Sunday, August 21, 2011

KOMPAS minta maaf, tertipu photoshop Utusan palsu cybertroopers PR?

Muka depan Utusan Malaysia palsu yang
di`photoshop' oleh cybertroopers PR


JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata, beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. - Bernama

_________________________________________




Berita TV3
Kompas Minta Maaf Kepada PM Dan Isteri
21/08/2011 14:23:00

Akhbar utama Indonesia, Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas laporan tidak tepat yang disiarkan.

Permohonan maaf itu turut disusuli siaran laporan yang menafikan semua tuduhan terhadap Perdana Menteri dan isteri.

Kompas, akhbar paling besar di Indonesia, hari ini menyiarkan laporan khas pasal Datuk Seri Najib.

Malah dalam laporan ini pula, Kompas menyatakan permohonan maaf ke atas laporan yang disiarkan 4 Ogos lepas.

Atas pemberitaan tersebut, pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bangun, Sabtu 20 Ogos, di Jakarta secara khusus menyatakan permohonan maafnya kepada kepala negara dan keluarga.

Dalam laporan itu pula Kompas menyatakan bahawa Datuk Seri Najib menafi ke atas laporan yang mengandungi tiga tuduhan.

Antaranya isu pasal cincin berlian berharga ASD24 juta yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, laporan yang tidak benar itu telah mengganggu dan berdampak luas di dalam negara.

Ia pula dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia.

DIDIK BUDIARTO/WAKIL TV3 JAKARTA
"Untuk meluruskan pemberitaan yang disiarkan pada 4 Ogos itu pula, dalam dua hari berterusan Kompas juga menyiarkan dua laporan berturut-turut hasil wawancara dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib malah ia meletakkannya pada laman pertama."

Dalam wawancara khas itu, Datuk Seri Najib pula menyatakan betapa pentingnya mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia malah dalam laporan bertajuk dua kali Perdana Menteri kunjungi tanah leluhur.

Kompas melapor pasal betapa dekatnya beliau dengan Indonesia kerana sejatinya Perdana Menteri masih

No comments:

Post a Comment