Saturday, August 13, 2011

#Murtad Akhbar Cina berniat jahat, masih gambarkan majlis sebagai kebajikan bukan usaha memurtadkan


Gambar ejen murtad seperti yang disiarkan oleh blogger Garamanis


Hassan Ali dan JAIS terus diserang! Kebenaran disembunyikan! Saya percaya akhbar Cina seperti Nanyang Siang Pau dan Sinchew sengaja mengerti sensitiviti isu murtad dan usaha memurtadkan secara RASUAH di kalangan umat Islam. Sebab itu mereka masih terus memutarkan majlis ini sebagai majlis kebajikan. Ini adalah bukti-bukti sikap cauvinis yang terbuku di dalam sanubari sejumlah editor akhbar tertentu sehingga mereka tidak mampu membuka minta mereka untuk memahami persoalan pokok isu ini.

Ini bukan majlis kebajikan, jika ia majlis kebajikan tentu persoalan-persoalan ini tidak timbul:

Pertama: mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

Kedua, mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ia dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

Ketiga, mengapa bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan?

Keempat, mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

Kelima, mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

Keenam, mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?

Ketujuh, mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?

Kelapan, mengapa dan bagaimana kertas soalan kuiz tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?

Kesembilan, mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?

Kesepuluh, mengapa penganjur beria-ia cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?


Baca artikel yang disiarkan Nanyang di bawah ini untuk melihatkan kegagalan editor akhbar tersebut memahami isu sebenar dan memberikan maklumat berimbang. Kita cabar Nanyang untuk menyiarkan kisah sebenar mengenai kejadian ini dan bangkitkan semua persoalan yang ditimbulkan di atas di dada akhbar mereka supaya pembaca mereka boleh menilai sendiri pembohongan dan amalan rasuah yang berlaku semasa kejadian.

______________________


Nanyang Siangpau
Pihak Gereja tolong ibu tunggal Islam?
m/s A16
11 Ogos 2011

Hasan Ali buat hal lagi
Loh Hon Chew

Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pegawai polis tidak mendapat perintah mahkamah untuk menggeledah gereja Methodist Damansara, membuat pemeriksaan majlis makan malam pihak gereja, sehingga menyebabkan berlaku kontrovesi, dan parti pembangkang dan parti pemerintah asyik menuding

JAIS melakukan siasatan secara tergesa-gesa, kerajaan negeri Selangor juga turut rasa tidak puas hati, termasuk tidak jumpa bukti kukuh dan kenapa tidak melakukan penangkapan kepada yang tersangka jika ada, menunjukkan perbuatan itu adalah perbuatan yang tergesa-gesa, boleh diumpama telah salah guna kuasa.

Ketua yang berkuasa dalam bab agama di negeri Selangor ialah Exco Agama Hassan Ali telah “menetang hasrat rakyat”, menyokong sepenuhnya tindakan JAIS, akhirnya beliau dikritik oleh semua pihak, dan beliau diarah membuat penjelasan kepada Jabatan Agama Pusat, selainnya orang-orang parti pembangkang (BN) di negeri Selangor ambil kesempatan, memang itu satu fenomena yang sepatutnya berlaku, sedangkan Lim Kit Siang dan Teresa Kok Su Sim juga memarahi Hassan Ali, ADUN Pas Shah Alam Khalid Samat juga berkata Hassan Ali perlu tahu batas-batasnya, beliau khuatir Hassan Ali akan menjejaskan Pas di negeri Selangor; majlis peguam dan ketua bahagian Jenayah pejabat polis negeri Selangor juga berkata JAIS telah melanggar undang-undang, Hassan Ali kini terperangkap dikelilingi musuh.

Perkara ini boleh disusur galur sejak 2 tahun lepas, Hassan Ali sendiri membawa pasukan JAIS menggeledah kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam, memerintah pekedai tarik balik air minuman keras, tidak dibenarkan dijual di kedai-kedai serba guna, kewibaannya sangat memukau orang. Pada masa itu Hassan Ali berkata beliau bertanggungjawab menjalankan undang-undang, kelakuan yang sangat diktaktor, apa pula yang dinamakan punguatkuasa undang-undang, adakah beliau tidak faham tentang undang-undang. Selepas kejadian itu beliau dikecam dan diberi amaran oleh Pas pusat, selepas itu beliau tidak lagi berani berbuat demikian.


Penguat Kuasa Undang-Undang Tidak Hormati Undang-Undang

Hasan Ali tidak menerima pengajaran apa yang telah beliau lakukan, sekarang pula beliau berkata JAIS tidak lakukan penggeledahan, tidak menggeledah rumah-rumah, dan beliau terus berlaku berat sebelah menyokong JAIS, ini bermakna Hasan Ali membiarkan JAIS langgar undang-undang, sekarang apakah hukuman yang sepatutnya Hasan Ali terima? Walaupun beliau sebagai Exco yang menjaga bidang agama Islam, beliau sepatutnya dapat beri jaminan tugas dan tindakan JAIS perlu mengikut undang-undang.



Ini contoh sebenar penguatkuasa yang tidak hormati undang-undang,
tapi pernahkah akhbar Cina mainkan isu ini?

Pada masa sama, apa yang pihak polis perjelaskan, mana-mana penguatkuasa undang-undang membuat permohonan siasatan pada pihak polis, pihak polis akan turut serta untuk mengiring mereka, untuk mencegah sebarang kecauan yang tidak diingini, walaupun pihak penguatkuasa tiada sebarang surat perintah mahkamah, adakah pihak polis akan turut serta juga? Jika mengikut peraturan undang-undang, sepatutnya pihak polis juga punyai surat perintah mahkamah baru boleh masuk dan menggeledah di kawasan harta persendirian orang awam. Zaman Khan berkata, majlis makan malam itu adalah untuk dana bantuan penyakit HIV. Pihak Geraja menjelaskan semua kaum ataupun semua agama boleh turut serta dan ambil bahagian dalam majlis jamuan makan malam itu.

Sebab itu JAIS dan Hasan Ali perlu membuat penjelasan, adakah mereka melarang orang-orang Islam bergabung dengan orang-orang bukan beragma Islam untuk membuat kerja-kerja amal dan kebajikan? Jika itu benar, sila nyatakan dengan jelas dan adil, lain kali tiada orang akan menjemput orang Islam untuk sama-sama membuat kerja-kerja amal, dan pihak JAIS sudah tidak perlu bersusah payah lagi untuk membuat pemeriksaan mengejut, dan pihak JAIS dapat hindar dari dituduh salah guna undang-undang Negara.

Ibu Tunggal Orang Islam Yang Mendapat Manfaat

Mengikut laporan yang lebih lanjut, beberapa orang Islam yang hadir pada malam tersebut kebanyakannya terdiri dari golongan kaum ibu tunggal, mereka sendiri mengaku dan bercakap benar, oleh kerana mereka kesempitan hidup, miskin sehingga makan minum dan pakaian tidak terurus. sedangkan pihak JAIS berlagak birokrasi tidak memberi bantuan kepada mereka, kini pihak gereja menghulurkan bantuan untuk menyara kehidupan mereka dan keluarga mereka, dan pihak gereja juga hulurkan bantuan modal untuk mereka mulakan perniaga. Sebab itu mereka turut serta dalam aktiviti amal yang kami adakan, jika tidak apa akan jadi kepada ibu-ibu tunggal ini, adakah kita mahu biarkan mereka jadi pelacuh untuk sara hidup? Sebaliknya mereka tidak tinggalkan agama mereka, jika pihak JAIS membantu mereka, pasti mereka tidak akan hadir aktiviti amal yang diadakan oleh pihak gereja, sebaliknya pihak geraja tetap terus jadikan mereka ini sebagai kawan, pihak gereja tidak pernah menganiaya mereka.

Mereka berkata: “adakah mereka mahu kami lacurkan diri”, memang suara yang amat terharu dan menyedihkan. Diharap suara yang pedih dan sedih ini boleh benar-benar insafkan Hasan Ali, dengan itu nanti Hasan Ali akan tahu bagaimana cara untuk melarang orang Islam turut serta aktiviti-aktiviti pihak gereja. Cama apa untuk melarang orang-orang Islam menerima bantuan dari orang-orang bukan Islam, pihak tertentu sepatutnya mulakan dari bawah yang paling asas, membantu orang-orang Islam yang miskin, hindarkanlah mereka dari kemiskinan, kami tidak tahu sama ada agama Islam ada atau tidak wawasan dan strategi yang seluas itu? Ataupun pihak-pihak tertentu dinasihat lepaskanlah sikap-sikap berlagak dan birokrasi itu, segera hulurkan bantuan kepada rakyat miskin, jangan asyik berputar-putar dan berlegar-legar dengan isu air minuman keras.

No comments:

Post a Comment