Monday, August 15, 2011

MCA 'bashing' akhbar Cina: SJKC - wajar salahkan Dap bukan MCA


Wee Ka Siong sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Pemuda MCA
perlu lebih agresif untuk gerakkan jentera bagi menjelaskan isu


Sekali lagi akhbar Cina meneruskan agenda MCA 'bashing' sebagai persiapan menjelang PRU13. Perkara-perkara di bawah negeri Selangor eloklah dipohon dengan Kerajaan Negeri Selangor. Ia tidak sepatutnya ada kaitan dengan usaha-usaha kerajaan BN sebelum ini kerana majoriti pengundi di Selangor sebelum ini telah menolak BN, terutama di kawasan Puchong.

Jadi, sekiranya mahu tapak, silalah mohon dengan Menteri Besar Selangor kerana ia di bawah bidang kuasanya dan kerajaan PR.

Kedua, hentikanlah sikap cauvinis dan ultra Cina ini kerana ia tidak membawa kebaikan kepada negara. Masih ramai anak-anak berketurunan Cina yang belajar di Sekolah Kebangsaan, termasuk Sekolah Kebangsaan Bantuan Modal yang memerlukan bantuan. Sekolah-sekolah seperti SK Taman Megah, SK Sri Petaling dan SK Assunta merupakan sekolah-sekolah kebangsaan yang cemerlang dan mempunyai jumlah pelajar Cina yang tinggi. SK Assunta pula merupakan Sekolah Kebangsaan Bantuan Modal yang memerlukan bantuan pembangunan dari komuniti. SK Taman Megah, masih sebuah sekolah yang cemerlang dalam negeri Selangor walaupun masyarakat Cina hanya berminat untuk menyalurkan bantuan ke SJKC di sebelahnya kerana terpengaruh dengan pembohongan dan hasutan bahawa Kerajaan BN menganak tirikan SJKC.

Pemimpin MCA dan Timbalan Menteri Pelajaran perlu lebih agresif untuk menerangkan keadilan kerajaan BN dalam hal pendidikan. Jangan bermain game Dap, kerana dalam mana-mana permainan sukan, anda akan kalah jika terperangkap bermain game orang lain. Pemimpin MCA tidak boleh malas dan ahli-ahli MCA kena lebih rajin menulis ke akhbar-akhbar untuk mempertahan dan menghebahkan kepada rakyat apa yang telah MCA lakukan untuk masyarakat Cina.

Gerakan juga perlu melakukan perkara yang sama. Cuma ketika ini tidak banyak serangan terhadap Gerakan mungkin kerana pemimpin Dap melihat Gerakan sebagai terlalu lemah dan bukan merupakan ancaman kepada Dap sama sekali.

Baca petikan di bawah untuk melihat sejauh mana Nanyang gagal untuk memberi maklumat berimbang kepada masyarakat Cina. Ia adalah sangat 'protective' terhadap Dap, tanpa menyebut sedikitpun tentang kelemahan Dap, 'protective' juga terhadap MB Selangor, tetapi berniat jahat terhadap MCA.

Kegagalan editor akhbar Cina untuk menyajikan maklumat berimbang kepada masyarakat Cina bukan sahaja tidak adil dan tidak bertanggung jawab, tetapi juga amat merbahaya kerana ia merosakkan agenda perpaduan kaum yang dibina selama ini.

Artikel seperti inilah yang menyebabkan masyarakat Cina mempunyai prejudis yang menebal terhadap MCA, walaupun MCA telah banyak berjasa kepada masyarakat Cina sebelum ini. Pada waktu yang sama, mereka dilalaikan tentang hakikat bahawa Dap belum pernah berjasa untuk mereka lagi selama ini.

__________________________

Nanyang Siangpau m/s A14
14 Ogos 2011

Sekolah Rendah Cina Jangan Dijadikan Percaturan
Loh Hon Chew

Kementerian Pelajaran Malaysia secara rasmi mengumumkan sekolah rendah Cina Kheng Chee Bentung akan dipindahkan ke Puchong Selangor, tapak sekolah sudah pun disediakan, pihak kerajaan juga telah bersetuju mengeluarkan peruntukan sebanyak 3 juta ringgit untuk pembinaan bangunan sekolah tersebut. Semuanya boleh dikatakan sudah bersiap sedia, yang kurang hanya pemetik apinya sahaja, surat dan kelulusan dari Pejabat Tanah adalah penentuan yang terakhir.

Walaupun ia sebagai penentu yang terakhir, sebaliknya penduduk di kawasan Puchong masih tidak berani "bergembira", kerana mereka "sudah berkali-kali dengar sejak PRU 2008, guruh sahaja yang kuat setitis air hujan pun tidak kunjung tiba" seakan-akan seperti cerita siri baru dalam kisah budak gembala kambing dengan anjing serigala? Tetapi sekarang ini agak berbeza sedikit, apa yang dapat didengar ialah PRU ke-13 semakin hampir, sekarang ini tapak sekolah sudah pun disediakan, yang penting pihak kemenerian pelajaran telah mengeluarkan surat arahan dan perintah, memberi had masa kepada jawatankuasa pembinaan sekolah siapkan sekolah tersebut dalam masa 400 hari. Meskipun PRU sudah hampir mungkin pihak kerajaan juga kerana kesuntukan masa terpaksa dengan tergesa-gesa meluluskannya.

Sebenarnya dari tarikh mula permohonan pindah tapak sekolah sehingga pembinaan sekolah sudah makan masa selama 5 tahun, sekarang kes ini tidak menunggu begitu lama, ada lagi banyak sekolah-sekolah Cina yang lebih lama memohon sehingga sekarang tidak diluluskan lagi. Apa yang orang-orang Puchong rasa tidak tenteram ialah walaupun ditambah dengan sebuah sekolah rendah Cina, ia masih tidak cukup untuk menampung kebanjiran murid, mereka mahu bina sekurang-kurangnya 2 buah sekolah yang perlu disegerakan, yang paling susah sekali ialah untuk mendapatkan kelulusan, lebih-lebih lagi untuk mendapatkan surat pengesahan.

Kebetulan Tapak Sekolah Di Negeri Selangor Telah Digunakan Pakai. Apabila sebut tentang tanah tapak sekolah, di negeri Selangor agak berlainan sedikit, kerajaan Pakatan Rakyat pernah sentuh tentang jika sekolah rendah Cina mahu tapak sekolah, kerajaan negeri Selangor akan segerakan dan terus bagi.Timbalan Menteri Pelajaran Wee Kah Siong dan pemimpin pmimpin MCA termasuk Liaw Lun Keong (terjemahan mandarin) sekali lagi mempersendakan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor, kerana dikatakan hanya pandai cakap tetapi kosong, mereka asyik tanya kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sudah beri berapa ekar tanah kepada sekolah rendah Cina?

Mengikut Jawatankuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Cina Petaling Jaya, mereka berkata mereka pernah memohon tanah untuk sekolah rendah Cina kepada kerajaan negeri Selangor, Daerah Petaling jaya telah mengeluarkan tanah sebanyak 8 bidang untuk tujuan pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina, tidak dijangka secara kebetulan pula, semua tanah itu Pejabat Pelajaran telah serah milik kepada Jabatan Tanah Persekutuan untuk kegunaan jabatan tersebut, jawatankuasa pembangunan sekolah Cina hanya dapat rasa bergembira seketika, jika isu ini tidak ada unsur disengajakan, adakah orang lain boleh percaya.

Jika Chua Sui Lek, Wee Kah Siong, Liaw Lun Keong dan pemimpin-pemimpin MCA yang lain benar-benar iklas untuk membantu sekolah-sekolah rendah Cina, sila bantu dan ambilkan kembali 8 bidang tanah-tanah itu dan serahkan kepada Jawatankuasa Pembanguanan Sekolah-Sekolah Cina.

Selain dari itu MB Selangor Khalid bersetuju akan gantikan tanah-tanah tersebut, tetapi seelok-eloknya yang lebih terbaik sekali dapatkan kembali 8 bidang tanah-tanah itu.

Mahu bina sekolah rendah Cina terpaksa berteriak terpekik terlolong untuk mendapatkannya, serperti umpama sembilan daripada sepuluh tali yang kosot tidak boleh dibuka, isu dan pokok yang sebenar ialah masalah datangnya dari kerajaan pusat, ia adalah datang dari sikap kerajaan pusat tangani tidak adil terhadap sekolah-sekolah rendah Cina, tidak menghormati kontrak masyarakat, menyebabkan berlaku semua perkara-perkara ini.

Dari segi tapak dan tanah sekolah pula, MCA sering salahkan Anwar Ibrahim, mengatakan Anwar Ibrahim telah menetapkan peraturan tanah-tanah peruntukan untuk sekolah-sekolah tidak boleh bina untuk sekolah-sekolah rendah Cina. Sekolah Rendah Cina Bukan Alat Untuk Tujuan Modal PolitikAnwar Ibrahim telah tidak memegang jawatan itu lebih puluhan tahun lamanya, dan secara jelas semua jentera kerajaan di dalam tangan genggaman BN, kenapa MCA masih berkata masalah itu semuanya datang dari zaman Anwar Ibrahim?

MCA sepatutnya tidak perlu bercakap untuk tunjuk baik kepada kerajaan BN tentang konsep dan polisi pendidikan kerajaan BN, MCA jangan lagi asyik menatang dan mendukung polisi pelajaran kerajaan BN itu lagi. Sebaliknya jika MCA benar-benar faham dan iklas tentang orang-orang Cina, dan isu tuntut rayu (SuQiu) orang-orang Cina, sebenarnya apa yang orang-orang Cina mahukan ialah mempertahankan sekolah-sekolah Cina dan pendidikan bahasa ibunda mereka, MCA sepatunya sanggup bekerja untuk masyarakat Cina, MCA perlu berani bangun perkemas diri dan tampil ke hadapan, jika ada masalah terus laungkan pada kerajaan apa yang tidak kena tentang polisi terhadap sekolah-sekolah reandah Cina, jangan jadikan isu pembinaan sekolah rendah Cina yang rumit itu menuduh pula kerana kerajaan Pakatan Rakyat tidak sanggup keluarkan peruntukan tanah, sebenarnya apa yang kerajaan Pakatan Rakyat cakap dan janji semuanya mereka telah kotakan, sebenarnya kuasa untuk membina sekolah rendah Cina terletak di tangan kerajaan Pusat.

Sebenarnya kita semua tidak kekurangan tapak sekolah, hanya polisi pendidikan sahaja yang tidak menggalakkan pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina, kebanyakan tanah sekolah di kawasan perumahan "penantian kosong" untuk sekolah kebangsaan, jika murid-murid di sekolah rendah Cina penuh sesak, memang tiada tempat untuk bina tambah sekolah rendah Cina lagi, pihak yang berkenaan terus membina sekolah-sekoah kebangsaan tidak membina sekolah rendah Cina, berkaitan sekolah rendah Cina Kheng Chee itu, Chua Sui Lek sendiri yang memohon, berbincang dan mnguruskannya, sebenarnya cara itu seperti agak tidak kena dan agak pelik, jika tidak kerana PRU sudah hampir tiba, sudah tentu ia tidak mungkin berlaku.

Akhir kata, kerajaan BN jangan gunakan isu sekolah rendah Cina sebagai alat untuk pertaruhan catur, jangan gunakan isu sekolah rendah Cina untuk hapuskan Pakatan Rakyat, BN perlu tahu pandangan mata rakyat sangat tajam, jelas dan terang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment