bukannya membetulkan apa yang salah kerana politik. Ulamak harus berani menegur pemimpin yang salah.. membetulkan kesalahan pemimpin, bukan mem"betul"kan kesalahan dgn memeutar belitkan agama.Ulamak harus berani menanggung risiko, sekalipun kehilangan jawatan atau kepentingan dalam parti demi menegakkan kebenaran dalam agama. Tidak kira apa fahaman politik sekalipun, fahaman agama kita tetap satu iaitu agama ISLAM yang suci.
    Bercakap mengenai kebajikan org Islam dinegara Malaysia, sepatutnya golongan ini sgt minimum kerana kita mempunya pusat zakat cukup teratur di setiap negeri tak kira negeri dibawah PR mahupun BN. Peranan pusat zakat adalah sgt penting dan beban amanah yg dipegang amat besar. Rasanya berjuta2 ringgit di kutip setiap tahun utk tujuan ini. Maaf bercakap, saya sedikit sangsi dengan pengagihan zakat kepada golongan sasar. 1- masih byk golongan miskin tegar yg tidak dibantu 2- terlalu byk prosedur utk menerima bantuan zakat (mmg utk elak penipuan tp org bertanggungjawab harus turun padang buat siasatan. Jgn terus reject) 3- cara bantuan dan agihan dibuat
    Seharusnya org bertanggungjawab memberi komitmen yg penuh dalam usaha membasmi golongan miskin, ibu tunggal, dsb. Jika golongan ini tidak dibantu oleh yg berwajib maka dengan senang lah puak2 kafir mengambil kesempatan kerana ini memang modus operandi mereka sejak dulu lagi.. cara beli jiwa yang sgt efektif.
    Amanah yg dipegang oleh pusat kutipan zakat amat besar, jd harap tidak ada salah guna atau penyelewengan dlm pengurusan berlaku. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Tq Remy di atas pandangan yang panjang lebar. Saya percaya banyak yang perlu dibetulkan, cuma dalam konteks Malaysia, tidak seharusnya habuan material menjadi faktor utama seseorang menjadi murtad; seseorang itu mungkin melakukan dosa besar kerana mahukan keselesaan material, tetapi tidak seharusnya begitu mudah menukar agama.

    Sebab itu saya tidak setuju apabila ada pihak yang menyalahkan pengagihan zakat. saya percaya masalah ini bermula di peringkat yang lebih asas, iaitu ilmu dan bimbingan berterusan terutama dari golongan yang berpendidikan agama.

    Jika pastor boleh melakukan tugas-tugas ini, tanpa banyak berpolitik, kenapa orang agama kita tidak boleh melaksanakannya dengan lebih baik berbanding pastor-pastor yang ada ini.

    ReplyDelete
  3. Salam TF,

    Panjang lebar ke? Tak persan pulak panjang.. maaf itu cuma pandagan peribadi saya saja.
    Dan seper TF bagi saya, pengagihan zakat tetap perlu disalahkan walaupun apapun seperti kata TF, asas ilmu mmg penting utk sedikit sebanyak menepis dakyah2 yg cuba di jarum oleh puak kafir ni. Tapi tidak dinafikan golongan berpendidikan agama yg tinggi pun ada juga yg murtad dan sesat. Kalau tak salah saya, kes Ayah Pin dulu ada juga pengikut beliau yg lulus dari Al-Azhar.. tetap sesat.. kes Aisyah Bukhari, minah ni pun rasanya tidak kurang pendidikan agama dia.. pendek kata byk faktor yg mempengaruhi sebab musabab murtad ni.. faktor hati (cintan-mintan kes), kes kena tipu, kes terdesak, kes cuba2 pun rasanya ada.. cuma yg kita fokuskan sekarang ni kes terdesak sebab kesempitan hidup.. willingness puak2 gereja membantu org islam yg kesempitan dengan agenda memurtadkan mereka ni yg perlu kita tgk. yg perlu kita prevent dari awal..sebab tu bagi saya pihak2 tertentu wajib turun ke padang mencemar dulu mendekati masyarakat dan memahami masalah mereka..
    Sorry to say.. saya bukan orang politik.. tp kdg2 saya benci melihat politician ni.. (bukan semua) tp kebanyakkan.. semasa berkempen manis mulut, mesra rakyat.. redah banjir, lepak gerai tepi jalan.. tp bila dah menang.. haram nak nampak muka.. semuanya serah kat Pejabat ADUN,, Pusat Khidmat Parlimen utuk uruskan.. yang duduk kat pejabat tu pulak.. penuh birokrasi.. berdendam.. ye la dulu time kempen ko sokong parti lain skang nk mintak tolong..boleh jalan laaa... heheh ni la penyebab yg sempit terus sempit tu..
    Honestly TF..dari pemerhatian saya byk wakil2 rakyat ni.. x kira frm BN ke PR ke.. bila dah kat atas..lupa rumput kat bumi.. nak dekat pun susah.. nak salah kena bergaduh ngan body guard dulu.. patutnya mereka2 inilah yg lebih mesra dgn rakyat kerana mera ini di pilih mewakili mereka utk menyuarakan kehendak mereka ke atas.

    Hurmm panjang lebar lagi... Adioss

    ReplyDelete