Wednesday, August 17, 2011

Gambar-gambar Program JOM Ziarah Sahur di Hospital Putrajaya #MajlisBeliaPutrajaya

Datuk Nordin berbual dengan pegawai perubatan di Wad Kecemasan


Turut serta Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan pegawai pentadbir



Datuk Nordin di Wad 3


Peace.....

Datuk Khairuddin di Wad 3


Berkunjung ke salah satu wad

Di Wad 3


Di Wad 2


Pack makanan

Pack makanan di pintu masuk hospital


Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) telah menganjurkan Program JOM Ziarah Sahur sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Sasaran MBKPj adalah pegawai dan kakitangan yang bertugas pada shift malam di Putrajaya. Pada pagi ini, 17 Ogos 2011 di Hospital Putrajaya, melibatkan 200 orang pegawai perubatan, pegawai farmasi, jururawat, pembantu perubatan, pembantu makmal dan pengawal keselamatan. Esok, 18 Ogos 2011, JOM Ziarah Sahur diteruskan untuk bersahur bersama-sama pegawai polis yang bertugas menjaga keselamatan warga Putrajaya di Ibu Pejabat Polis Daerah, Balai Polis Presint 9, Balai Polis Presint 11 dan petugas kereta-kereta peronda. Lusa, 19 Ogos 2011, JOM Ziarah sahur akan berkunjung pula ke Balai Bomba Putrajaya.

Dalam ziarah pagi tadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Khairuddin Samad dan Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Nordin Mat Hassan turut hadir untuk menyampaikan bekalan sahur dan beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan Hospital Putrajaya. Mudah-mudahan kunjungan ini akan diberkati Allah SWT dan dapat mengeratkan lagi hubungan silatur-rahim di antara semua warga Putrajaya.

No comments:

Post a Comment